My life after diagnosed with cancer

Memaparkan catatan dengan label kimoterapi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kimoterapi. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2018

Apa itu Acute promyelocytic leukaemia (APML)


Apa itu APML?


Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupakan sub-jenis daripada lukemia Acute Myeloid Lukemia (AML) yang jarang-jarang berlaku dan dirujuk sebagai AML M3.

APML menyebabkan sel neutrophils (sejenis sel darah putih) yang tidak menjadi matang secara normal juga dikenali sebagai promyelocytes accumulate dalam sum sum tulang. Sel-sel yang tidak matang ini tidak berupaya untuk menjadi matang serta tidak dapat berfungsi seperti sel-sel nornal yang sihat. Pengumpulan sel-sel yang tidak matang ini telah menyebabkan sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel yang normal dan ini memberi kesan kekurangan sel darah yang terdapat dalam badan pesakit.

APML ini terjadi disebabkan pertukaran (translocation) di antara kromosom T15 dan T17. Ini menyebabkan bahagian-bahagian gen dari setiap kromosom ini bergabung dan mewujudkan gen gabungan yang dipanggil PML/RARA. Terdapat juga kes yang jarang-jarang berlaku yang melibatkan kromosom lain boleh bertukar dan menyebabkan variasi dalam APML.
 
Secara umumnya, prognosis untuk APML adalah lebih baik daripada jenis leukemia akut yang lain, namun kesihatan dan sejarah umum individu memainkan peranan dalam menentukan kelancaran, kaedah dan jenis rawatan. Doktor pakar akan membincangkan mengenai semua pilihan rawatan dan kesan sampingan dan manfaatnya dengan pesakit sebelum memulakan rawatan.


Siapa yang dapat APML?


Sesiapa sahaja boleh dapat APML. Umur bukanlah faktor penting kerana terdapat pesakit yang didiagnos pada semua peringkat umur selepas umur 10 tahun. APML juga memberi kesan kepada lelaki dan wanita.

Apa punca APML?


Dalam banyak kes, punca penyebab APML adalah tidak diketahui tapi ianya dianggap adalah kerana hasil daripada kerosakan yang terjadi kepada satu atau lebih gen yang biasanya mengawal penghasilan dan perkembangan sel darah. Terdapat juga faktor lain yang menjadi penyebab dan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat APML seperti terdedah kepada:

·      Rawatan kemoterapi dan radioterapi yang terdahulu sebelum dignose APML, walau bagaimanapun risiko terjadinya APML yang disebabkan oleh rawatan kanser yang terdahulu adalah jarang berlaku;
·      Mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sum sum tulang mempunyai risiko kepada APML. Walau bagaimanapun secara umumnya, pesakit penyakit sum sum tulang akan lebih mudah terdedah kepada AML bukannya APML.

Sehingga kini masih belum ada bukti faktor terhadap faktor alam sekitar atau pekerjaan yang menjadi punca kepada APML.

Apa gejala APML?


Gejala utama APML adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah yang normal. APML ini berkembang dengan cepat dan pesakit biasanya akan merasa tidak sihat dalam tempoh masa yang singkat dalam masa sehari, minggu hingga sebulan sebelum ianya didiagnos. Gejala yang biasa terjadi adalah seperti berikut:


·      keletihan yang berterusan, pening, pucat, atau sesak nafas apabila aktif secara fizikal kerana kekurangan sel darah merah atau anemia;
·      Terjadinya jangkitan yang kerap atau berulang dan proses penyembuhan yang perlahan, kerana kekurangan sel putih normal, terutamanya neutrofil;
·      Terjadinya pendarahan yang tidak dapat dijelaskan atau lebam, disebabkan kiraan platelet yang sangat rendah;
·      Pesakit APML biasanya mengalami pendarahan yang serius berbanding dengan pesakit AML, ini kerana kiraan platelet yang rendah menyebakan pembekuan darah tidak dapat berlaku secara normal. Biasanya pesakit datang dengan kesan lebam dan pendarahan dari gusi, hidung berdarah, darah haid yang luar biasa banyaknya atau pendarahan pada usus, malahan pesakit juga berisiko mengalami pendarahan di otak.

Adakalanya pesakit tidak memiliki gejala yang sama dan APML dapat dikesan semasa ujian darah dijalankan. Sesetengah simptom yang dijelaskan juga terdapat dalam penyakit lain, termasuk jangkitan virus, jadi penting untuk segera berjumpa dengan doktor agar pesakit dapat diperiksa dan dirawat dengan baik.

Bagai mana APML didianos?


Diagnosis awal dan rawatan untuk APML, subjenis M3 Acute Myeloid Leukemia (AML), adalah penting kerana pesakit APML boleh mengalami masalah pembekuan darah atau pendarahan yang serius.

APML boleh didignos melalui ujian sampel darah dan sum sum tulang.

Full blood count (FBC)/ Complete Blood Count (CBC)

Langkah pertama adalah pemeriksaan darah yang dipanggil full blood count (FBC) atau complete blood count (CBC). Darah akan diambil dan dihantar ke makmak untuk disiasat. Pesakit akan disyaki memiliki APML jika terdapat banyak sel darah promyelocytes atau leukaemic yang tidak normal kelihatan dalam sampe darah yang diambil. Bagi mengesahkan pesakit benar-benar memiliki APML, sample sum sum tulang akan diambil untuk siasatan lanjutan.

Pemeriksaan Sum sum tulang

Sample darah sum sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaanya diambil pada tulang pinggul. Prosedur ini merupakan prosedur yang selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudian sampel darah sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk menentukan bilangan dan jenis sel yang ada dan jumlah haemopoiesis (pembentukan darah) yang berlaku di sana. Diagnosis APML akan disahkan dengan berapa jumlah ‘blast cells’  yang terdapat dalam sum sum tulang.

Ujian lanjutan

Setelah APML disahkan, darah dan sum sum tulang akan diperiksa dengan lebih lanjut seperti ujian immunophenotyping dan ujian cytogenetic. Ujian ini diperlukan untuk mendapatkan dapatan data bagi jenis penyakit yang dihidapi dan bagi menentukan kaedah rawatan yang terbaik untuk pesakit.

Lain-lain ujian

Lain-lain Ujian boleh dijalankan untuk mendapatkan lebih maklumat kesihatan pesakit dan juga melihat fungsi organ penting pesakit. Ini termasuk gabungan ujian darah dan ujian pengimejan seperti x-ray, imbasan dan ECG. Ujian darah yang memeriksa masa pembekuan dalam darah juga akan dilakukan. Keputusan ini akan menjadi garis  panduan kepada doktor bagi menilai sejauh mana rawatan yang diberikan bertindak balas terhadap APML.

Bagaimana APML dirawat?

Rawatan untuk APML adalah berbeza dengan rawatan bagi jenis lukemia akut yang lain kerana ia melibatkan ubat yang dipanggil all-trans retinoic acid (ATRA). ATRA bukan lah ubat kemoterapi tetapi ia merupakan ubat yang mengandungai dos vitamin A yang tinggi yang berfungsi untuk mematangkan sel promyelocytes. ATRA digunakan bersama dengan kemoterapi bagi mencapai status ‘remission’ dan hasilnya amat baik di mana ia telah meningkatkan peratusan kadar survival bagi pesakit APML.

Terdapat juga rawatan APML yang menggabungkan kemoterapi dan Arsenic Trioxide (ATO) turut digunakan. Penentuan jenis rawatan ini akan ditentukan oleh doktor.

Kitaran rawatan untuk pesakit APML boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu fasa induksi (Induction phase), fasa konsolidasi (Consolidation phase) dan fasa sambungan (maintanent phase).

Fasa Induksi

Rawatan akan bermula pada fasa ini dan kebiasaannya memerlukan pesakit untuk tinggal di hospital bagi satu tempoh yang lama. Fasa ini merupakan fasa rawatan yang bersungguh-sungguh denan misi untuk menghapuskan sebanyak mungkin sel-sel darah putih yang abnormal untuk mencapai status remisi (remission).

Pada fasa inilah ATRA digunalan yang biasanya digunakan bersama dengan kemoterapi dengan menggunakan ubat daunorubicin atau idarubincin, ada kalanya turut digunakan bersama cytarabine (ara-c).

Terdapat juga pesakit yang menggunaan ATRA dengan ubat kemoterapi yang lain yang diberi nama arsenic trioxide (Trisenox).

Pemilihan jenih ubat ini begantung kepada doktor yang merawat dan juga keadaan semasa pesakit.

Fasa Konsolidasi

Kebiasaannya Pesakit akan mencapai status remisi setelah tamat fasa induksi. Matlamat fasa konsolidasi ialah membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan yang mungkin telah selamat semasa rawatan pertama.

Pesakit akan memerlukan beberapa kitaran kemoterapi bagi memastikan sel-sel yang abnormal telah betul-betul terhapus dan untuk mencegah kembalinya APML (relapse).

Pada fasa ini, pesakit akan menerima rawatan kemoterapi dengan ubat yang pernah digunakan semasa fasa induksi. Antara pilihan ubat adalah seperti berikut:


·      Anthracycline bersama ATRA untuk beberapa kitaran (adakalanya anthracyclines yang berbeza digunakan pada setiap kitaran);
·      Anthracycline bersama cytarabine untuk 2 kitaran;
·      Arsenic trioxide untuk 2 kitara (2½ bulan), kemudian ATRA dan anthracycline untuk 2 kitaran;
·      ATRA bersama arsenic trioxide untuk beberapa kitaran;
·      Kemoterapi Idarubincin sahaja untuk 3 kitaran; dan
·      Lain-lain mengikut cadangan doktor yang merawat.

Fasa sambungan (Maintenance Phase)

Fasa sambungan ialah peringkat terakhir rawatan bagi APML yang memakan masa 18 bulan ke 2 tahun yang bisanya terdapat 6 kitaran.

Biasanya pesakit akan diberikan ubat ATRA, 6-MP (mercaptopurine) dan methotrexate yang akan dimakan mengikut jadual kitaran yang akan ditetapkan oleh doktor.

Pada fasa ini juga, darah pesakit akan dipantau setiap bulan dan pada 3 atau 6 bulan (begantung pada keperluan) doktor akan mengambil sample sum sum tulang.



Isnin, 23 Januari 2017

Kesan kimo

Alhadmullilah Yana sudah habis 4 cycle chemo. lega rasanya dan esok Yana akan buat BMB untuk tengok progress kimo yang telah yana lalui. Ubat kimo Yana setakat ni ada dua; iaitu ATRA (ubat makan) Ubat ATRAni makan masa INDUCTION sahaja dan akan sambung bila masuk fasa maintanance. Ubat ke dua adalah ubat yang masuk ikut IV nama idarubincin.

Kesan kimo yang biasa orang kebanyakkan tau adalah rambut botak. Rupanya tak semua kimo buat rambut botak. Macam ubat kimo yana, doktor kata tak botak tp gugur je (rambut jadi nipis je). Masa dalam wad pun ada 2 orang yg yana jumpa rambut tak gugur walaupun dah beberapa kali kimo. sorang tu kanser tulang dan sorang tu lymphoma.

Lain-lain kesan lepas kimo biasanya level darah akan rendah, itu yang buat seminggu lepas kimo kena tambah darah/platlet/suntikan gcsf (utk naikkan sel darah putih). Masa ni lah jangan ada sesiapa yang sakit nak gatai-gatai pi ziarah orang baru lepas kimo. kesian pesakit, nanti free2 je bejangkit. Orang kanser ni sistem ketahannya lemah, kalu demam bukan baik dng telan panadol je, tapi kena backup degan antibiotik yg kuat.

Tapi kesan kimo ni tak sama antara pesakit kanser. Ada setengah pesakit kimo, akan merasa semakin lemah bila banyak kali kimo. Yana pula alhamdullilah, masa 1st kimo je keluar wad pakai kerusi roda, kimo yg lain elok je boleh jalan balik rumah. Yana ada rasa letih tapi masih boleh menguruskan diri dan bersolat (solat duduk). Ada sesetengah pesakit akan muntah, tapi alhamdullilah yana tak muntah sepanjang kimo, cuma rasa pening skit2 je. Yana juga bersyukur sebab ada selera nak makan. (kekadang je x selera, buka tak nak makan tp tak lalu tengok lauk dalam ward tu)

Kesan kimo juga bergantung pada jenis ubat dan di bawah tu antara kesan yang yana dapat.

Kesan ubat ATRA
- Kulit kering melampau. kena selalu sapu lotion pada badan dan pakai pelembab bibir
- telingan kanan saya berdesing kerana kering
- Pernah rasa pening sekejap (tapi tak perlu ambik panadol)


Kesan Idarubincin 
- pening-pening lalat macam orang mengandung
- mual dan loya untuk 2 hari lepas kimo
- 1st kimo sembelit
- 2nd kimo diarrhea
- kimo 3 dan 4 boleh buang macam biasa lega
- ada masa rasa pening (tak pasti kerana ubat ini atau atra)
- rambut gugur masa 1st kimo je, tapi tak botak la (memandangkan dah gugur bertompok-tompok, yana terus botakkan rambut) masuk kimo ke 2 dan sampai habis kimo rambut terus tumbuh. maaf la x leh tunjuk gambor :)
- kuku tangan dan kaki jadi hitam. tp kuku tangan yg paling ketara.

Tu kuku bebelang dan bergerutu, warna hitam tu macam dah tak nampak dah. Ada orang suh pakai inai tapi yana tak nak sebab senang doktor nak tengok. masa masuk wad or di kecemasan, selalu doc tekan kuku. tak sure nak tengok apa. tak tanya pulak :)







Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...