My life after diagnosed with cancer

Khamis, 24 Ogos 2017

Bone marrow aspirate and trephine (BMAT) kali ke 6

Pada 6 Julai 2017, yana kena buat BMAT kali ke 6 (kalua x salah la). Bone marrow aspirate and trephine (BMAT) biopsy ni boleh dibuat di hospital atau klinik (dalam ward atau di daycare) atau di bilik rawatan je. Biasanya prosedur ini akan dibuat oleh doktor yang specializes in blood disorders seperti  hematologist  atau cancer oncologist.

Proses utk BMAT ni hanya memakan masa 10 ke 15 minit je, tetapi masa lebih diperlukan untuk penyediaan prosedur (dalam 30 minit). Sebelum prosedur dijalankan blood pressure and heart rate akan di checked oleh nurse dan kita juga akan diberikan  anesthesia untuk keselesaan. Ada juga pesakit diberikan IV medication supaya kita akan pengsan atau lali saja masa prosedur dijalankan.
Biasanya kawasan yang sesuai untuk BMAT ni adalah disekitar hipbone (posterior iliac crest) tapi bagi yang berbadan besar, doktor akan ambik pada bahagian hadapan.

Bone marrow aspiration
The bone marrow aspiration is usually done first. The doctor makes a small incision, then inserts a hollow needle through the bone and into the bone marrow.
Using a syringe attached to the needle, the doctor withdraws a sample of the liquid portion of the bone marrow. You may feel a brief sharp pain or stinging. The aspiration takes only a few minutes. Several samples may be taken.
The health care team checks the sample to make sure it's adequate. Rarely, fluid can't be withdrawn and the needle is moved for another attempt.

Bone marrow biopsy
Your doctor uses a larger needle to withdraw a sample of solid bone marrow tissue. The biopsy needle is specially designed to collect a core (cylindrical sample) of bone marrow.

Selepas selesai prosedur, doktor akan letak bandage dekat kawasan yang dicucuk tu. Kemudiannya kita dimintak berehat seketika (baring). After 3 jam or lebih sudah boleh balik rumah. Pengalaman saya kalau dicucuk pada bahagian bawah hipbone, sakitnya tak berapa la sangat (MC 2 hari pun dah cukup) tapi kalaau sebelah atas hipbone terasa kesengalannya dekat seminggu. Kena solat duduk almost a week.


Sebelum buat BMAT kali ke 6 ni, yana ada rasa sengal-sengal badan dan tak tahu apa puncanya. Lepas buat BMAT ni hilang terus rasa sengal-sengal tu (bagusnya). Yana pun tak tahu apa kaitan sengal badan dengan BMAT tu. Next BMAT tak tahu tarikh lagi, harap after 6 month (sepatutnya 3 month).

BMAT kali ke 6 ditemani suami tersayang

Muka risau nak kena cucuk

Sabtu, 22 Julai 2017

Setahun bersama APML

Today is my 1st anniversary diagnosed with Acute Promyelocytic Leukaemia (APML). But there was no memory about this day in FB coz masa tu masih belum dapat terima kenyataan Yana got cancer. I still remember, air Mata mengalir Dan tangan yana tak lepas menggengam tangan doc yang maklumkan sakit ini. Doc China tu peluk Dan kata.... Don't worry APML ada ubat Dan ramai yang sihat lepas selesai buat rawatan.
Kemudian datang Dr. Shahadah yang pujuk Dan menerangkan jenis rawatan utk Apml. She mention APML ni jenis rare Dan jarang2 orang kena tapi don't worry sebab kita ada ATRA (ubat special utk APML)
Jumpa pula Dr. ONG yg memantau kes yana. Senyum Dan mesra org nya. Teringat bila Tanya yana stage berapa? (Kanser & stage x dapat dipisahkan hehehe) Dr. Ong kata, APML x de stage. Kalau nak stage juga ambik stage 4 sebab darah mengalir satu badan (sambil ketawa dia bagi penerangan)
Dari kata-kata doc tu tiba2 aje semangat untuk kembali sembuh wujud Dan berkobar kobar.... yana hanya fikir, kalau yana mampu mengandung Dan melahirkan anak, pasti yana mampu utk hadap APML. Bagi Yana proses kelahiran adalah paling hebat bagi segala macam sakit.
Ramai yg datang ziarah, wassup Dan call tanda perihatin. Namum begitu bukan semua nasihat yg diberi adalah positive, ada juga yg negative. Teringat lagi ada orang kata jangan buat kimo, bahaya katanya. Ada juga yang kata kalau dah kena kanser darah alamatnya tak lama la tu (mati).... hanya mampu tersenyum, Dan kebetulan my auntie Jisam Nyupeng mention she have friend yg sakit sama macam Yana Dan alhamdullilah dia sihat hingga kini. Dari situ yana cari Dan cari Dan di temukan dengan kak Siti Mazrina Othman, dia betul membuka minda Dan menjadi tempat rujukan yana.
Yana mula mencari mereka yg sama jenis APML di Malaysia Dan Kami bersatu dalam wassup group. Yana juga mencari insan2 yang berkaitan dng APML hingga ke seberang laut dengan harapan dapat melihat perbezaan rawatan, kesan ubat Dan mencari sesuatu yg positive utk APML - alhamdullilah rupanya memang ada kumpulan utk APML/APL yg mengumpulkan pesakit Dan care taker seluruh dunia.
Hari ni yana bersyukur masih lagi dapat bersama keluarga Dan masih functioning. Perjalanan setahun ini ada hari ok ada hari down, alhamdullilah Nizam Wahid x penat melayan kerenah Yana, Immran Nizam & Sookie Batrisya selalu teman yana masa di daycare hospital ampang utk tambah darah & platelet Dan masa prosedur bone marrow biopsy. Mak Kamariah Abd Manan pula pesan jangan risau pasai Myka sebab dia akan jaga, just tumpu pada rawatan aje. Tq juga pada abg shahrul sekeluarga Dan anak2 tahfiz di penang yang berusaha mendoakan Yana. Uncle ne yang bawa yana berubat do Ipoh, Abg Muhammad Rafek Izzat & Arif Tika yang selalu memantau Dan doakan kesembuhan... TQVM pada semua ahli keluarga & teman2 rapat yg dekat Dan jauh yg ziarah Dan mendoakan Yana.
Apml buat Yana lagi kuat Dan yg penting mendekatkan diri dengan Allah. Ia juga buat Yana menghargai apa yg Yana miliki. Yana pandang APML dengan kasih sayang sebab apa yang Allah berikan adalah yg terbaik utk diri ini.....
Ada hari kita Down tapi kita kena bangkit semula, kena cari cerita2 positive untuk membangkitkan semangat. Yakinlah pelangi akan muncul setelah hujan melanda....

Bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik

mesti positif 

masih ada kerisauan di hati jika RELAPS

Khamis, 22 Jun 2017

SALAM AIDILFITRI

Sekejap je Ramadhan akan meninggalkan kita... Yana masih trauma dengan pengalaman Ramadan dan Syawal yang lepas. masih teringat lagi Yana menghabiskan masa dalam wad di Hospital Telok Intan sehari sebelum raya. Siapa sangkakan, rupanya ianya petanda untuk Yana disahkan mengidap Lukemia APML. Apapun kisah itu hampir setahun berlalu. Yana harap Aidilfitri kali ini membawa sinar harapan yang indah. Semoga lebaran kali ini lebih bahagia, sihat dan ceria.

Yana dan rakan sekerja - photo shoot untuk kad raya


my team

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...