Sookie semasa menerima hadiah Syukur Alhamdullilah, Sookie dah berjaya tamatkan alam tadikanya dengan cemerlang. Dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di Tadikanya. Majlis meraikan sookie dan rakan-rakan tadikannya berlangsung di Semenyih. Sookie juga terlibat mengadakan persembahan koir menyanyikan pelbagai lagu patriotik.
Dengan berbekalkan ilmu yang sikit sangat dan Ahmad Niko (D3100) Yana tebalkan muka untuk memenuhi ajakan member Group FB In Living Colour Photography. Group ni sediakan Model dan Tok gurunya sekali untuk membantu dan berkongsi-kongsi idea amik gambar model. Semua ini disediakan dengan tanpa ada bayaran pun (YES FREE SHJ). Rugi kalau Yana tak ambik peluang ini. Program ini dibuat di Persint Diplomatik dekat taman tu... Alhamdullilah banyak ilmu yang Yana dapat dan ini beberapa hasilnya dan yang pasti masih banyak yang perlu dipelajari.
Bukan mudah nak ambik gambar kanak-kanak tadika. Sentiasa aktif dan lincah, lepas shoot gambar je terus dia org nak tengok hahaa.... Beberapa gambar yang dirakam sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2013 di Tadika Sri Jelok, Kajang