My life after diagnosed with cancer

Ahad, 14 September 2014

Myka - 2nd month


The laughter of a child, is the light of the home

Syukur Baby Myka sudah masuk usia dua bulan.





Isnin, 8 September 2014

Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 2

Sambung PART 2

Lepas balik atas risiko sendiri, 2 hari je dapat bertahan di rumah. Sakit kembali menyerang, dan seperti yang dijanjikan saya terus ke hospital tapi bukan hospital Putrajaya yang dekat dengan rumah tu tapi ke KPJ Kajang. Masa ni rasa bersyukur sangat sebab ada medical card yang boleh cover kos perubatan.


di KPJ Kajang doc terus buat CTscan dan Ultrasound, memang sah-sah nampak ada batu yang menghalang laluan hempedu. Rasa pelik pun ada, sebab masa di Hospital Putrajaya tak nampak pon batu tersumbat tu. Doc mention yang batu tu buat saya kuning dan rawatannya adalah ERCP (Endoscopic retrograde cholangiopancreatography). Bahasa melayunya buat skop masukkan alat ikut mulut dan buang batu-batu yang tersumbat tu. 

Masa ni rasa lega sangat, sebab dah nampak apa masalahnya tapi lepas satu, satu lak masalah timbul. Doc di KPJ kajang mention ERCP tidak boleh dibuat di KPJ kajang sebab doc yang bertugas bercuti. So semalaman juga di KPJ kajang dan esoknya saya dihantar ke HUKM privert wing untuk urusan ERCP tu. 

Alhamdullilah, daftar masuk di tingkat 7 HUKM privert wing. Di HUKM ni ada dua bahagian, satu bahagian yang biasa (kiranya mcm gov) dan satu lagi bahagian swasta. Tapi docnya sama je dan yang bezanya kos rawatan yang dikenakan dan juga masa.

So setelah selesai daftar untuk buat ERCP je di privert wing, petang tu juga terus buat ERCP. kalu daftar di bahagian HUKM yg biasa tu myb kena ikut turn kot nak buat ERCP. Doc yang uruskan ERCP tu namanya Prof. Razman dan dia berjaya keluarkan 4 biji batu dari saluran hempedu. Kata Prof. batu-batu saya macam batu mutiara, boleh buat batu cincin.

Lega rasanya, bila esoknya terus nampak kuning dah semakin turun. Prof. Razman mention, ada banyak lagi dalam hempedu tu.Solutionnya kena oprate juga buang hempedu untuk elak sakit dan kuning. 


Memandangkan medical card tak cover dekat HUKM privert wing tu (bukan tak cover, tapi kena keluar modal dan klim kemudian) Prod cadangkan untuk opret guna GL je dekat bawah. Bawah tu maksudnya HUKM yg biasa tu tapi dia juga lah yang akan buatnya. Bila nak opret? Prof kata, nanti dia call dan saya just sediakan GL je.


Alhamdullilah, proses ERCP berjalan dengan lancar dan yang penting saya tak sakit dan kuning pun semakin hilang. Dan kos ERCP di HUKM privert wing tu mencecah RM1700 lebih kurang la tu. 

Nampak kan 4 biji batu 




Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...