My life after diagnosed with cancer

Ahad, 23 Februari 2014

sudah 5 bulan

Syukur Alhamdullilah... sekarang sudah masuk 5 bulan yana mengandung (kandungan ke-4, anak ke-3)... maksudnya pernah keguguran sekali.
Pengalaman setiap kali mengandung memang tidak pernah sama, yg sama hanya lah rasa INDAH.
3 bulan pertama kandungan diuji dengan yana mengalami bleeding yg boleh tahan hebatnya. kuasa Allah kandungan ini masih kuat dan punca bleeding teruk tu masih jadi tanda tanya.
masuk bulan ke-4, hati rasa lega sebab semakin sihat cuma masih tidak berapa ada nafsu makan. so berat badan drop dan tak naik2. 1st time mengandung berat tak naik2 ni.... sebelum ni jenuh nak control makan dng berat :)
kini dah masuk 5 bulan... syukur sangat. tiap hari rasa baby bergerak dlm perut. jantina baby belum tahu lagi tapi yana dah bagi nama panggilan iaitu 'BABY MICA'. Ingat bila dah masuk stage ke-2 ni kira macam honey moon la... tapi yana dan baby mica diuji dengan pedih pada hulu hati. hai.... dugaan sungguh!!! kejap ok kejap ko... tiap kali jumpa doc semuanya ok dah tak da bleeding... cuma doc asyik pantau HB sebab asyik rendah je dan banyak juga risiko pd ibu dan baby kalu HB rendah. tentang berat badan tu ada masalah sikit sebab masa mengandung ni yana drop beberapa kg... dr 65kg masa mula2 disahkan mengandung... berat terkini 62kg je. mmg body nampak kurus je dengan perut koi nampak hehee (jng ingat time preggy x leh kurus)
yana harap baby mica sihat dan dapat lahir ke dunia dengan sebaik mungkin dan sihat sempurna Insya Allah
ni beberapa gambar ultrasound baby mica....

Rabu, 1 Januari 2014

Bandung 2013

Disember 2013 - Kami sekeluarga berpeluang ke Bandung dan ini merupakan percutian terakhir Yana bersama arwah abah. Pada mulanya niat ingin membatalkan percutian ini kerana faktor kesihatan arwah abah dan juga Yana, tapi arwah bertegas nak bawa cucu-cucunya bergembira di Bandung. Alhamdullilah kami gembira dengan perjalanan kali ini. Tak banyak tempat yang kami lawati, percutian kali ini lebih untuk menceriakan anak-anak. Pun begitu kain pasang dan telekung tetap kami borong untuk kegunaan sendiri dan buat cenderamata kenang-kenangan.








Khamis, 2 Mei 2013

REJAB datang lagi

Syukur tak lama lagi bulan REJAB bakal kembali. Banyak kengan indah pada bulan ini dan kelebihan pada bulan ini juga sangat istimewa ;)
Semoga dengan kehadiran bulan REJAB ini, hati ini semakin tenang, berbahagia dan tabah selalu. Berikut beberapa hadis Rasulullah s.w.t. mengenai kelebihan bulan REJAB:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...