My life after diagnosed with cancer

Memaparkan catatan dengan label cancer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cancer. Papar semua catatan

Khamis, 3 Februari 2022

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap

 

Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksanakan untuk memberi inspirasi untuk menjana perubahan dan pergerakan dengan kempen 3 tahun berturut-turut, pastinya akan lebih bermakna dan membawa banyak perubahan seperti pendedahan dan penglibatan yang lebih banyak dan berpeluang untuk membina kesedaran pada peringkat yang lebih global dan memberikan impak yang lebih besar. Dengan mempelajari dan memahami, mampu membawa kita untuk mengambil tindakan dan memberikan hasil. Kempen ini akan dibahagiakan kepada tiga fasa mengikut tahun dan pada tahun ini adalah untuk mencari punca permasalahan.

 

2022: Mencari punca permasalahan

 

Pada tahun pertama kempen ’Close the Care Gap’ kita perlu memahami dan mengiktiraf ketidaksamaan dalam penjagaan kanser di seluruh dunia. Ia memerlukan kita untuk membuka minda, mencabar andaian dan melihat semua fakta:

 

·      Inequity in cancer care costs lives;

·      People who seek cancer care hit barriers at every turn;

·      Income, education, location and discrimination based on ethnicity, gender, sexual orientation, age, disability and lifestyle are just a few of the factors that can negatively affect care;

·      The gap affects everyone, including you and your loved ones; and 

·      These barriers are not set in stone. They can be changed.  

 

Persoalannya pada tahun ini adalah untuk mempersoalkan status quo dan membantu mengurangkan jurang stigma; lebih banyak mendengar daripada perspektif mereka yang hidup dengan kanser beserta komuniti mereka, dan mengambil pengalaman kehidupan mereka untuk dijadikan panduan dalam membimbing pemikiran dan tindakan selanjutnya. 

 

Kita boleh bermula dengan mengambarkan kaedah yang terbaik untuk melakukan sesuatu dan membina visi masa depan yang lebih adil bagi  kehidupan pada masa depan. Pastinya akan dapat memperlihatkan ramai orang akan menjalani kehidupan yang sihat dan mempunyai akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan terutamanya pada perubatan kanser, tanpa mengira usia, agama, bangsa, pekerjaan, tempat tingal atau di mana mereka dilahirkan dan membesar.

 

Pada Hari Kanser Sedunia ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam mendapatkan maklumat dan rawatan mengenai LUKEMIA APML.

 

Didiagnosis dengan Kanser Darah dan lebih tepat lagi dengan Acute promyelocytic leukaemia (APML) pada tahun 2016 telah membuat kehidupan saya bagaikan ‘roller coaster’. Sebelum disahkan dengan APML, ia memakan masa seminggu di Hospital Telok Intan dan semiggu di Hospital Putrajaya untuk para doktor mencari punca permasalahan kesihatan saya.

 

Setelah keputusan biopsi sum sum tulang diperolehi daripada pakar di Hospital Ampang, saya terus diminta ke Hospital Ampang untuk meneruskan rawatan. Begitu cepat rasanya kerana atas nasihat pakar di Hospital Ampang, rawatan untuk lukemia jenis acute ini perlu dilakukan dengan kadar segera berbanding dengan lukemia jenis Cronic. Bermulalah sesi rawatan saya di Hospital Ampang dari 2016 sehingga saya memasuki fasa maintainen pada 2017 dan sehingga kini setelah hampir 6 tahun berstatus in remission masih lagi berulang alik ke Hospital Ampang. 

 

Sepanjang saya menjalani rawatan, saya ada berhubung dengan rakan-rakan sama jenis sakit daripada seluruh negara. Dari situ saya melihat, tidak semua kaedah perubatan, jenis dan harga ubat adalah sama. Pernah saya membantu seorang rakan daripada Indonesia untuk mendapatkan maklumat mengenai Hospital Ampang tentang Biopsi sum sum tulang untuk membuat ujian FISH detection of PML-RARA Fusion dan beliau berjaya membawa suaminya ke Malaysia untuk membuat prosedur tersebut setelah selesai rawatan di Indonesia. Pernah juga juga saya membantu seorang daripada Philippines yang bertanyakan rawatan APML di Malaysia dan beliau berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Swasta di Pulau Pinang.

 

Saya rasa bangga dapat berkongsi maklumat mengenai rawatan yang saya terima di Malaysia dan rasa bersyukur kerana Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan yang baik untuk APML. Dalam masa yang sama, saya rasa sedih dan terfikir bahawa kemudahan teknologi perubatan ini masih tidak seimbang pada peringkat global. Jika banyak negara memiliki kemudahan teknologi dan kepakaran, saya yakin pastinya ramai pesakit APML dapat diselamatkan dan memiliki peluang kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.


#CloseTheCareGap

 

Selamat Hari Kanser Sedunia

’Close the Care Gap’

Khamis, 4 Februari 2021

21 DAYS TO IMPACT CHALLENGE - day 1


This year, I would like to challenge myself with: 21 DAYS TO IMPACT CHALLENGE with ‘I Am and I Will’ campaign. 

 

Challenge Day 1 – is to make a list of questions that you’re particularly curious to explore when it comes to how cancer affects you, your school, workplace or wider community.  

 

This is my list of questions that I particularly curious to explore when it comes to how cancer affects me! 

 

🔹 What is my Symptoms?;
🔸 Can i survive? ;
🔹 Can my kids get the same diagnosis? ; and
🔸Where is the best hospital for my Leukaemia treatment? 



  


Isnin, 1 Februari 2021

BREATHE - I Am and I Will

 BREATHE

The World Cancer Day theme “I Am and I Will” encapsulates the extraordinary spirit and the strength of the people working in the cancer community. Must Thanks to all my Doctors, nurses and my caretaker  (Family & friend)

 

This coming World Cancer Day on 4th February 2021, I would like to take action how I’m going to spread my wings... this year is going to be my 4th years celebration WORLD CANCER DAY 

 

 

This years I would like to says there is so much to be grateful for, even after cancer… surviving cancer has led me to be more grateful. At the beginning, when cancer treatment ends (just follow up with RBC), I started a new chapter in my life. I think I could be happy and bring hope to other cancer fighter but I’m also worries and fear; what if the cancer might come back and this is really giving big impact to my emotions.

 

Is not easy Going back to “normal”

 

Sebelum ini, Yana kerap berjumpa dengan Doktor di hospital Ampang. Cek darah, tambah darah, sesi kimo, buat bone marrow biopsy, cek fungsi hati dll… dan setelah biasa dengan norma baru dan bila Yana pun sudah anggap Hospital Ampang as my 2nd home, suddenly there is no more jadual yang padat untuk berjumpa doctor. Hanya cek darah untuk pemantauan dan perasaaan itu rasa PELIK. When treatment is done, Yana rasa like they’re no longer fighting the cancer. Mula la rasa bimbang dan ada kala rasa alone and lost without the support of doctor & nurse di Hospital Ampang. Doktor & nurse antara insa-insan penting dalam journey to become SIHAT. Not seeing them make me anxious and sad. But I’m so lucky, masih aktif dengan group surviving APML.

 

Learning to live with uncertainty

 

Yana notice that I’m paying a lot of attention to aches and pains in my body. Dr. Ong kata no signs of cancer now, but can you be sure? I’m still wondering…

 

Will it come back?

What are the chances it will come back?

How will I know if it has come back?

What will I do if it comes back?

When will it come back?

 

This fear grips me, and I really have trouble sleeping, selalu kena panic attack and kalau nak making simple decisionspun boleh rasa menyusahkan hidup.

 

And this year… Yana dah buat keputusan untuk ke next step to deal with uncertainty and fear and feel more hopeful:

 

 

BREATHE ya, Yana mesti bernafas…

 

"First and foremost, i'am ALIVE"

I don't hate cancer but I've decided it time to take a deep breath to let it go and move forward...

"Calling myself a SURVIVOR was hard at first, but here I'am

I'll open the window of my mind, allow the fresh air, new light and new truth to enter

That's life: starting over, one breath at a time.

 

 

Wish me luck 

Ahad, 27 Disember 2020

Kali ke-14 BMB

Lucky - 1st attempt insert branula, dah dapat line cantik

 

5 November 2020 - Yana telah dijadualkan untuk membuat biopsi sum-sum tulang atau in english bone marrow biopsy (BMB) bagi kali ke-14 dan Doktor Ong kata this will be my last biopsy, last untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.... Amin 🤲 (doa ye agar tak relapsed).

 

Around jam 10 pagi, Yana dah bersiap sedia tunggu giliran. kali ni, Yana no. 2. 1st pesakit, alhamdullilah, dah selamat buat biopsy. Kejap je uncle Chinese buat dalam 10 minit dah selesai. Next, giliran Yana, pesakit yang dah 13 kali buat biopsy. Ku sangkakan kejap je... tapi dugaan sungguh BMB yang terakhir ni. Awal-awal kita mengaku, memang Yana menjerit kuat tadi ... malu tapi tu la tindakan spontan.

 

After 30 minutes - I'm not lucky enough. Doctors yang hebat pun agree, biopsy kali ni tough, tulang keras sukar nak tusuk, sample darah x dapat (kering Katanya) try ambik sample tulang pun x dpt. More than 3 times trying, and not counting berapa kali doc tusuk jarum... Doctors bagi juga ubat pelali skit... Rasa weng weng kejap tapi x tidor... Still we not lucky enough to get the samples. Doc suh nurse ambik darah dekat tangan je just incase.


Nurse Sue bagi tau, lain-lain pesakit siap tanya pada doktor, kenapa lama sangat procedure biopsy Yana dan kenapa Yana menjerit tadi. doktor & nurse explained yang Yana dah banyak kali kena biopsy dan keadaan tulang Yana sangat keras, sampai doktor pun tak mampu nak tusuk untuk dapat kan sample.

 

Ini la dugan Yana dalam menghadapi bone marrow biopsy, next step kita jumpa doktor in 2021. harap dapat jumpa Dr. Ong dan harap juga tak perlu buat biopsy lagi just regular cek darah sudah la. 

 

Risaunya tak dapat sample dari bone marrow. Risau akan dianggil baik next week, dan risau jika disuruh buat biopsy kali ke 15... 

 

Oh Tidak!!!! Dah nekat, kalau kena buat juga next biopsy, Yana nak request buat dalam Operation theatre je la. let me pengsan dan sila la doctor buat biopsy berapa kali nak cucuk pun ok. Tapi, masih harap tak akan ada next biopsy. 

 

 

Check in guna App MySejahtera sebelum ke daycare tinkgkat 3


Baru lepas biopsi, makanan tengah hari dah sampai dan Yana mash kena baring sebab ada kesan bleeding pada balutan




Selasa, 4 Februari 2020

WORLD CANCER DAY



4 February is WORLD CANCER DAY and the theme for this year is ‘I Am and I Will’. Union for International Cancer Control (UICC) is raising worldwide awareness, improving education and catalysing personal, collective and government action, we're working together to reimagine a world where millions of preventable cancer deaths are saved and access to life-saving cancer treatment and care is equal for all - no matter who you are or where you live. UICC believe that through their positive actions, together their can reach the target of reducing the number of premature deaths from cancer and noncommunicable diseases by one third by 2030.

And for me ‘I Am and I Will’. Is about my commitment to act and inspire other who is affected by Acute Promyelocytic Leukemia (APML/APL).


Ahad, 28 April 2019

Natura Run For Hope 2019


I'm dedicating this run to... MY IBU

Event Details

EVENT
NATURA RUN FOR HOPE 2019 (NRFH2019)
DATE
27th April 2019 (Saturday)
VENUE
Anjung Floria, Putrajaya
TIME
6.00pm - 11.00pm
FLAG-OFF
6.00pm / 8.00pm / 8.10pm

This year, for the 2nd time MAKNA has sponsor Yana to join 5km fun run.  This time, my girls (Sookie & Myka) join me to ‘run run walk’ and it took about 53 minit for us to finish this 5km fun run.  

This run is about the solidarity for Cancer; Run for a cause; and also for all family and friends who are and have been affected by this disease.

My Girls - after the run


left: Me witt Kak Siti & Faizal (Kami APML Fighter) 
right : Myka & I






Ahad, 3 Februari 2019

World Cancer day - 2019




4 Februari 2019 - it is World Cancer day and today is my 3rd year celebrating WORLD CANCER DAY – can I say it is a celebrations day? Yes for me, because CANCER has taught me a lot during my journey to become healthy again. I'm so grateful that i had finis all the treatment phase for Lukemia APML (Induction phase, consolidation phase and maintenant phase).

Yana would like to say that CANCER never know who you are, where you come from, what you did, when it coming and how it happen…

CANCER doesn’t choose - Event do you have a healthy life style or you don’t care about your life.
This is a list of famous people that had diagnose with CANCER

Datuk Lee Chong Wei – (Badminton player – nose cancer)
Zaibo (Actor – esophagus cancer)
Elyana – (Singer - lymphoma)
Kim Woo Bin (model & actor – Nasopharyngeal cancer)
Ben Stiller (Actor – prostate cancer)
Shannen Doherty (Actress – breast cancer)
Scott Hamilton (Olympic Athletes – testicular cancer, benign brain tumor)
Bob Marley (musicians – malignant melanoma)
Kylie Minogue (singer/songwriter & actress – breast cancer)
Hugh Jackman (actor – skin cancer)
Rod Steward (singer - thyroid cancer)


It not easy to accept “You have CANCER” but one you REDHA, Insya Allah there is a way to fight it. You never know how stronger you are after you being diagnose with CANCER. Just keep on going, don’t lose your spirit and always be positive.

This me today 



Sabtu, 15 September 2018

Blood Cancer Awareness Month - 2018

 
September is Blood Cancer Awareness Month and I as a person who was diagnosed with blood cancer on 22 July 2016; would like to take a part and spread awareness of blood cancer. 


I really love the Make Blood Cancer Visible campaign that asking people impacted by blood cancer (patients, caregivers, family members, healthcare professionals) to help make themselves and their blood cancer more visible either by sharing images or personal stories of their journey with blood cancer on the media social using #MakeBloodCancerVisible

By sharing of these stories and experiences will help other patients and their family members, carers or friends connect to someone who is going through the same journey as them and the public can better understand more about blood cancer, how it presents and who it affects.

There is the BOOK about the unique journeys that every patient with cancer will face, the internal struggle that patients with blood cancers have. You can download the book here.

VIDEO Inspired by the stories of patients with blood cancer. The video is intended to raise awareness and encourage others impacted by these severe cancers to connect through sharing their own experiences. You can watch the video here

Early diagnosis saves lives.

#MakeBloodCancerVisible
#BloodCancerAwaressMonth



Apa itu Acute promyelocytic leukaemia (APML)


Apa itu APML?


Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupakan sub-jenis daripada lukemia Acute Myeloid Lukemia (AML) yang jarang-jarang berlaku dan dirujuk sebagai AML M3.

APML menyebabkan sel neutrophils (sejenis sel darah putih) yang tidak menjadi matang secara normal juga dikenali sebagai promyelocytes accumulate dalam sum sum tulang. Sel-sel yang tidak matang ini tidak berupaya untuk menjadi matang serta tidak dapat berfungsi seperti sel-sel nornal yang sihat. Pengumpulan sel-sel yang tidak matang ini telah menyebabkan sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel yang normal dan ini memberi kesan kekurangan sel darah yang terdapat dalam badan pesakit.

APML ini terjadi disebabkan pertukaran (translocation) di antara kromosom T15 dan T17. Ini menyebabkan bahagian-bahagian gen dari setiap kromosom ini bergabung dan mewujudkan gen gabungan yang dipanggil PML/RARA. Terdapat juga kes yang jarang-jarang berlaku yang melibatkan kromosom lain boleh bertukar dan menyebabkan variasi dalam APML.
 
Secara umumnya, prognosis untuk APML adalah lebih baik daripada jenis leukemia akut yang lain, namun kesihatan dan sejarah umum individu memainkan peranan dalam menentukan kelancaran, kaedah dan jenis rawatan. Doktor pakar akan membincangkan mengenai semua pilihan rawatan dan kesan sampingan dan manfaatnya dengan pesakit sebelum memulakan rawatan.


Siapa yang dapat APML?


Sesiapa sahaja boleh dapat APML. Umur bukanlah faktor penting kerana terdapat pesakit yang didiagnos pada semua peringkat umur selepas umur 10 tahun. APML juga memberi kesan kepada lelaki dan wanita.

Apa punca APML?


Dalam banyak kes, punca penyebab APML adalah tidak diketahui tapi ianya dianggap adalah kerana hasil daripada kerosakan yang terjadi kepada satu atau lebih gen yang biasanya mengawal penghasilan dan perkembangan sel darah. Terdapat juga faktor lain yang menjadi penyebab dan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat APML seperti terdedah kepada:

·      Rawatan kemoterapi dan radioterapi yang terdahulu sebelum dignose APML, walau bagaimanapun risiko terjadinya APML yang disebabkan oleh rawatan kanser yang terdahulu adalah jarang berlaku;
·      Mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sum sum tulang mempunyai risiko kepada APML. Walau bagaimanapun secara umumnya, pesakit penyakit sum sum tulang akan lebih mudah terdedah kepada AML bukannya APML.

Sehingga kini masih belum ada bukti faktor terhadap faktor alam sekitar atau pekerjaan yang menjadi punca kepada APML.

Apa gejala APML?


Gejala utama APML adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah yang normal. APML ini berkembang dengan cepat dan pesakit biasanya akan merasa tidak sihat dalam tempoh masa yang singkat dalam masa sehari, minggu hingga sebulan sebelum ianya didiagnos. Gejala yang biasa terjadi adalah seperti berikut:


·      keletihan yang berterusan, pening, pucat, atau sesak nafas apabila aktif secara fizikal kerana kekurangan sel darah merah atau anemia;
·      Terjadinya jangkitan yang kerap atau berulang dan proses penyembuhan yang perlahan, kerana kekurangan sel putih normal, terutamanya neutrofil;
·      Terjadinya pendarahan yang tidak dapat dijelaskan atau lebam, disebabkan kiraan platelet yang sangat rendah;
·      Pesakit APML biasanya mengalami pendarahan yang serius berbanding dengan pesakit AML, ini kerana kiraan platelet yang rendah menyebakan pembekuan darah tidak dapat berlaku secara normal. Biasanya pesakit datang dengan kesan lebam dan pendarahan dari gusi, hidung berdarah, darah haid yang luar biasa banyaknya atau pendarahan pada usus, malahan pesakit juga berisiko mengalami pendarahan di otak.

Adakalanya pesakit tidak memiliki gejala yang sama dan APML dapat dikesan semasa ujian darah dijalankan. Sesetengah simptom yang dijelaskan juga terdapat dalam penyakit lain, termasuk jangkitan virus, jadi penting untuk segera berjumpa dengan doktor agar pesakit dapat diperiksa dan dirawat dengan baik.

Bagai mana APML didianos?


Diagnosis awal dan rawatan untuk APML, subjenis M3 Acute Myeloid Leukemia (AML), adalah penting kerana pesakit APML boleh mengalami masalah pembekuan darah atau pendarahan yang serius.

APML boleh didignos melalui ujian sampel darah dan sum sum tulang.

Full blood count (FBC)/ Complete Blood Count (CBC)

Langkah pertama adalah pemeriksaan darah yang dipanggil full blood count (FBC) atau complete blood count (CBC). Darah akan diambil dan dihantar ke makmak untuk disiasat. Pesakit akan disyaki memiliki APML jika terdapat banyak sel darah promyelocytes atau leukaemic yang tidak normal kelihatan dalam sampe darah yang diambil. Bagi mengesahkan pesakit benar-benar memiliki APML, sample sum sum tulang akan diambil untuk siasatan lanjutan.

Pemeriksaan Sum sum tulang

Sample darah sum sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaanya diambil pada tulang pinggul. Prosedur ini merupakan prosedur yang selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudian sampel darah sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk menentukan bilangan dan jenis sel yang ada dan jumlah haemopoiesis (pembentukan darah) yang berlaku di sana. Diagnosis APML akan disahkan dengan berapa jumlah ‘blast cells’  yang terdapat dalam sum sum tulang.

Ujian lanjutan

Setelah APML disahkan, darah dan sum sum tulang akan diperiksa dengan lebih lanjut seperti ujian immunophenotyping dan ujian cytogenetic. Ujian ini diperlukan untuk mendapatkan dapatan data bagi jenis penyakit yang dihidapi dan bagi menentukan kaedah rawatan yang terbaik untuk pesakit.

Lain-lain ujian

Lain-lain Ujian boleh dijalankan untuk mendapatkan lebih maklumat kesihatan pesakit dan juga melihat fungsi organ penting pesakit. Ini termasuk gabungan ujian darah dan ujian pengimejan seperti x-ray, imbasan dan ECG. Ujian darah yang memeriksa masa pembekuan dalam darah juga akan dilakukan. Keputusan ini akan menjadi garis  panduan kepada doktor bagi menilai sejauh mana rawatan yang diberikan bertindak balas terhadap APML.

Bagaimana APML dirawat?

Rawatan untuk APML adalah berbeza dengan rawatan bagi jenis lukemia akut yang lain kerana ia melibatkan ubat yang dipanggil all-trans retinoic acid (ATRA). ATRA bukan lah ubat kemoterapi tetapi ia merupakan ubat yang mengandungai dos vitamin A yang tinggi yang berfungsi untuk mematangkan sel promyelocytes. ATRA digunakan bersama dengan kemoterapi bagi mencapai status ‘remission’ dan hasilnya amat baik di mana ia telah meningkatkan peratusan kadar survival bagi pesakit APML.

Terdapat juga rawatan APML yang menggabungkan kemoterapi dan Arsenic Trioxide (ATO) turut digunakan. Penentuan jenis rawatan ini akan ditentukan oleh doktor.

Kitaran rawatan untuk pesakit APML boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu fasa induksi (Induction phase), fasa konsolidasi (Consolidation phase) dan fasa sambungan (maintanent phase).

Fasa Induksi

Rawatan akan bermula pada fasa ini dan kebiasaannya memerlukan pesakit untuk tinggal di hospital bagi satu tempoh yang lama. Fasa ini merupakan fasa rawatan yang bersungguh-sungguh denan misi untuk menghapuskan sebanyak mungkin sel-sel darah putih yang abnormal untuk mencapai status remisi (remission).

Pada fasa inilah ATRA digunalan yang biasanya digunakan bersama dengan kemoterapi dengan menggunakan ubat daunorubicin atau idarubincin, ada kalanya turut digunakan bersama cytarabine (ara-c).

Terdapat juga pesakit yang menggunaan ATRA dengan ubat kemoterapi yang lain yang diberi nama arsenic trioxide (Trisenox).

Pemilihan jenih ubat ini begantung kepada doktor yang merawat dan juga keadaan semasa pesakit.

Fasa Konsolidasi

Kebiasaannya Pesakit akan mencapai status remisi setelah tamat fasa induksi. Matlamat fasa konsolidasi ialah membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan yang mungkin telah selamat semasa rawatan pertama.

Pesakit akan memerlukan beberapa kitaran kemoterapi bagi memastikan sel-sel yang abnormal telah betul-betul terhapus dan untuk mencegah kembalinya APML (relapse).

Pada fasa ini, pesakit akan menerima rawatan kemoterapi dengan ubat yang pernah digunakan semasa fasa induksi. Antara pilihan ubat adalah seperti berikut:


·      Anthracycline bersama ATRA untuk beberapa kitaran (adakalanya anthracyclines yang berbeza digunakan pada setiap kitaran);
·      Anthracycline bersama cytarabine untuk 2 kitaran;
·      Arsenic trioxide untuk 2 kitara (2½ bulan), kemudian ATRA dan anthracycline untuk 2 kitaran;
·      ATRA bersama arsenic trioxide untuk beberapa kitaran;
·      Kemoterapi Idarubincin sahaja untuk 3 kitaran; dan
·      Lain-lain mengikut cadangan doktor yang merawat.

Fasa sambungan (Maintenance Phase)

Fasa sambungan ialah peringkat terakhir rawatan bagi APML yang memakan masa 18 bulan ke 2 tahun yang bisanya terdapat 6 kitaran.

Biasanya pesakit akan diberikan ubat ATRA, 6-MP (mercaptopurine) dan methotrexate yang akan dimakan mengikut jadual kitaran yang akan ditetapkan oleh doktor.

Pada fasa ini juga, darah pesakit akan dipantau setiap bulan dan pada 3 atau 6 bulan (begantung pada keperluan) doktor akan mengambil sample sum sum tulang.



Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...