My life after diagnosed with cancer

Memaparkan catatan dengan label BMB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BMB. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2020

Kali ke-14 BMB

Lucky - 1st attempt insert branula, dah dapat line cantik

 

5 November 2020 - Yana telah dijadualkan untuk membuat biopsi sum-sum tulang atau in english bone marrow biopsy (BMB) bagi kali ke-14 dan Doktor Ong kata this will be my last biopsy, last untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.... Amin ðŸ¤² (doa ye agar tak relapsed).

 

Around jam 10 pagi, Yana dah bersiap sedia tunggu giliran. kali ni, Yana no. 2. 1st pesakit, alhamdullilah, dah selamat buat biopsy. Kejap je uncle Chinese buat dalam 10 minit dah selesai. Next, giliran Yana, pesakit yang dah 13 kali buat biopsy. Ku sangkakan kejap je... tapi dugaan sungguh BMB yang terakhir ni. Awal-awal kita mengaku, memang Yana menjerit kuat tadi ... malu tapi tu la tindakan spontan.

 

After 30 minutes - I'm not lucky enough. Doctors yang hebat pun agree, biopsy kali ni tough, tulang keras sukar nak tusuk, sample darah x dapat (kering Katanya) try ambik sample tulang pun x dpt. More than 3 times trying, and not counting berapa kali doc tusuk jarum... Doctors bagi juga ubat pelali skit... Rasa weng weng kejap tapi x tidor... Still we not lucky enough to get the samples. Doc suh nurse ambik darah dekat tangan je just incase.


Nurse Sue bagi tau, lain-lain pesakit siap tanya pada doktor, kenapa lama sangat procedure biopsy Yana dan kenapa Yana menjerit tadi. doktor & nurse explained yang Yana dah banyak kali kena biopsy dan keadaan tulang Yana sangat keras, sampai doktor pun tak mampu nak tusuk untuk dapat kan sample.

 

Ini la dugan Yana dalam menghadapi bone marrow biopsy, next step kita jumpa doktor in 2021. harap dapat jumpa Dr. Ong dan harap juga tak perlu buat biopsy lagi just regular cek darah sudah la. 

 

Risaunya tak dapat sample dari bone marrow. Risau akan dianggil baik next week, dan risau jika disuruh buat biopsy kali ke 15... 

 

Oh Tidak!!!! Dah nekat, kalau kena buat juga next biopsy, Yana nak request buat dalam Operation theatre je la. let me pengsan dan sila la doctor buat biopsy berapa kali nak cucuk pun ok. Tapi, masih harap tak akan ada next biopsy. 

 

 

Check in guna App MySejahtera sebelum ke daycare tinkgkat 3


Baru lepas biopsi, makanan tengah hari dah sampai dan Yana mash kena baring sebab ada kesan bleeding pada balutan




Khamis, 24 Ogos 2017

Bone marrow aspirate and trephine (BMAT) kali ke 6

Pada 6 Julai 2017, yana kena buat BMAT kali ke 6 (kalua x salah la). Bone marrow aspirate and trephine (BMAT) biopsy ni boleh dibuat di hospital atau klinik (dalam ward atau di daycare) atau di bilik rawatan je. Biasanya prosedur ini akan dibuat oleh doktor yang specializes in blood disorders seperti  hematologist  atau cancer oncologist.

Proses utk BMAT ni hanya memakan masa 10 ke 15 minit je, tetapi masa lebih diperlukan untuk penyediaan prosedur (dalam 30 minit). Sebelum prosedur dijalankan blood pressure and heart rate akan di checked oleh nurse dan kita juga akan diberikan  anesthesia untuk keselesaan. Ada juga pesakit diberikan IV medication supaya kita akan pengsan atau lali saja masa prosedur dijalankan.
Biasanya kawasan yang sesuai untuk BMAT ni adalah disekitar hipbone (posterior iliac crest) tapi bagi yang berbadan besar, doktor akan ambik pada bahagian hadapan.

Bone marrow aspiration
The bone marrow aspiration is usually done first. The doctor makes a small incision, then inserts a hollow needle through the bone and into the bone marrow.
Using a syringe attached to the needle, the doctor withdraws a sample of the liquid portion of the bone marrow. You may feel a brief sharp pain or stinging. The aspiration takes only a few minutes. Several samples may be taken.
The health care team checks the sample to make sure it's adequate. Rarely, fluid can't be withdrawn and the needle is moved for another attempt.

Bone marrow biopsy
Your doctor uses a larger needle to withdraw a sample of solid bone marrow tissue. The biopsy needle is specially designed to collect a core (cylindrical sample) of bone marrow.

Selepas selesai prosedur, doktor akan letak bandage dekat kawasan yang dicucuk tu. Kemudiannya kita dimintak berehat seketika (baring). After 3 jam or lebih sudah boleh balik rumah. Pengalaman saya kalau dicucuk pada bahagian bawah hipbone, sakitnya tak berapa la sangat (MC 2 hari pun dah cukup) tapi kalaau sebelah atas hipbone terasa kesengalannya dekat seminggu. Kena solat duduk almost a week.


Sebelum buat BMAT kali ke 6 ni, yana ada rasa sengal-sengal badan dan tak tahu apa puncanya. Lepas buat BMAT ni hilang terus rasa sengal-sengal tu (bagusnya). Yana pun tak tahu apa kaitan sengal badan dengan BMAT tu. Next BMAT tak tahu tarikh lagi, harap after 6 month (sepatutnya 3 month).

BMAT kali ke 6 ditemani suami tersayang

Muka risau nak kena cucuk

Isnin, 5 Jun 2017

MAINTENANCE THERAPY

Alhamdullilah sekarang Yana sudah masuk Fasa Maintenance. Actually bagi pesakit yang dikategorikan sebagai low-risk APML tidak perlu menjalani maintenance therapy. Cara nak kategorikan jenis sakit APML adalah dengan melihat bacaan darah putih WBC dan platelets sewaktu APML dikesan, seperti berikut

•   Low risk - WBC < 10,000/μL and platelets >40,000/μL
•   Intermediate risk - WBC < 10,000/μL and platelets < 40,000/μL
•   High risk - WBC >10,000/μL and platelets < 40,000/μL

Yana pon tak pasti berada dikategori mana, bacaan darah adalah WBC 1.1 dan platelets 74. Yana juga telah mencapai molecular remission pada akhir fasa rawatan consolidation. Di Malaysia fasa ini perlu diikuti bagi mengelak relaps. 

Sebelum memasuki Maintenance Therapy, Bone Marrow Biopsy (BMB) perlu dibuat. Doktor telah menetapkan 24 Jan 2017 untuk membuat BMB di Day Care Hospital Ampang dan Alhamdullilah pada 3 Februari 2017 Yana dapat meneruskan sesi 1st Maintenance Therapy. (Result FBC WBC: 4.21 HB: 11 Platelets: 155).

Untuk fasa ini, Yana dikehendaki mengambil ATRA 45 mg/m2 setiap hari selama 15 hari bagi setiap 3, 6-MP 60 mg/m2 sebiji setiap hari, dan methotrexate 20 mg/m2 3 biji setiap satu selama lebih kurang 18 bulan ke-2 tahun. Yana juga akan dipantau untuk  abnormal liver function and myelosuppression semasa tempoh Maintenance Therapy.


Sabtu, 4 Februari 2017

HARI KANSER SEDUNIA: pandang kanser dengan kasih sayang


4 Februari merupakan Hari kanser sedunia dan merupakan hari yang bermakna bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser. Tahun ini merupakan tahun pertama Yana meraikannya setelah disahkan mengidap Acute Promyelocytic Mylogenous Leukemia (APML) pada 22 Julai 2016. Kanser bukan penamat segalanya tetapi ia hanya sebahagian bab daripada coretan dalam buku kisah hidup Yana.

Yana buka minda untuk menerima kanser secara positif, memandang ia dengan penuh kasih sayang kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yana yakin ia merupakan anugerah yang indah daripada Allah kerana apa yang diperolehi daripada kanser ini lebih banyak positifnya. Ia membuat Yana lebih sensetif dan menghargai apa yang dimiliki; membuat diri Yana lebih disayangi dan menyayangi. Dengan Kanser juga telah menemukan Yana dengan insan-insan hebat yang telah dipilih oleh Allah untuk berjuang.

Hari ini juga, Yana telah memasuki fasa maintenance setelah doktor mengishtiharkan ‘molecular remission’ yang membawa maksud tiada sel-sel kanser yang kelihatan daripada sampel sum-sum tulang yang diambil pada Januari 2017. Fasa ini memakan masa selama 18 bulan dan memerlukan yana makan beberapa jenis ubat dan melalui proses pengambilan sample sum-sum tulang selang 6 bulan untuk beberapa tahun.

Yana bersyukur dengan kemajuan dalam teknologi bidang perubatan telah membawa kepada kaedah perubatan dan ubat-ubatan yang semakin bagus. Yana berdoa agar tiada lagi sesi kimoterapi, dijauhkan daripada relap, dijauhkan daripada transplan dan mengharapkan kesihatan yang baik.

Sokongan moral dan kisah-kisah perjuangan sahabat kanser telah membantu Yana untuk yakin dalam perjuangan ini. Dengan ikhlas dan sedaya mungkin, Yana akan membantu memberi sokongan moral kepada insan-insan yang dipilih Allah. Teruskan hidup walaupun terluka, jangan biar kanser menguasai diri kita. Yakinlah setiap penyakit yang Allah turunkan, disertakan penawarnya kecuali mati.

#WeCanICan
#APML #APL
#cancerfightermalaysia
#cancerfighter

Khamis, 12 Januari 2017

Consolidation: Part 3

Syukur Alhamdullilah, pejam celik pejam celik dah masuk 3rd Idarubincin consolidation bermakna sesi kimo yang terakhir. Tarikh asal untuk kimo terakhirnya adalah pada 30 November 2016, tetapi dilajakkan sehingga 13 Disember 2016 kerana darah masih rendah dan katil di wad penuh. Apa-apa pun hati sudah lega kerana kimo terakhir berjaya dilalui walaupun HB 9.6, PLATLET 94, WBC 1.5 je, ANC 0.6.
Macam biasa seminggu lepas kimo kena buat FBC dan untuk last kimo ni kena tambah 2 pac darah, 1 pac platlet dan lebih kurang 9 hari kena cucuk GSCF (ubat untuk naikkan sel darah putih) dan sehingga kini syukur tak kena demam. (harap2 tak demam la)

24 Januari 2017 doktor dah plan nak buat BMB di Day Care. walaupon dah 3 kali buat, tetap rasa gerun. kali ni lagi gerun sebab 1st time nak buat dkt day care.
3 feb 2017 Doktor plan datang klinik pakar hemato untuk review result BMB dan insya Allah akan mula fasa maintanance (makan ATRA). MC pun sampai 3 FEB 2017, nanti kena tanya doktor dan cek darah, kalau dah ok boleh kerja or sambung MC lagi.

Result MRI yg scan lutut pon dah dapat, alhamdullilah doktor kata bukan kanser so case close. tapi doktor kata kalau ada rasa pelik, tak selesa just inform doktor di bahagian hemato je, nanti doktor otopedik akan followup.



Tarikh
White Blood Celss
(4.1 – 11.4)
Haemoglobin (11.6 – 15.1)
Platelet
(171 – 399)
ANC
(3.9 – 7.1)
19/12
0.9
7.2
80
0.4
22/12
0.7
6.3
28
0.3
27/12
1.0
8.9
12
0.3
30/12 
3.4
8.1 
30
2.2 
result FBC utk last kimo

Isnin, 24 Oktober 2016

BMB (Bone Marrow Biopsy)

Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih ada yang kompius, kata air tulang belakang la, air sum sum la dan macam2 lagi. Hakikatnya yang diambil adalah sum sum tulang sahaja, kalu air tulang belakang tu lain prosedurnya. Masa mula-mula buat BMB, adalah bertujuan untuk sahkan jenis penyakit. 

1st BMB - Buat di Hospital Putrajaya, dan diberi sedikit sedatif. Rasa mamai skit, masa doktor tekan dkt belakang tu memang terasa gerun tp lepas tu yana pengsan kot sebab dr. tambah sedatif. Yana sedar dan rasa sengal-sengal je di kawasan tempat cucuk tu. Dr. Suruh rehat lebih kurang 6 jam, lepas tu boleh la bangun plan-plan. Yana perasan ada 6 lubang sebesar lidi sate. 

bila dah tau result, terus hospital Putrajaya call bawa sample tu kepada Pakar di Hospital Ampang. Terus admit ward dan doc kata nak buat 2nd bone marrow lagi sebab sample yg putrajaya bagi tu kurang jelas. huhuhuuuu sedih tapi hadap je la.

2nd BMB - Buat di Wad 7B, hospital Ampang. Pengalaman masa ni lain skit. Rasa sengal dari lutut kanan hingga ke punggung masa doc buat. Tapi hanya satu lubang je. Buat BMB pagi, petang doktor datang bagi tau memang sah APML. So esok akan terus mula kimo untuk Induction.

3rd BMB - di buat pada minggu ke 8. Tujuan BMB kali ni untuk tengok respon ubat kimo masa induction dan juga untuk tengok gen PML RARA. Disebabkan pengalaman 2nd BMB sakit, yana merayu dng doc suruh kasi pengsan. Disebabkan takut, kesian dkt nurse tak dpt cari line nak masuk jarum. 5 kali cucuk baru dapat masuk line. Doktor kata, pengsan sikit je la tak mau kasi pengsan habis. Alhamdullilah dengan takut-takut tu berjaya juga laluinya dan tak de rasa sengal seperti 2nd BMB. Satu tebukkan juga BMB kali ke 3 ni. 

Result 3rd BMB: dapat tau pada 29 September 2016, Alhamdullilah in remission. Doktor kata dah tak da sel-sel kanser. syukur sangat. tapi masih kena buat kimo untuk elak relap.

Walaupon result BMB in remission, result PML RARA masih belum dapat. Insya Allah masa consolidation ke 2 boleh dapat result. Perasaan memang syukur dalam risau. setiap kali doa mesti mintak tidak relap dan dijauhkan dari kanser atau penyakit-penyakit yg merbahaya. Setakat ini doktor tidak ada plan untuk buat BMT (Bone marrow tranplan). Beza dengan leukemia jenis lain yg memerlukan tranplan.

Pengalaman BMB - ada saudara dan kawan-kawan yang bagi nasihat jangan buat BMB, katanya bahaya. Yana paham anda semua sayangkan yana. Tapi yana kompius juga sebab yg bagi nasihat tu hanya sekadar dengar cerita daripada org dan bukan dari pengalaman sendiri. Bagi mereka yg pernah buat BMB memang banyak bagi nasihat pada yana untuk tabah dan beranikan diri kerana BMB memang satu prosedur yg diperlukan untuk penyakit leukemia. Kalu tak buat BMB, tak tau sakit apa. bila tak tau sakit apa, mcam mana nak rawat? Insya Allah BMB tak merbahaya. memang ada sakit skit, tapi diberi ubat bius pada kawasan nak kena cucuk tu. kalu  kita takut sangat-sangat memang doktor kasi pengsan or mamai-mamai.

Bulan September 2016 dah buat 3rd BMB, so lebih kurang 3 bulan lagi atau lepas habis sesi Consolidation mungkin kena BMB ke 4 untuk tengok result. Bohong la kalu kata tak takut untuk proses BMB, harap yana boleh tenang dan hadap dengan jayanya prosedur BMB ni.


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...