My life after diagnosed with cancer

Isnin, 21 Januari 2013

Maybank Malaysia Open 2013

Sookie, Yana & Qhalyd depan bilboard 

Badminton super series Malaysia di buat di Stadium Putra Bukit Jalil dari 15 hingga 20 Jan 2013. Dan pada 20 Januari 2013, Hubby telah bawa Yana, Qhalyd dan Sookie ke stadium ni sebab nak tengok Dato LCW live beraksi.

Kita orang satu family ambik tiket paling murah je RM 25 untuk seorang dan duduk paling atas (terasa gayat huhuu)... tapi anak-anak yana tu tak gayat langsung, siah belari dan melompat. Empat orang kami dah cecah seratus untuk masuk je, tu tak kira kita orang shopping beli baju-baju dekat kawasan sebelum masuk tu hehee...

My Sookie: semangat dia
Orang memang ramai sebab hari FINAL dan nak tgk Dato LCW kan! nak makan pun susah sebab kena berebut-rebut. So hubby gi tapaw pizza hut je dan makan je dlm stadium tu.

Memang best dan budak-budak pun seronok sebab dapat sokong Dato' LCW secara live :) Time nak balik pun jenuh sebab byk kereta hehee... tak tak kesah sebab janji kami satu keluarga dapat luangkan masa dengan best sehari suntuk di stadium tu. Hai kejap je masa berlalu dan tgh malam nanti yana pun dah nak berangkat ke USM, Penang.


Keputusan 0 - 0 (baru nak mula main kan)
Qhalyd... dan yana yg semangat hahaa (siap pakai baju baru)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...