My life after diagnosed with cancer

Isnin, 8 September 2014

Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 2

Sambung PART 2

Lepas balik atas risiko sendiri, 2 hari je dapat bertahan di rumah. Sakit kembali menyerang, dan seperti yang dijanjikan saya terus ke hospital tapi bukan hospital Putrajaya yang dekat dengan rumah tu tapi ke KPJ Kajang. Masa ni rasa bersyukur sangat sebab ada medical card yang boleh cover kos perubatan.


di KPJ Kajang doc terus buat CTscan dan Ultrasound, memang sah-sah nampak ada batu yang menghalang laluan hempedu. Rasa pelik pun ada, sebab masa di Hospital Putrajaya tak nampak pon batu tersumbat tu. Doc mention yang batu tu buat saya kuning dan rawatannya adalah ERCP (Endoscopic retrograde cholangiopancreatography). Bahasa melayunya buat skop masukkan alat ikut mulut dan buang batu-batu yang tersumbat tu. 

Masa ni rasa lega sangat, sebab dah nampak apa masalahnya tapi lepas satu, satu lak masalah timbul. Doc di KPJ kajang mention ERCP tidak boleh dibuat di KPJ kajang sebab doc yang bertugas bercuti. So semalaman juga di KPJ kajang dan esoknya saya dihantar ke HUKM privert wing untuk urusan ERCP tu. 

Alhamdullilah, daftar masuk di tingkat 7 HUKM privert wing. Di HUKM ni ada dua bahagian, satu bahagian yang biasa (kiranya mcm gov) dan satu lagi bahagian swasta. Tapi docnya sama je dan yang bezanya kos rawatan yang dikenakan dan juga masa.

So setelah selesai daftar untuk buat ERCP je di privert wing, petang tu juga terus buat ERCP. kalu daftar di bahagian HUKM yg biasa tu myb kena ikut turn kot nak buat ERCP. Doc yang uruskan ERCP tu namanya Prof. Razman dan dia berjaya keluarkan 4 biji batu dari saluran hempedu. Kata Prof. batu-batu saya macam batu mutiara, boleh buat batu cincin.

Lega rasanya, bila esoknya terus nampak kuning dah semakin turun. Prof. Razman mention, ada banyak lagi dalam hempedu tu.Solutionnya kena oprate juga buang hempedu untuk elak sakit dan kuning. 


Memandangkan medical card tak cover dekat HUKM privert wing tu (bukan tak cover, tapi kena keluar modal dan klim kemudian) Prod cadangkan untuk opret guna GL je dekat bawah. Bawah tu maksudnya HUKM yg biasa tu tapi dia juga lah yang akan buatnya. Bila nak opret? Prof kata, nanti dia call dan saya just sediakan GL je.


Alhamdullilah, proses ERCP berjalan dengan lancar dan yang penting saya tak sakit dan kuning pun semakin hilang. Dan kos ERCP di HUKM privert wing tu mencecah RM1700 lebih kurang la tu. 

Nampak kan 4 biji batu 




Khamis, 14 Ogos 2014

Niz Darwinshah Mykaela - 1 bulan

Such a big miracle in such a little girl
Alhamdullilah baby Myka sudah mencapai usia 1 bulan





Jumaat, 1 Ogos 2014

Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 1

Dulu tak pernah tahupun ada penyakit batu karang dalam hempedu. Bila sakit dan pedih pada ulu hati, ingatkan kena serangan gastrik. tapi pada tahun 2011 baru doc dapat kesan secara tidak sengaja ada batu dalam hempedu, banyak pulak tu. dan sejak tahun 2011 saya dah mula jaga diet makanan saya supaya tidak sakit. Alhamdullilah jarang sangat rasa sakit, kalu sakit pun hanya rasa MILD aje dan tak perlu ke hospital untuk dapatkan ubat tahan sakit.


Semuanya berubah pada tahun 2014 (lamakan since 2011)... July 14, 2014 saya dikurniakan BIDADARI DARI SYURGA melalui pembedahan yang merupakan anak ke-3 dengan jarak kandungan 9 tahun. Lebih kurang tak sampai 2 minggu saya berpantang sakit batu hempedu ini datang menyerang. sakitnya paling sakit sangat, sangat daripada pengalaman sakit sebelum ini. ia bermula dengan rasa pedih di ulu hati dan sakitnya menjalar ke sebelah kanan hingga ke tulang belikat. Saya tak boleh nak duduk atau baring, semua rasa tak kena. bila makan, saya muntahkan semula dan saya tak mampu untuk menyusukn bayi, itu yang buang saya sedih sangat.

Di Hospital Putrajaya saya mendapatkan rawatan, Doc kata kena tahan wad sebab kulit dan putih mata saya sudah bertukar warna kuning. Urine saya pun berwarna gelap seperti teh o pekat. 5 hari pertama, saya bergantung dengan ubat TRAMADOL untuk tahan sakit. Saya tidak berani makan, kerana bila makan sakit akan terasa. Sampai saya putus harapan untuk kembali sihat... tapi mujur juga semangat juang saya kembali bila mengenangkan anak-anak dan doa dari keluarga serta kawan-kawan yang memberi kekuatan untuk terus kembali sihat.

Doc buat CT SCAN, ULTRASOUND dan ambik darah tiap hari, tapi tak jumpa batu yang tersumbat yang buatkan kulit saya berubah kuning. DOc kata mungkin batu dah hilang tapi doc hairan kenapa kuning saya masih tinggi. selepas habis je antibiotik dan Doc kata kena tunggu rawatan or tindakan selanjutnya dari Pakar Hempedu di Hospital Selayang dan ini betul-betul memakan masa dan membuatkan saya tertekan (myb meroyan pun juga sebab hanya boleh jumpa baby pada sebelah petang di lobby hospital)

Sepanjang 9 hari saya di Wad Hospital Putrajaya, doc dan nurse sangat membantu dalam memberikan rawatan kepada saya kerana saya request untuk mendapatkan ubat-ubatan yang hanya bersesuaian dengan ibu yang menyusu. Masa saya diberikan ubat dan masa saya mengepam susu dijaga dengan baik oleh nurse dan doc di Hospital Putrajaya.

Hari ke -9 saya mohon untuk keluar wad atas risiko sendiri. Saya dah tak keruan sebab berjauhan dengan anak-anak. masa ni saya dah tak sakit, tapi kuning saya masih kekal tinggi. Saya bagi tau doc, kalu saya sakit saya akan cepat-cepat dtg hospital. lagi pon rumah saya dengan hospital dekat sangat.

Alhamdullilah dapat juga saya keluar atas risiko sendiri...
susah hati... bila nak sihat

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...