My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 4 Februari 2017

HARI KANSER SEDUNIA: pandang kanser dengan kasih sayang


4 Februari merupakan Hari kanser sedunia dan merupakan hari yang bermakna bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser. Tahun ini merupakan tahun pertama Yana meraikannya setelah disahkan mengidap Acute Promyelocytic Mylogenous Leukemia (APML) pada 22 Julai 2016. Kanser bukan penamat segalanya tetapi ia hanya sebahagian bab daripada coretan dalam buku kisah hidup Yana.

Yana buka minda untuk menerima kanser secara positif, memandang ia dengan penuh kasih sayang kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yana yakin ia merupakan anugerah yang indah daripada Allah kerana apa yang diperolehi daripada kanser ini lebih banyak positifnya. Ia membuat Yana lebih sensetif dan menghargai apa yang dimiliki; membuat diri Yana lebih disayangi dan menyayangi. Dengan Kanser juga telah menemukan Yana dengan insan-insan hebat yang telah dipilih oleh Allah untuk berjuang.

Hari ini juga, Yana telah memasuki fasa maintenance setelah doktor mengishtiharkan ‘molecular remission’ yang membawa maksud tiada sel-sel kanser yang kelihatan daripada sampel sum-sum tulang yang diambil pada Januari 2017. Fasa ini memakan masa selama 18 bulan dan memerlukan yana makan beberapa jenis ubat dan melalui proses pengambilan sample sum-sum tulang selang 6 bulan untuk beberapa tahun.

Yana bersyukur dengan kemajuan dalam teknologi bidang perubatan telah membawa kepada kaedah perubatan dan ubat-ubatan yang semakin bagus. Yana berdoa agar tiada lagi sesi kimoterapi, dijauhkan daripada relap, dijauhkan daripada transplan dan mengharapkan kesihatan yang baik.

Sokongan moral dan kisah-kisah perjuangan sahabat kanser telah membantu Yana untuk yakin dalam perjuangan ini. Dengan ikhlas dan sedaya mungkin, Yana akan membantu memberi sokongan moral kepada insan-insan yang dipilih Allah. Teruskan hidup walaupun terluka, jangan biar kanser menguasai diri kita. Yakinlah setiap penyakit yang Allah turunkan, disertakan penawarnya kecuali mati.

#WeCanICan
#APML #APL
#cancerfightermalaysia
#cancerfighter

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...