My life after diagnosed with cancer

Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Mei 2017

CanFun Walk 2017

Pada 6 May 2017, Yana telah menyertai acara CanFun Walk 2017 sempena Bulan Survivor Kanser Kebangsaan peringkat UPM 2017. Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) bersama Pelajar Kursus Pengurusan Majlis, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Kolej Lima Belas (K15), Universiti Putra Malaysia (UPM).

OBJEKTIF PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.      Untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit kanser pada peringkat awal.

2.      Untuk mengukuhkan kemampanan hubungan harmoni yang telah wujud antara UPM dengan pesakit kanser

3.      Mengubah persepsi masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser melalui program-program pendidikan kanser dan kesedaran.

Aktiviti kecergasan ini merupakan aktiviti pertana yang Yana terlibat setelah selesai menjalani semua kimoterapi. Yana juga diberi tanggungjawab sebagai wakil cancer survival untuk melepaskan peserta CanFun Walk 2017. Alhamdullilah Yana Berjaya habiskan acara ini dalam masa 21 minit 37 saat (2.22KM).




Khamis, 12 Januari 2017

Consolidation: Part 3

Syukur Alhamdullilah, pejam celik pejam celik dah masuk 3rd Idarubincin consolidation bermakna sesi kimo yang terakhir. Tarikh asal untuk kimo terakhirnya adalah pada 30 November 2016, tetapi dilajakkan sehingga 13 Disember 2016 kerana darah masih rendah dan katil di wad penuh. Apa-apa pun hati sudah lega kerana kimo terakhir berjaya dilalui walaupun HB 9.6, PLATLET 94, WBC 1.5 je, ANC 0.6.
Macam biasa seminggu lepas kimo kena buat FBC dan untuk last kimo ni kena tambah 2 pac darah, 1 pac platlet dan lebih kurang 9 hari kena cucuk GSCF (ubat untuk naikkan sel darah putih) dan sehingga kini syukur tak kena demam. (harap2 tak demam la)

24 Januari 2017 doktor dah plan nak buat BMB di Day Care. walaupon dah 3 kali buat, tetap rasa gerun. kali ni lagi gerun sebab 1st time nak buat dkt day care.
3 feb 2017 Doktor plan datang klinik pakar hemato untuk review result BMB dan insya Allah akan mula fasa maintanance (makan ATRA). MC pun sampai 3 FEB 2017, nanti kena tanya doktor dan cek darah, kalau dah ok boleh kerja or sambung MC lagi.

Result MRI yg scan lutut pon dah dapat, alhamdullilah doktor kata bukan kanser so case close. tapi doktor kata kalau ada rasa pelik, tak selesa just inform doktor di bahagian hemato je, nanti doktor otopedik akan followup.



Tarikh
White Blood Celss
(4.1 – 11.4)
Haemoglobin (11.6 – 15.1)
Platelet
(171 – 399)
ANC
(3.9 – 7.1)
19/12
0.9
7.2
80
0.4
22/12
0.7
6.3
28
0.3
27/12
1.0
8.9
12
0.3
30/12 
3.4
8.1 
30
2.2 
result FBC utk last kimo

Isnin, 24 Oktober 2016

Consolidation : part 1

CONSOLIDATION merupakan rawatan yang dijalankan selepas INDUCTION. Kebiasaanya rawatan consolidation ni lebih kurang sama masa induction. Sebelum buat consolidation, Dr. Ong suruh buat BMB (Bone Marrow Biopsy) masa minggu ke 8, untuk lihat kesan rawatan masa induction dan juga nak tengok status PML RARA (tak tau nak terangkan).

Doktor maklumkan, dalam consolidation untuk yana, akan ada 3 pusingan kimo. 1st Consolidation yana bermula pada 29 September 2016. Masuk wad sebelah petang dan esok doktor kata akan mula kimo idarubincin utk 2 hari. Satu hari masuk kimo dalam 15 ke 30 minit. Hari ke 2 lepas habis kimo, terus boleh keluar wad dan balik rumah. 

Pengalaman masa masuk ubat kimo. 1st day Alhamdullilah, ubat masuk dengan jayanya. Malam tu rasa letih tapi masih boleh menguruskan diri dan bersolat atas katil. Ada rasa sedikit letih.

2nd day kimo, sedih sikit. masa ubat kimo tinggal skit2 nak habis tu, kawasan tempat masuk drip terasa menyucuk-nyucuk. oh!!!! sangat berbeza dengan pengalaman sebelum ni. Ubat yang sepatutnya masuk  dlm 30 minit, jadi 45 minit. 2 kali nurse bilas dng air pada saluran drip. Alhamdullilah habis juga ubat tu masuk. Masa keluar, nurse bekalkan dengan ubat tahan muntah jika perlu. Setakat ni yana tak makan, dan berjaya kontrol perasaan tu.

Yana akan datang balik untuk buat Full blood count (FBC) pada 7, 10 & 13 oktober 2016 di Day Care Hospital ampang.



7 OKT 2016
10 OKT 2016
13 OKT 2016
HB
10
8.8
8.7
PLT
133
67
12
WBC
1.6
0.7
0.5
ANC
1.1
0.0
0.0

Nampak gaya, platlet semakin rendah, Dr. Ong suruh yana admit ward untuk dua hari tambah platlet dan pantau FBC. So petang tu juga, mask wad dan platlet.

hari ke dua dalam ward, yana demam dng suhu 37.6. doktor kata pantau dulu…
tengah hari suhu turun, tapi mlm suhu naik 37.8. SO doktor yg bertugas ambik sample darah dan terus start antibiotik. daripada 2 hari masuk wad, jadi ke 6 hari sebab tunggu darah putih naik baru boleh balik.

Pagi sebelum boleh keluar ward, Dr. Ong datang. He mention, kalu hari ke 20 lepas kimo biasanya darah akan naik. dan alhamdullilah 'Result FBC naik la skit seperti di bawah.

HB : 8.3
PLT: 23
WBC : 0.5
ANC : 0.0

Alhamdullilah, dah boleh balik rumah berehat sebelum mula 2nd consolidation pada 1 Nov 2016 (tunggu nurse call baru leh admit wad 7B, Hospital Ampang)

Isnin, 12 September 2016

Rawatan APML/APL (part 1)

Yang istimewanya dalam merawat APML/APL ni adalah ubat ATRA (All Trans Retinoic Acid). Ubat ni merupakan ubat makan yang akan diberikan dengan serta merta kepada pesakit sebaik sahaja APML dikesan.

ATRA ni bukan merupakan agen chemotherapy, tetapi ia bekerja untuk mematangkan immature promyelocyte cells' inability to absorb retinoic acid (a compound required for cell growth and development). ATRA enables these promyelocytes to develop and then die as would normally happen. Lebih kurang nak menormalkan semula sel-sel yg tak matang. Biasanya kimo akan dijalankan bersama ATRA. 

1st cycle of rawatan dipanggil INDUCTION therapy. Macam kes saya, satu cycle kimo ada 3 sesi (1 hari kimo, rehat 1 hari). Ubat kimo saya nama INDARUBICIN. Warna oren, masuk dalam badan melalui drip air lebih kurang 30 minit sahaja untuk satu sesi. Masa 1st time masuk memang terasa berdebar, tapi Alhamdullilah berjaya menyelesaikan 3 sesi kimo untuk 1st cycle. semasa induction, kena duduk dalam ward 100%. saya masuk 22 july 2016 dan keluar wars 15 Ogos 2016, lama kan!!!! 

Saya tanya doktor, ada berapa cycle untuk saya? Dia kata ada tiga termasuk 1st cycle tu. So maksudnya ada 2 cycle lagi. Tapi bila saya tanya2 pesakit apml yang lain, katanya ada 4 cycle. Hrmmm nanti saya tanya balik doktor, sebab takut saya yang salah paham, berapa cycle sebenarnya  

Untuk next cycle akan dipanggil sebagai CONSOLIDATION therapy dan dijangka akan dibuat pada 29 September 2016. Tapi sebelum nak ke consolidation, kena ambik sample bone marrow (BMAT) dulu dan nak tgh molecular for PML RARA, dan kena review Full blood count (FBC) pada 15 september 2016. 2 hari je lagi huhuuh takut dan gerun walaupun dah 2 kali buat BMAT.


ATRA


IDARUBICIN masuk ikut drip




Rabu, 7 September 2016

Dari Pancytopenia kepada Leukemia

Kisahnya bermula pada 5 julai 2016 apa bila saya telah demam selama 3 hari dan mengalami period yang heavy. Masa kejadian ni, saya dan keluarga berada di kampung Tapah, Perak bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kerana risau, saya mengajak Ijam (suami ku) ke klinik, dan Ijam terus membawa ku ke hospital Tapah.

Kami terus ke bahagian kecemasan hospital Tapah. Dari situ doktor periksa tekanan darah dan mengambil darah untuk diuji. Keputusannya, tekanan darah saya memang rendah dan result darah menunjukkan kesemua daah saya rendah (darah putih, HB & Platlet). Di masukkan 1 pack darah dan dipindahkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut bagi mengetahui punca kesemua darah saya rendah.

5 – 11 julai 2016 – saya masuk di wad di HTI, macam-masa soalan doktor tanya dan macam-macam ujian doc buat untuk cari punca. Pada awalnya doktor syak saya kena jangkitan kuman tapi bukan. Sehinggalah 10 julai 2016, saya mohon nak keluar dari HTI untuk ke Hospital Putrajaya. Alasan saya kerana nak balik ke rumah di Putrajaya. Lagipun Ijam mesti masuk office dan budak-budak mesti ke sekolah. Berat juga doc tu nak lepaskn saya keluar. Tapi saya bagi tau yang saya mintak keluar kerana nak berubat bukannya nak lari. Tapi alasan yang sebenarnya adalah saya tak berpuas hati dengan rawatan dan jagaan dari HTI. Apa yang tak puas hati tu biarlah rahsia.

Saya teruskan rawatan di Hospital Putraya (HP) bagi mencari punca kenapa darah saya rendah ataupun dikenali dengan nama pancytopenia. Saya sangat berpuas hati dengan rawatan di HP, makan pon sedap maklumlah hospital 1st class. Doktor2 yang merawat saya sangat baik dan saya diletakkan dalam satu bilik bagi mengasingkan saya dengan pesakit lain kerana saya berisiko untuk mudah mendapatkan jangkitan. Pada mulanya doktor suspek saya ada SLE, tetapi team SLE di HP yang membuat pemantauan dan penelitian menyatakan bahawa simptom SLE tiada pada saya. Sehinggalah semua ujian dilakukan, akhirnya doktor pakar cadangkan untuk diambik sample bone marrow.

21 Julai 2016 saya dapat keputusan bone marrow. Result dan sample bone marrow ini akan saya bawa ke Hospital Ampang untuk meneruskan rawatan di sana. Masa Doc serahkan sampul tersebut, dia ada kata, finding tidak berapa bagus. Kemungkinan besar saya ada masalah dengan kenser darah. Masa saya dengar doktor bagi tau finding tu… saya terima dengan secara terbuka, antara faham dan terkejut.

Saya masih memikirkan simptom yang saya alami hanyalah keletihan semasa bulan puasa, heavy period dan demam selama 3 hari sahaja. Tiada pengsan, tiada lebam-lebam dan tiada bleeding kecuali datang bulan je.


Bila sampai rumah, saya masuk dalam bilik. Saya baring dan terus buka sampul putih yang doktor bagi. Saya baca report doktor mengenai keputusan bone marrow saya, walaupun report tu masih tidak sah kerana report itu perlu diteliti oleh doktor pakar di hospital ampang. Dari report tu saya nampak pekataan Acute Myeloid Leukemia (AML) dan Acute Promyelocytic Mylogenous Leukemia (APML or APL). Satu apa saya tak paham kecuali pekataan Leukemia. Apa jadi? Air mata mengalir, perasaan sedih dan takut semuanya kerana pekataan LEUKEMIA. Kenapa jadi takut dan sedih? Kerana saya tiada ilmu tentang leukemia, yang saya tau ianya sangat merbahaya jika tidak dirawat.
Saya di Hospital Teluk Intan
Semasa di Hospital Putrajaya

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...