My life after diagnosed with cancer

Selasa, 11 April 2017

SALMON my way (Asparagus with potato)



Assalamualaikun dan Salam Sejahtera

Sejak-sejak habis kimo suka sangat masak-masak di dapor tapi tak berkesempatan nak upload resepi. Hari ini rajin pula nak up resepi sebab dokumentasi ni bagus. Sapa tanya resepi boleh je rujuk blog yana.

Bahan-bahan
Salmon sekeping - lumur dengan bawang putih yang dicincang halus, lada hitam dan garam)
Asparagus secekak – potong ikut kesesuaian
Sebiji kentang - Kentang dibuang kulit dan dipotong ikut suka
Bawang putih - dicincang halus)
Lada hitam
Chili flake
Butter – 2 ke 3 sudu
Minyak zaiton

Cara-cara

1. Salmon dilumur dengan bawang putih, garam dan lada hitam.
Masukkan 1 sudu minyak zaiton dalam nonstick pan
Masukkan salmon dan terbalik depan belakang sampai masak
Letakkan Salmon dalam pinggan

2. Dalam kuali yang sama, masukkan sikit minyak zaitun dan masukkan kentang. Goreng sampai masak. (masukkan lada hitam dan garam utk perisa). Dah masak, angkat dan letak dalam pinggan salmon yang sama.

3. Dalam kuali yang sama masukkan butter, masukkan chili flake dan masukkan asparagus. Masukkan skit garam untk perasa. Jang over cook asparagus, nanti tak rangup. Dah masak, angkat letak di pinggan yang sama.

*orenge tu sekadar hiasan J

Isnin, 3 April 2017

rawatan APML saya

INDUCTION
Rawatan kimo yang pertama ini merlukan yana berada di dalam wad selama 25 hari.
Cycle kimo ni ada 3 sesi untuk masukkan idarubincin selama 15 ke 30 minit je.

Sesi 1: 27 julai 2016
Sesi 2: 28 Julai 2016
Sesi 3: 31 Julai 2016

BMB pada 15 Sept 2016. ini merupakan BMB ke 3 yana buat. yang pertama buat di hptl Putrajaya. 2nd BMB buat di hptl ampang untuk pengesahan leukemia APML. BMB 3rd ni untuk melihat keberkesanan kimo masa induction.

CONSOLIDATION
Masuk fasa consolidation akan ada 3 cycle kimo yang memerlukan duduk dalam wad 2 hari sahaja. Masa masuk ubat dalam 30 minit pada jam 1pm. Habis je 3 cycle kimo ni kena buat BMB (x suke)

1st Idarubincin
Sesi 1: 29 Sept 2016
Sesi 2: 30 Sept 2016

2nd Idarubincin
sesi 1: 2 Nov 2016
sesi 2: 3 Nov 2016

3rd Idarubincin
sesi 1: 13 Disember 2016
sesi 2: 14 Disember 2016

BMB ke 4 akan dijalankan esok (24 januari 2017).

MAINTENANCE
Dijangka yana akan masuk ke fasa ini selepas berjumpa dengan Dr. Pakar di klinik hemato pada 3 Feb 2016)








Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...