My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 11 Mei 2019

Rewrite the rules of photography (P30Pro)

Poster siri Huawei di Malaysia

using mate9 selfie dengan replica P30Pro

I’M so in love with Huawei P30 Pro…

Sebelum terjebak ke P30Pro, Yana pakai Huawei mate 9. Masa pakai mate9 pun hati dah berbunga sebab suka sangat dengan hasil kualiti gambar mate 9. Kalau ikutkan hati malasnya nak tukar phone sebab mate9 tu sangat la OK. Dalam tak nak tukar… iklan P30P tu asyik lalu je depan mata ni. 

 

P30Pro masuk Malaysia sekitar April 2019. Masa 1st day Huawei dilancarkan di Malaysia, Yana tengok ramainya orang beratur dekat Pevi tu. Malam tu masih fikir tak pa la… (sayang duit kan) Duit yang ada, Niat nak beli DSLR atau camera seangkatan dengan nya… nak gantikan Nikon D3 tu yang tak dapat nak berfungsi dengan elok. Tapi bila fikir balik, tangan ni dah tak kuat sangat nak dukung camera berat (kesan kimo). Lagipun tujuan Yana lebih kepada nak shooting gambar-gambar je bukan untuk jadi PRO pun. 

 

Bila fikir pro and con… dan hasutan daripada husband, maka 2nd day Huawei P30Pro masuk Malaysia, Yana pun ke Pevi. Dalam hati masih malas lagi nak beli, niat nak survey je dan harap phone tu dah habis dijual hahahhaha….

 

Sampai je dekat booth Huawei Pevi tu… eh macam x ramai orang pun banding yesterday. Yana pun belek-belek phone dan datang la saleman tu. Biasa la borak borak; tanya itu, tanya ini;… tah macam mana budak tu tegur… elok tukar la, Batri Mate 9 awak pun dah kembong. Haisss… terus muka Yana panic, eh kembong ke?


 

Yana: Haisss... kembong ke?

           ok la ambik je P30 

 

Husband: Eh! Alang-alang awak ada duit tu, ambik la P30Pro 

 

Yana: Ermm… OK (gigil kot nak jawab OK – kedekut duit)

 

Husband: jangan lupa pasang screen protector tu…

 

Yana: terbang lagi rm200 (cakap dalam hati je)



 

 

Beli awal ni kira untung juga sebab dapat banyak free gifts.

 

Huawei Back-UP 1TB 

– mula-mula ingat speaker rupanya macam hardisk tu… Yana suka sangat ni. Sebab 1TB kan. Macam-macam yana simpan data dalam ni.

 

P30 Pro Snorkelling Cover

- Ni fav juga sebab boleh ambik air dalam air 

 

Huawei P30 Series Gift Box

- Car Charger 

- Universal Plug Adaptor 

- Type C Cable

 

Around Huawei Exhibition 
 
test phone baru... tak reti lagi nak guna masa ni


Ah... kalau nak tengok journey Yana with Huawei bolehla tengok-tengok dalam IG juanasaerah


banyak koleksiyonu YanaWei dalam tu.





 

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...