My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 2 Mac 2013

He inspire people : Ong Boo Siong

Ong Boo Siong merupakan rakan kelas Yana di Universiti Sains Malaysia. Yana mengenali Boo Siong melalu GROUP FB PJJ USM di mana kami selalu berkongsi ilmu dan kata-kata semangat. Semasa kursus insentif di USM pada Januari 2013 yang lalu, Yana dan kawan-kawan rapat (Pujie, Mok, Fizah, Rahim, Bashah dll.. ramai sangat hehee) telah berkesempatan untuk membantu Ong Boo Siong untuk membantu beliau menguruskan satu Program Belajar dengan Efektif melalui NLP (Neuro-Linguistic Programming). Boo Siong tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk program tersebut, kecuali bayaran RM5 untuk duit sijil sahaja. Boo Siong niat menganjurkan program ini sebagai hadiah beliau kepada USM sempena tahun akhir beliau study di USM. Oleh kerana niat murni Boo Siong tu ikhlas, maka Yana & geng sebulat suara untuk membantu beliau (walaupun time tu bz study dan buat tesis). Alhamdullilah program ini mendapat sambutan dengan kerjasama Persatuan Pelajar PPPJJ USM dan Kumpulan Facebook PJJ USM.
Antara yang membantu Ong melaksanakan Program Belajar dengan Efektif melalui NLP


Kenal ke korang dengan Ong Boo Siong? tengok sini ada blog dia http://www.blogger.com/profile/05791915864663268819 atau boleh cari dan follow Boo Siong dalam FB je.

Bagi Yana, Boo Siong betul2 inspire people. walaupun dia Orang Kelainan Upaya (OKU) tapi jiwa dia sungguh besar. Apa yang Yana dapat dari Ong adalah: Pandang diri kita yang positif.... (lihat kelebihan yang ada pada diri kita, bukannya kekurangan yang ada)

Boo Siong juga boleh main gitar dan badminton tau :)

Ong Main gitar

Cuba cari yang mana satu Ong?

Lepas penat berbadminton, rehat-rehat sambil borak dengan Ong 


Bergambar ramai-ramai dengan Ong selepas selesai sesi Program

Ong dan Chai: mereka OKU dan merupakan student PJJ USM.

Ong dan Adnan

Ong & Yana: masa ni Ong belanja KFC 

Ramai-ramai.... 


TQ ONG BOO SIONG:

Yana sangat bertuah dapat mengenali anda!

all da best to u ONG BOO SIONG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...