My life after diagnosed with cancer

HERITAGE

Laman ini mengenai hasil penulisan ilmiah Yana yang ada kaitan dengan warisan. Semoga memberi manfaat kepada yang memerlukannya.



Beduk ini merupakan gendang besar satu muka yang kelihatan seperti tong, memiliki berat sehingga 65 KG dan menurut penduduk setempat ianya dipercayai berusia 283 tahun  sejak dari zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu. Istimewanya Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka adalah kerana ianya masih digunakan sehingga kini. 

Beliau sangat aktif dalam bidang anyaman kraftangan tradisional Orang Asli dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup


Objek ini didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. 


DATO’ ARIPIN BIN SAID (WAKOH) 

Beliau merupakan seorang pencerita sambil mendendangkan lagu-lagu rakyat dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015.




Karya ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...