Selepas 27hb... saya kembali berjumpa Dr. Hairol di HUKM.
Result hempedu saya tu memang sah Cholelithiasis dan syukur sangat tak der kaitan dengan sebarang sakit lain atau pun kanser.
Saya mengalami kedua-dua jenis kesakitan yang disebabkan oleh batu hempedu.
1. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang menyebabkan rasa sakit selepas makan makanan berminyak. doc bagi tahu, batu-batu dalam hempedu bergesel dan menyebabkan rasa sakit sangat. Rasa sakit ini dapat dikurangkan jika kita jaga diet dan tidak makan makanan yg berlemak. Saya memang jaga diet semenjak tahu ada penyakit ini dari tahun 2011. Alhamdullilah rasa sakit hanya mild aje dan tak perlu nak ke hospital.
2. Radang hempedu yang betul-betul paling sakit. Doc cakap sakit ini sebab hempedu dah bengkak dan ada batu hempedu yang tersumbat. Sakit ini saya kena selepas saya melahirkan baby pada Julai 2014 melalui Upper segmen caesarean section. Firasat saya menyatakan, semasa doc mengeluarkan baby, mungkin terusik pada hempedu dan menyebabkan batu-batu hempedu tu terkeluar dari kantung hempedu.
Kini saya sudah rasa lega dan bersyukur. Kualiti hidup semakin bagus dan saya tak sakit. Sangat berterima kasih dengan Dr. Hairol Azrin Othman yang menjayakan operation dengan bagus.
Ni ada artikal mengenai Dr. Hairul yang bertajuk Laparaskopik buang hempedu
Sesiapa nak khidmat nasihat Doc, sila ke HUKM. Insya Allah doc akan bantu.
Alhamdullilah... lepas pembedahan. kualiti hidup semakin baik & saya bahagia. Bergambar bersama my girls |
p/s: Tak siap lagi artikal mengenai diet lepas buang hempedu... Insya Allah tak lama lagi :)