My life after diagnosed with cancer

Isnin, 24 Mac 2014

bercuti di Morib

Cuti sekolah datang lagi, walaupun seminggu je kena la juga bawa anak2 bercuti. Budak2 dah besar sudah pandai demand nak jalan2.

Memandangkan semenjak dua ni asyik terperuk di putrajaya, Yana pon cadang nak bawa budak2 ke Morib. pantai dia biasa je tp ada sebuah hotel di gold cost morib yang ada taman tema air tu. Yana booking semalam je sebab cuti sekolah kan seminggu aje heheee.

Kita orang betolak dari Putrajaya dalam jam 12 tgh hari dan bersantai aje. Lunch dekat kfc di banting tu dan sampai awal utk cek-in. nasib baik leh cek-in awal, cuma kunci bilik akan dapat lepas jam 3 pm. so masa cek in tu, dpt kupon sarapan dan 2 gelang free utk masuk taman tema air tu.  so apa lagi, budak2 sudah tak keruan bila nampak kolam... so kami gi beli tiket utk budak2 rm20/head, parent guna tiket free tu je.

taman tema ni kecil aje, tapi macam2 ada. bagi family yg dtg dng anak kecil & budak besar skit hehee sgt sesuai la. tak jenuh nak kawal sebab kawasan kecil. yana yg tengah preggy ni risau gak, kawasan air ni biasanya licin tp alhamdullilah ok je cuma kena hati2 takut org langgar ;)

so bila dah dkt jam 3 pm.... yana pon gi ke kaunter nak ambik kunci. mak oit ramainya manusia, yg baru nak cek in dan jg yg nak ambik kunci. mmg nampak tak terurus (mohon pihak pengurusan take note). hampir 45 minit jg la Q ambik kunci... yana ada baca review org lain ttg hotel ni mmg ada neg dan positif la. yg yana tau kalu leh nak request bilik menghadap ke laut dan nak wing belah kiri hehee. tp bila dpt kunci je, mungki dah rezki baby mica kot, yana tak perlu requet apa2. dpt lak tingkat 1 so kita org panjat tangga je dan tak perlu berebut naik lif dng org lain :)

alhamdullilah masuk2 bilik tgk semuanya ok. arah kiblat ada (sejadah je x da), air panas dan sejuk berfungsi, water hiter ok dan yg best jakuzi pon berfungsi heheee... alhamdullilah semunya berfungsi dng baik. dan bau2 yg tak menyenangkan tu tak lak yana bau; bkn apa, ada review yg negatif kata ada yg dpt jakuzi yg rosak dan bilik tak der water hiter, dari bilik bau busuk pd waktu mlm dll ;(

yana puas hati jg dkt sini, sebab budak2 happy. dkt sini kita org hanya mandi kolam sampai ke ptg, sebelah ptg jln2 dkt pantai (mmg best)... dan yana sempat shooting sunset. mlm pula gi dinner dkt2 situ je dan balik hotel kita org 4 beranak main2 dlm jakuzi hehee.

Keesokan hari budak2 bangun je tido terus gi mandi kolam... bila yana dan hubby dah siap2 nak sarapan, baru budak2 ni dtg sarapan sama. lepas sarapan kami 4 beranak terjun kolam hehee... yana rasa ringan je masuk dlm kolam tu, bebas berenang walaupon perut dah besaq. bila keluar dr kolam baru terasa berat hehee

alhamdullilah puas hati juga dtg morib ni sebab anak2 happy (tu yg penting). nanti bila baby mica dah keluar, tak tau lah bila leh berholiday lg... kena tunggu baby mica besaq skit baru leh berholiday kot (ye ka)...

ni antara gambar2 dari samsung note... gambar sunset dlm dslr dan blum ada masa nak tranfer ;)

Rabu, 5 Mac 2014

NASI ARAB


Bahan bahan:
1 ekor ayam – direbus (air rebusan ayam boleh buat sup dan juga stok)
3 cawan beras basmathi - basuh dan rendam 20 minit kemudian toskan
Air stok ayam secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak – potong dadu
2 labu bawang besar  - potong dadu

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
3 biji buah pelaga
2 helai bay leave
1 batang kulit kayu manis
2 bunga cengkih 
20 biji lada hitam

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah (tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:
Tumis rempah dalam periuk dan masukkan ayam serta air.  Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan untuk dibuat stok. 

Tumis rempah baki rempah ke dalam periuk nasi dan juga 1 labu bawang besar dan tomato yang dipotong dadu sampai sampai wangi.


Masukkan beras, kacau dan masukkan stok ayam. Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata.

Nota: asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)


Cara cara Menyediakan Ayam:
Ayam yang telah direbus tadi di lumur keseluruhan permukaan dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam.

Bakar dalam 20-30 minit.


Salatah:
3 biji buah tomato masak di potong dadu
3 biji cili hijau (kalau nak pedas letak cili api)
1 bawang putih
2 bawang merah
daut sup sedikit

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...