Syukur Alhamdullilah... sekarang sudah masuk 5 bulan yana mengandung (kandungan ke-4, anak ke-3)... maksudnya pernah keguguran sekali.
Pengalaman setiap kali mengandung memang tidak pernah sama, yg sama hanya lah rasa INDAH.
3 bulan pertama kandungan diuji dengan yana mengalami bleeding yg boleh tahan hebatnya. kuasa Allah kandungan ini masih kuat dan punca bleeding teruk tu masih jadi tanda tanya.
masuk bulan ke-4, hati rasa lega sebab semakin sihat cuma masih tidak berapa ada nafsu makan. so berat badan drop dan tak naik2. 1st time mengandung berat tak naik2 ni.... sebelum ni jenuh nak control makan dng berat :)
kini dah masuk 5 bulan... syukur sangat. tiap hari rasa baby bergerak dlm perut. jantina baby belum tahu lagi tapi yana dah bagi nama panggilan iaitu 'BABY MICA'. Ingat bila dah masuk stage ke-2 ni kira macam honey moon la... tapi yana dan baby mica diuji dengan pedih pada hulu hati. hai.... dugaan sungguh!!! kejap ok kejap ko... tiap kali jumpa doc semuanya ok dah tak da bleeding... cuma doc asyik pantau HB sebab asyik rendah je dan banyak juga risiko pd ibu dan baby kalu HB rendah. tentang berat badan tu ada masalah sikit sebab masa mengandung ni yana drop beberapa kg... dr 65kg masa mula2 disahkan mengandung... berat terkini 62kg je. mmg body nampak kurus je dengan perut koi nampak hehee (jng ingat time preggy x leh kurus)
yana harap baby mica sihat dan dapat lahir ke dunia dengan sebaik mungkin dan sihat sempurna Insya Allah
yana harap baby mica sihat dan dapat lahir ke dunia dengan sebaik mungkin dan sihat sempurna Insya Allah
ni beberapa gambar ultrasound baby mica....