My life after diagnosed with cancer

Selasa, 2 April 2013

Yana & Ahmad PRO bertugas di PICC sempena majlis APC

Ahmad Pro bertugas di PICC sempena majlis APC
Hari ini yana dan Ahmad Pro bekerja sama menjayakan majlis anugerah khidmat cemerlang. Tugas yana dan ahmad pro hanya untuk sesi persembahan koir dan juga anugerah khas. (kami jaga slide dan multimedia)

Tapi macam-macam dugaan berlaku, yana punya la gabra sebab ni la 1st time my Ahmad Pro berkoliberasi dng peralatan lain (teknikal) untuk buat persembahan multimedia hehee...
macam2 nak kena ingat, nak kena tekan dll... dah la jadi bidan terjun jaga teknikal. selalunya yana dng ahmad pro buat design je. kerja-kerja persembahan ni org lain yg uruskan. SO hari ini belajar benda baru la.

masa kerja, 2 kali juga kena restart ahmad pro sebab dia kejung (macbook pro pon boleh kejung ke? huhuu). slide hilang la, font tak muncul la.... semua ni berlaku bukan masa sesi reasel, tetapi masa majlis berlangsung. fuhhh!!!! dugaan sungguh.

Tapi alhamdullilah dlm 3 jam tu, walaupun yana duduk tak tenteram dan risau... segalanya tetap berjalan sempurna walaupun byk sungguh dugaannya. Dan yana telah berniat nak belanja donut kalu ahmad pro berjaya membuat persembahan pada ptg tu. heheee dah semuanya berjalan lancar, so Jumaat ni ke belanja donat la (insya Allah donat this friday)

Sabtu, 2 Mac 2013

He inspire people : Ong Boo Siong

Ong Boo Siong merupakan rakan kelas Yana di Universiti Sains Malaysia. Yana mengenali Boo Siong melalu GROUP FB PJJ USM di mana kami selalu berkongsi ilmu dan kata-kata semangat. Semasa kursus insentif di USM pada Januari 2013 yang lalu, Yana dan kawan-kawan rapat (Pujie, Mok, Fizah, Rahim, Bashah dll.. ramai sangat hehee) telah berkesempatan untuk membantu Ong Boo Siong untuk membantu beliau menguruskan satu Program Belajar dengan Efektif melalui NLP (Neuro-Linguistic Programming). Boo Siong tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk program tersebut, kecuali bayaran RM5 untuk duit sijil sahaja. Boo Siong niat menganjurkan program ini sebagai hadiah beliau kepada USM sempena tahun akhir beliau study di USM. Oleh kerana niat murni Boo Siong tu ikhlas, maka Yana & geng sebulat suara untuk membantu beliau (walaupun time tu bz study dan buat tesis). Alhamdullilah program ini mendapat sambutan dengan kerjasama Persatuan Pelajar PPPJJ USM dan Kumpulan Facebook PJJ USM.
Antara yang membantu Ong melaksanakan Program Belajar dengan Efektif melalui NLP


Kenal ke korang dengan Ong Boo Siong? tengok sini ada blog dia http://www.blogger.com/profile/05791915864663268819 atau boleh cari dan follow Boo Siong dalam FB je.

Bagi Yana, Boo Siong betul2 inspire people. walaupun dia Orang Kelainan Upaya (OKU) tapi jiwa dia sungguh besar. Apa yang Yana dapat dari Ong adalah: Pandang diri kita yang positif.... (lihat kelebihan yang ada pada diri kita, bukannya kekurangan yang ada)

Boo Siong juga boleh main gitar dan badminton tau :)

Ong Main gitar

Cuba cari yang mana satu Ong?

Lepas penat berbadminton, rehat-rehat sambil borak dengan Ong 


Bergambar ramai-ramai dengan Ong selepas selesai sesi Program

Ong dan Chai: mereka OKU dan merupakan student PJJ USM.

Ong dan Adnan

Ong & Yana: masa ni Ong belanja KFC 

Ramai-ramai.... 


TQ ONG BOO SIONG:

Yana sangat bertuah dapat mengenali anda!

all da best to u ONG BOO SIONG

Khamis, 28 Februari 2013

THALIA shahira

My dear Thalia Sahira.... beberapa rakaman yang sempat dirakam semasa pulang ke Malaysia













Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...