My life after diagnosed with cancer

Isnin, 17 Disember 2012

Yana rindu LANGKAWI

Sudah lama Yana tak ke LANGKAWI. Pulau tu menyimpan pelbagai kenangan indah, al maklumla Yana duduk LANGKAWI dari darjah 2 hingga umur 19 tahun.

Syukur sangat pada akhir tahun ini, pejabat tempat Yana cari rezeki ada buat retreat di Langkawi dari 14 hingga 16 disember 2012. Di kesempatan ini, Yana ambik peluang la untuk menikmati semula keindaan Pulau Mahsuri tu. Hahaa yang paling buat hubby Yana tergelak bila Yana bagi tau yang Yana gi sana sebab nak makan Nasi Ayam Pak Ya!!! Di Langkawi Yana menginap di Hotel Bella Vista di Pekan Kuah tu. Haa lagi senang la nak makan nasi ayam tu, just 4 mini berjalan kaki aje ke kedai nasi ayam. 

Hotel tempat yana tido
Sempat juga berjalan ke Geopark


ni list cadangan Yana masa di langkawi:

1. Nasi Ayam Pak Ya = alhamdullilah tertunai hajat utama ni
2. Beli coklat = hajat ni memang wajib HAhaa
3. Beli periuk = 3 biji periuk Yana beli  *murah gile*
4. Nak shooting sunset = hajat ni kureng kesampaian disebabkan terlebih buat kerja, nama pun gi retreatkan huhuu...

yang pasti Yana sangat suka dapat balik ke Langkawi dan tengok awan yang biru... suke sangat 

XOXOXO
Yana


Sabtu, 20 Oktober 2012

KONVO Sookie - 2012

Sookie semasa menerima hadiah

Syukur Alhamdullilah, Sookie dah berjaya tamatkan alam tadikanya dengan cemerlang. Dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di Tadikanya. Majlis meraikan sookie dan rakan-rakan tadikannya berlangsung di Semenyih. Sookie juga terlibat mengadakan persembahan koir menyanyikan pelbagai lagu patriotik. 
Sookie & Nabila

Sookie & Nabila (Best Friend)

Sookie & rakan-rakan


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...