My life after diagnosed with cancer

Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2020

Gua Niah



Alhamdullilah tercapai juga niat nak shooting Gua Niat dari sudut ini.
Yana @ Taman Negara Niah
Gua Niah mula dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975 dan merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah yang menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah tersebut dan merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Ia memakan masa 1 jam 30 minit (90 km) dari Badaraya Miri, Sarawak atau pun 2 jam (120km) daripada Bandar Bintulu untuk sampai ke sini.

Gua Niah yang merupakan salah satu gua tertua di dunia terbentuk dari terumbu karang pada akhir Miosen iaitu sebelum berlakunya pergerakan bumi yang mengangkat dan menghakis lalu membentuk menjadi gua. Keluasan gua ini mencapai 12 hektar yang bersamaan 3 buah padang bola sepak. Untuk akses ke Gua Niah (selain daripada pintu masuk utama) terdapat 5 lagi lubang yang boleh diakses iaitu Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson (Kurator Muzium Sarawak) dan isterinya Barbara Harrison telah dijumpai perkakasan manusia purba serta fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun di sebelah barat pintu utama Gua Niah yang menjadikan ia bukti terawal kehadiran manusia di Asia Tenggara dan juga bukti terawal pendudukan manusia di Borneo. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo Sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radio karbon sekitar 40,000 tahun dahulu.

Terdapat juga jumpaan bukti kehadiran manusia pada zaman paleolitik pada tempoh Pleistocene Akhir, serta bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers. Selain itu terdapat juga tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia di kawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Di pintu gerbang untuk akses ke Taman Negara Niah
Yana ke Gua Niah atas urusan kerja pada sekitar bulan September 2019. Baru hari ini berkesempatan untuk menulis trip ke Miri, Sarawak. (nampak benor BZ nya heheheh). Untuk sampai ke sana kami menaiki bas dan van yang di sewa khas dari Hotel di Miri terus ke Pejabat Taman Negara Niah. Kita perlu mendaftar di pejabat ini terlebih dahulu. Yana not sure sama ada perlu buat bayaran ataupun tak.

Di Taman Negara Niah ini terdapat kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria. Masa yana ke sana, hanya menu meggi sahaja yang ada pada masa tu. (mungkin tak ramai pengunjung kot pada masa tu).

Daripada Pejabat Taman Negara, kita perlu menaiki bot untuk ke seberang yang hanya mengambil masa tak sampai 5 minit. Boleh je kalau berani nak berenang/jalan kaki masuk sungai untuk ke seberang sungai tu tapi kalau tak takut dengan buaya la… heheheh. 

gambar tu, Yana senang tunggu turn untuk ke seberang. Tunggu pun sempat ambik gambar. Pada hal nak ke seberang tu bukan jauh, nampak pokok-pokok hutan yang hijau tu... ha dekat je seberang tu. 


Dalam bot nak ke seberang
Dari pada jeti seberang tu, ada laluan khas yang disediakan untuk ke Gua Niah. Kita hanya ikut track tu sahaja untuk sampai ke pintu masuk utama gua. Sambil berjalan tu, jangan lupa menikmati keindahan alam semula jadi… memang terasa indahnya dan rasa nyaman sangat.


 




Yana bergambar kenangan di Homestay RH Patrick Libau
Setelah selesai menikmati keindahan Gua Niah, On daway nak balik tu boleh singgah ke Inap desa Rh Patrick Libau yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Niah. Ia mempunyai 32 pintu dan diurus oleh Tuai Rumah Patrick Libau Ak Ignatius Sulla. Boleh hubungi beliau jika ingin singgah ke homestay ni (0198052415). Rrumah panjang Iban ini terletak dekat dengan laluan untuk ke gua Niah. Rugi kalua tak singgah sebab kita boleh lihat budaya tradisi serta seni muzik dan tarian kaum Iban. Masa Yana ke sini, kami dipersembahkan dengan tarian dan dijamu dengan kuih.






Actually, trip ke Gua Niah ni Yana anggap sebagai hadiah birthday sebab kena kerja dan travel masa birthday. So enjoy ye gambar-gambar di sekitar Gua Niah. 











Rujukan:



Ahad, 1 September 2019

Eh! dah sampai Lahad Datu


Yana di Lahat Datu... bukan Australia ye

Yana sama sekali tidak menjangka akan menjejak kaki di Lahad Datu sama ada bagi urusan kerja ataupun peribadi. Lahad Datu yang merupakan daerah dan bandaraya yang terletak di Bahagian Tawau di Pantai Timur Sabah. Bandar ini merupakan bandar ke empat yang terbesar selapas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Di hadapan Grace Hotel
Yana berada di sana dari 1 hingga 4 Ogos 2019 dan mengambil penerbangan MAS dari Klia – Kota Kinabalu – Lahad Datu ( KUL – BKI – LDU). Flight dari KL 10.10, transit di KK tak sampai 1 jam dan dalam jam 3.50 petang Yana sudah sampai di Lahad Datu.  Untuk pergerakan di Lahad Datu, team yana menyewa van (jang tanya harga berapa). Van ini digunakan untuk kami bergerak dari tempat penginapan ke stadium, dan pergi makan pada sebelah malam dan kembali semula ke bilih hotel.

Seperti biasa, sebelum pergi berjalan/kerja, Yana mesti survey tempat menarik untuk di lawati. Di bawah merupakan tempat-tempat menarik yang dicadangkan. Nanti kita silang rujuk dengan tempat mana Yana sempat kunjungi.






1.  Tabin Wildlife Reserved
2.  Tower Of Heaven
3.  Gunung Silam
4.  Danum Valley
5.  Air Terjun Madai
6.  Borneo Rainforest Lodge
7.  Pantai Sahabat Resort
8.  Pantai Makuau
10.  Sungai Kapur
11.  Gua Bukit Tulug
12.  Gua Madai
13.  Silam Coast Convention Area (SCCA)
14.  Borneo Paradise Eco Farm
15.  Air Terjun Bagahak

Dalam 15 senarai di atas,  Yana dapat simpulkan bahawa Lahad Datu ini kaya dengan pelancongan semula jadi. Tapi sayang satu tempat pun yana tak sempat kunjungi (Sabor je la). Nama pun datang atas urus kerjakan so, kerja is pirority la. Tempat yana bertugas adalah di sekitan kawasan stadium di Lahad Datu sempena Karnival Sayangi Lahad Datu, team yana bertugas untuk demonstrasi dan pertandingan masakan. 

Walaupun satu tempat yang tersenarai itu tidak Yana kunjungi, keindahan Lahad Datu masih dapat dinikmati oleh Yana. Seawal 4 pagi Yana sudah bangun dan bersedia untuk kejar sunrise… this is realy made my day. Berdekatan dengan hotel kami, ada satu kawasan seperti pengkalan kecil yang membolehkan bot-bot kecil mendarat. Bot-bot kecil ini maca bot tambang yang bawa penumpang dari pulau-pulau yang ada di sekitar. Sorry Yana tak sempat cari info pulau-pulau apa yang ada. Walaupun keadaan pada waktu pagi agak mendung, yana masih berkesempatan untuk merakamkan beberapa moment indan sunrise di bandar Lahat Datu. Keindahan ini perlu dikongsi bersama ok.

Selepas shooting sunrise, Yana sempat berkunjung ke Pasar Rakyat Lahad Datu. Menarik juga dengan bahan jualan yang ada di situ. Paling menarik adalah pencarian ikan bilis bermata biru. Yana dapat ikan bilis mata biru dengan harga rm22 sekilo. Boleh la kan, kualiti dia cantik dan tak sabar nak makan hehehehhe….

Memborong Ikan bilis bermata biru

Bersama kawan-kawan terokai Pasar Rakyat Lahad Datu sebelum pergi kerja

Buah tarap ke terap tah... sedap dan murah. kopek pakai jari aje

Kalau bercakap pasal makan di Lahad Datu, masa sarapan so so aje. Yana makan di kedai Mamak yang ada di sekitar kawasan hotel. Rasa dia bukan la sesuatu yang boleh dibandingkan dengan KL. Bila masuk lunch time, Yana puasa sebab tekat tak dapat masuk dengan makanan yang dijual di sekitar kawasan stadium. Naisb baik Yana jaga booth makan, so tumpat sekali la dengan makanan untuk demonstrasi tu. Bila tiba Dinner, ni yang paling best. Makanan berasaskan seafood sangat sedap dan murah dan banyak portion dia. Paling Yana rasa bahagia bila makan sotong yang segar, dan team yana oder sotong dengan 5 jenis masakan untuk di cuba. Semuanya sedap, gambar tak sempat ambik sebab lapar sangat.
Tak ingat juga nama makanan ni... tapi sedap lagu ikan bakar ni



Itu je lah cerita di Lahad Datu. Tak sempat nak explore sebab datang atas urusan kerja. Tapi yang best Yana dapat capture sunrise yang indah di sana. Enjoy !!!!









Ahad, 24 Mac 2019

LABUAN: 2D1N

Kanan: Semasa tiba di Labuan, Tengah: Sarapan pagi di Labuan, Kiri: menunggu kapal terbang untuk balik ke KL

Muzium Chimney

Terowong Bekas Arang Batu

Di Muzium Labuan
Muzium Marin Labuan: Yana ada urusan dengan tulang ikan paus

Sempat melihat padang Golf di Labuan
Berjalan di Pantai - I LOVE ocean breeze
Rezeki melibat Sunset di Labuan


Ahad, 10 Mac 2019

Bukit Marak dan Kisah Puteri Saadong

Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan melihat tempat-tempat menarik yang ada di Kelantan. Antaranya Yana berkesempatan pergi hiking Bukit Marak, Bachok, Kelantan. Bukit Marak adalah sebuah kampung di Bachok, Kelantan, Malaysia, yang terletak kira-kira 24 kilometer di selatan ibu negeri Kota Bharu. Ia terkenal sebagai rumah zaman kanak-kanak Puteri Saadong, dan dengan itu mempunyai kepentingan yang besar dalam sejarah Kesultanan Kelantan.
 
Kawasan masuk ke Bukit Marak
Bukit Marak mempunyai beberapa tarikan pelancong, dan menarik beribu-ribu pengunjung setiap hujung minggu untuk mendaki dan bersiar-siar. Ia erkenal dengan kisah Puteri Saadong dan terdapat peninggalan fizikal yang menarik untuk diterokai di situ. Sepenjang pejalanan mendaki Bukit Marak, ada beberapa pit stop yang boleh kita berhenti sekejap untuk berehat di samping menikmati keindahan alam. Di antaranya adalah kolam yang terkenal di mana Puteri Saadong dipercayai telah bermandikan, dan tiga granit batu di puncak bukit menyerupai alat muzik kegemaran Puteri Saadong. Mereka yang datang boleh mengamati secerita sejarah dengan papan tanda (Caption) yang memberi penerangan pada bukti fzikal yang jelas kelihatan di Bukit tersebut.

Sepanjang mendaki, Yana berjaya menawan hati 5 ekor pacat yang menghisap darah Yana. Mesti sebab darah Yana manis sebab darah baru selepas Yana habis semua rawatan Lukemia APML membuatkan pacat-pacat ini tertarik nak hisap darah YANA (tah betul ke tak).

Pendakian ini memakan masa lebih kurang 1 jam (naik dan turun). Yana banyak stop untuk mengambil gambar dan bergerak dalam kumpulan, supaya kejadian tak diingini tidak berlaku.
 
Pit Stop 1 - kawasan ini cantik untuk melihat pemandangan di kawasan sekitar
Pemandangan di kawasan sekitar dari pit stop 1

Alhamdullilah, Yana rasa happy dapat meneroka Bukit Marak. 2 tahun lepas Yana tak terlintas yang Yana masih mampu untuk melakukan aktiviti hiking bukit kecil-kecil ni setelah dignose dengan Luekemia APML. Kanser tu satu anugerah yang Allah berikan dan Alhamdullilah Kanser itu singgah sebentar dan harap ianya tidak kembali lagi.
 
Antara bukti fizikal beserta penerangan yang ada semasa mandaki Bukit Marak
Kisah Puteri Saadong

Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.

Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia. Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.

Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.

Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.

Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.

Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.
 
Keindahan Alam Semula Jadi di Bukit Marak

Jumaat, 10 Mac 2017

CUTI-CUTI KE SABAH 2017 @ RUMAH TERBALIK - PART 6

Selesai menikmati keindahan di kawasan sejuk... kami sekeluarga beralih ke kawasan yang panas iaitu KK. Sebelum check in Hotel kami singgah di Rumah terbalik. Rumah terbalik ini merupakan yang pertama di Malaysia dibina sedemikian. Ada jalan ceritanya mengenai rumah terbalik yang diceritakan oleh pemandu pelancong. Sayang nya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah terbalik huhuuu...

Kami depan rumah terbalik (myka x nampak)






Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...