My life after diagnosed with cancer

Isnin, 24 Oktober 2016

BMB (Bone Marrow Biopsy)

Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih ada yang kompius, kata air tulang belakang la, air sum sum la dan macam2 lagi. Hakikatnya yang diambil adalah sum sum tulang sahaja, kalu air tulang belakang tu lain prosedurnya. Masa mula-mula buat BMB, adalah bertujuan untuk sahkan jenis penyakit. 

1st BMB - Buat di Hospital Putrajaya, dan diberi sedikit sedatif. Rasa mamai skit, masa doktor tekan dkt belakang tu memang terasa gerun tp lepas tu yana pengsan kot sebab dr. tambah sedatif. Yana sedar dan rasa sengal-sengal je di kawasan tempat cucuk tu. Dr. Suruh rehat lebih kurang 6 jam, lepas tu boleh la bangun plan-plan. Yana perasan ada 6 lubang sebesar lidi sate. 

bila dah tau result, terus hospital Putrajaya call bawa sample tu kepada Pakar di Hospital Ampang. Terus admit ward dan doc kata nak buat 2nd bone marrow lagi sebab sample yg putrajaya bagi tu kurang jelas. huhuhuuuu sedih tapi hadap je la.

2nd BMB - Buat di Wad 7B, hospital Ampang. Pengalaman masa ni lain skit. Rasa sengal dari lutut kanan hingga ke punggung masa doc buat. Tapi hanya satu lubang je. Buat BMB pagi, petang doktor datang bagi tau memang sah APML. So esok akan terus mula kimo untuk Induction.

3rd BMB - di buat pada minggu ke 8. Tujuan BMB kali ni untuk tengok respon ubat kimo masa induction dan juga untuk tengok gen PML RARA. Disebabkan pengalaman 2nd BMB sakit, yana merayu dng doc suruh kasi pengsan. Disebabkan takut, kesian dkt nurse tak dpt cari line nak masuk jarum. 5 kali cucuk baru dapat masuk line. Doktor kata, pengsan sikit je la tak mau kasi pengsan habis. Alhamdullilah dengan takut-takut tu berjaya juga laluinya dan tak de rasa sengal seperti 2nd BMB. Satu tebukkan juga BMB kali ke 3 ni. 

Result 3rd BMB: dapat tau pada 29 September 2016, Alhamdullilah in remission. Doktor kata dah tak da sel-sel kanser. syukur sangat. tapi masih kena buat kimo untuk elak relap.

Walaupon result BMB in remission, result PML RARA masih belum dapat. Insya Allah masa consolidation ke 2 boleh dapat result. Perasaan memang syukur dalam risau. setiap kali doa mesti mintak tidak relap dan dijauhkan dari kanser atau penyakit-penyakit yg merbahaya. Setakat ini doktor tidak ada plan untuk buat BMT (Bone marrow tranplan). Beza dengan leukemia jenis lain yg memerlukan tranplan.

Pengalaman BMB - ada saudara dan kawan-kawan yang bagi nasihat jangan buat BMB, katanya bahaya. Yana paham anda semua sayangkan yana. Tapi yana kompius juga sebab yg bagi nasihat tu hanya sekadar dengar cerita daripada org dan bukan dari pengalaman sendiri. Bagi mereka yg pernah buat BMB memang banyak bagi nasihat pada yana untuk tabah dan beranikan diri kerana BMB memang satu prosedur yg diperlukan untuk penyakit leukemia. Kalu tak buat BMB, tak tau sakit apa. bila tak tau sakit apa, mcam mana nak rawat? Insya Allah BMB tak merbahaya. memang ada sakit skit, tapi diberi ubat bius pada kawasan nak kena cucuk tu. kalu  kita takut sangat-sangat memang doktor kasi pengsan or mamai-mamai.

Bulan September 2016 dah buat 3rd BMB, so lebih kurang 3 bulan lagi atau lepas habis sesi Consolidation mungkin kena BMB ke 4 untuk tengok result. Bohong la kalu kata tak takut untuk proses BMB, harap yana boleh tenang dan hadap dengan jayanya prosedur BMB ni.


8 ulasan:

  1. Salam yana. Nak tanya. Bone marrow ni ada bg kesan sampingan ke kat yana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, kesan dia rasa sengal-sengal je dlm sehari dua lepad buat prosedur tu. setakat ni alhamdullilah saya masih boleh belari 5KM

      Padam
  2. Yana mak akk ada knser limfoma...baru2 ni doc ada buat bone marrow ni pd mak...ada saudara akk yg marah sbb akk benarkan mak buat proses tu...sbb dia kta itu air tulng belkng...betul ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam, bole tak nak tau keadaan mak awak sekarang sebab mak saya mengalami benda yang sama.

      Padam
  3. Utk lymphoma ye kena buat bone marrow biopsy. Tu utk sambik sample sum sum tulang. Bukannya air tulang belakang. Prosedur ambik air tulang belakang tu nama dia Lumbar Puncture (LP). Beza kot dng prosedur biopsi sum sum tulang. Don't worry la, buat bone marrow biopsy or LP insya Allah selamat. Kalau nak mak sihat, baik buat. Saudara Yg nak marah tu kenapa, dia bukan doktor pun. Just be positive Insya Allah mak boleh sihat lepas Jalani rawatan utk lymphoma. Ramai je member akak yg sihat Dan having wonderful life lepas Jalani rawatan utk lymphoma

    BalasPadam
  4. Sy pun baru selesai buat bma..so far xda la sakit sangat cuma sengal n kebas2 ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye akan rasa tak selesa skit. rehat je, nanti ok

      Padam

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...