Yana di Lahat Datu... bukan Australia ye |
Yana sama sekali tidak menjangka akan menjejak kaki di Lahad Datu sama ada bagi urusan kerja ataupun peribadi. Lahad Datu yang merupakan daerah dan bandaraya yang terletak di Bahagian Tawau di Pantai Timur Sabah. Bandar ini merupakan bandar ke empat yang terbesar selapas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Di hadapan Grace Hotel |
Seperti biasa, sebelum pergi berjalan/kerja, Yana mesti
survey tempat menarik untuk di lawati. Di bawah merupakan tempat-tempat menarik
yang dicadangkan. Nanti kita silang rujuk dengan tempat mana Yana sempat
kunjungi.
1. Tabin Wildlife Reserved
2. Tower Of Heaven
3. Gunung Silam
4. Danum Valley
5. Air Terjun Madai
6. Borneo Rainforest Lodge
7. Pantai Sahabat Resort
8. Pantai Makuau
10. Sungai Kapur
11. Gua Bukit Tulug
12. Gua Madai
13. Silam Coast Convention Area (SCCA)
14. Borneo Paradise Eco Farm
15. Air Terjun Bagahak
Dalam 15 senarai di atas, Yana dapat simpulkan bahawa Lahad Datu ini
kaya dengan pelancongan semula jadi. Tapi sayang satu tempat pun yana tak
sempat kunjungi (Sabor je la). Nama pun datang atas urus kerjakan so, kerja is
pirority la. Tempat yana bertugas adalah di sekitan kawasan stadium di
Lahad Datu sempena Karnival Sayangi Lahad Datu, team yana bertugas
untuk demonstrasi dan pertandingan masakan.
Walaupun satu tempat yang tersenarai itu tidak Yana
kunjungi, keindahan Lahad Datu masih dapat dinikmati oleh Yana. Seawal 4 pagi
Yana sudah bangun dan bersedia untuk kejar sunrise… this is realy made my day.
Berdekatan dengan hotel kami, ada satu kawasan seperti pengkalan kecil yang
membolehkan bot-bot kecil mendarat. Bot-bot kecil ini maca bot tambang yang
bawa penumpang dari pulau-pulau yang ada di sekitar. Sorry Yana tak sempat cari
info pulau-pulau apa yang ada. Walaupun keadaan pada waktu pagi agak mendung,
yana masih berkesempatan untuk merakamkan beberapa moment indan sunrise di
bandar Lahat Datu. Keindahan ini perlu dikongsi bersama ok.
Selepas shooting sunrise, Yana sempat berkunjung ke Pasar
Rakyat Lahad Datu. Menarik juga dengan bahan jualan yang ada di situ. Paling
menarik adalah pencarian ikan bilis bermata biru. Yana dapat ikan bilis mata
biru dengan harga rm22 sekilo. Boleh la kan, kualiti dia cantik dan tak sabar
nak makan hehehehhe….
Memborong Ikan bilis bermata biru |
Bersama kawan-kawan terokai Pasar Rakyat Lahad Datu sebelum pergi kerja |
Buah tarap ke terap tah... sedap dan murah. kopek pakai jari aje |
Kalau bercakap pasal makan di Lahad Datu, masa sarapan so so
aje. Yana makan di kedai Mamak yang ada di sekitar kawasan hotel. Rasa dia
bukan la sesuatu yang boleh dibandingkan dengan KL. Bila masuk lunch time, Yana
puasa sebab tekat tak dapat masuk dengan makanan yang dijual di sekitar kawasan
stadium. Naisb baik Yana jaga booth makan, so tumpat sekali la dengan makanan
untuk demonstrasi tu. Bila tiba Dinner, ni yang paling best. Makanan berasaskan
seafood sangat sedap dan murah dan banyak portion dia. Paling Yana rasa bahagia
bila makan sotong yang segar, dan team yana oder sotong dengan 5 jenis masakan
untuk di cuba. Semuanya sedap, gambar tak sempat ambik sebab lapar sangat.
Itu je lah cerita di Lahad Datu. Tak sempat nak explore
sebab datang atas urusan kerja. Tapi yang best Yana dapat capture sunrise yang
indah di sana. Enjoy !!!!