My life after diagnosed with cancer

Rabu, 5 Mac 2014

NASI ARAB


Bahan bahan:
1 ekor ayam – direbus (air rebusan ayam boleh buat sup dan juga stok)
3 cawan beras basmathi - basuh dan rendam 20 minit kemudian toskan
Air stok ayam secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak – potong dadu
2 labu bawang besar  - potong dadu

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
3 biji buah pelaga
2 helai bay leave
1 batang kulit kayu manis
2 bunga cengkih 
20 biji lada hitam

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah (tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:
Tumis rempah dalam periuk dan masukkan ayam serta air.  Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan untuk dibuat stok. 

Tumis rempah baki rempah ke dalam periuk nasi dan juga 1 labu bawang besar dan tomato yang dipotong dadu sampai sampai wangi.


Masukkan beras, kacau dan masukkan stok ayam. Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata.

Nota: asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)


Cara cara Menyediakan Ayam:
Ayam yang telah direbus tadi di lumur keseluruhan permukaan dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam.

Bakar dalam 20-30 minit.


Salatah:
3 biji buah tomato masak di potong dadu
3 biji cili hijau (kalau nak pedas letak cili api)
1 bawang putih
2 bawang merah
daut sup sedikit

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...