My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 4 Februari 2017

HARI KANSER SEDUNIA: pandang kanser dengan kasih sayang


4 Februari merupakan Hari kanser sedunia dan merupakan hari yang bermakna bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser. Tahun ini merupakan tahun pertama Yana meraikannya setelah disahkan mengidap Acute Promyelocytic Mylogenous Leukemia (APML) pada 22 Julai 2016. Kanser bukan penamat segalanya tetapi ia hanya sebahagian bab daripada coretan dalam buku kisah hidup Yana.

Yana buka minda untuk menerima kanser secara positif, memandang ia dengan penuh kasih sayang kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yana yakin ia merupakan anugerah yang indah daripada Allah kerana apa yang diperolehi daripada kanser ini lebih banyak positifnya. Ia membuat Yana lebih sensetif dan menghargai apa yang dimiliki; membuat diri Yana lebih disayangi dan menyayangi. Dengan Kanser juga telah menemukan Yana dengan insan-insan hebat yang telah dipilih oleh Allah untuk berjuang.

Hari ini juga, Yana telah memasuki fasa maintenance setelah doktor mengishtiharkan ‘molecular remission’ yang membawa maksud tiada sel-sel kanser yang kelihatan daripada sampel sum-sum tulang yang diambil pada Januari 2017. Fasa ini memakan masa selama 18 bulan dan memerlukan yana makan beberapa jenis ubat dan melalui proses pengambilan sample sum-sum tulang selang 6 bulan untuk beberapa tahun.

Yana bersyukur dengan kemajuan dalam teknologi bidang perubatan telah membawa kepada kaedah perubatan dan ubat-ubatan yang semakin bagus. Yana berdoa agar tiada lagi sesi kimoterapi, dijauhkan daripada relap, dijauhkan daripada transplan dan mengharapkan kesihatan yang baik.

Sokongan moral dan kisah-kisah perjuangan sahabat kanser telah membantu Yana untuk yakin dalam perjuangan ini. Dengan ikhlas dan sedaya mungkin, Yana akan membantu memberi sokongan moral kepada insan-insan yang dipilih Allah. Teruskan hidup walaupun terluka, jangan biar kanser menguasai diri kita. Yakinlah setiap penyakit yang Allah turunkan, disertakan penawarnya kecuali mati.

#WeCanICan
#APML #APL
#cancerfightermalaysia
#cancerfighter

Isnin, 23 Januari 2017

Kesan kimo

Alhadmullilah Yana sudah habis 4 cycle chemo. lega rasanya dan esok Yana akan buat BMB untuk tengok progress kimo yang telah yana lalui. Ubat kimo Yana setakat ni ada dua; iaitu ATRA (ubat makan) Ubat ATRAni makan masa INDUCTION sahaja dan akan sambung bila masuk fasa maintanance. Ubat ke dua adalah ubat yang masuk ikut IV nama idarubincin.

Kesan kimo yang biasa orang kebanyakkan tau adalah rambut botak. Rupanya tak semua kimo buat rambut botak. Macam ubat kimo yana, doktor kata tak botak tp gugur je (rambut jadi nipis je). Masa dalam wad pun ada 2 orang yg yana jumpa rambut tak gugur walaupun dah beberapa kali kimo. sorang tu kanser tulang dan sorang tu lymphoma.

Lain-lain kesan lepas kimo biasanya level darah akan rendah, itu yang buat seminggu lepas kimo kena tambah darah/platlet/suntikan gcsf (utk naikkan sel darah putih). Masa ni lah jangan ada sesiapa yang sakit nak gatai-gatai pi ziarah orang baru lepas kimo. kesian pesakit, nanti free2 je bejangkit. Orang kanser ni sistem ketahannya lemah, kalu demam bukan baik dng telan panadol je, tapi kena backup degan antibiotik yg kuat.

Tapi kesan kimo ni tak sama antara pesakit kanser. Ada setengah pesakit kimo, akan merasa semakin lemah bila banyak kali kimo. Yana pula alhamdullilah, masa 1st kimo je keluar wad pakai kerusi roda, kimo yg lain elok je boleh jalan balik rumah. Yana ada rasa letih tapi masih boleh menguruskan diri dan bersolat (solat duduk). Ada sesetengah pesakit akan muntah, tapi alhamdullilah yana tak muntah sepanjang kimo, cuma rasa pening skit2 je. Yana juga bersyukur sebab ada selera nak makan. (kekadang je x selera, buka tak nak makan tp tak lalu tengok lauk dalam ward tu)

Kesan kimo juga bergantung pada jenis ubat dan di bawah tu antara kesan yang yana dapat.

Kesan ubat ATRA
- Kulit kering melampau. kena selalu sapu lotion pada badan dan pakai pelembab bibir
- telingan kanan saya berdesing kerana kering
- Pernah rasa pening sekejap (tapi tak perlu ambik panadol)


Kesan Idarubincin 
- pening-pening lalat macam orang mengandung
- mual dan loya untuk 2 hari lepas kimo
- 1st kimo sembelit
- 2nd kimo diarrhea
- kimo 3 dan 4 boleh buang macam biasa lega
- ada masa rasa pening (tak pasti kerana ubat ini atau atra)
- rambut gugur masa 1st kimo je, tapi tak botak la (memandangkan dah gugur bertompok-tompok, yana terus botakkan rambut) masuk kimo ke 2 dan sampai habis kimo rambut terus tumbuh. maaf la x leh tunjuk gambor :)
- kuku tangan dan kaki jadi hitam. tp kuku tangan yg paling ketara.

Tu kuku bebelang dan bergerutu, warna hitam tu macam dah tak nampak dah. Ada orang suh pakai inai tapi yana tak nak sebab senang doktor nak tengok. masa masuk wad or di kecemasan, selalu doc tekan kuku. tak sure nak tengok apa. tak tanya pulak :)







Sabtu, 21 Januari 2017

BAWANG

Bawang untuk di diletak tepi bantal bagi mengelakkan selsema (boleh caya ke ni?)

APML buat level darah yana selalu rendah terutamanya selepas kimo, dan ini memudahkan yana untuk terkena dengan jangkitan. Yana kena kuarantin, dan jauhkan diri dari mereka yang demam, selsema ataupun demam campak. Teringat masa lepas INDUCTION, jarak induction nak ke consolidation makan masa sebulan lebih. Yana dikehendaki untuk terus pergi KECEMASAN hospital ampang jika demam ataupun ada masalah kesihatan.

Pernah sekali (lepas INDUCTION) yana kena selsema. kesnya bejangkit daripada Myka (my baby girl). dia selsema dan selalu peluk cium yana. Dengan anti body yang rendah, yana kena selsema dan doc bekalkan ubat beserta antibiotik (nasib baik tak warded). Tapi masa jumpa doc tu makan masa sehari juga sebab 2 orang doktor yg rawat yana. Sorang doc di KECEMASAN dan sorang lagi Dr. HEMATO. Hari yang sama juga Yana kena buat x-ray sebab Dr. Hemato risau kalau ada jangkitan pada paru-paru. Alhamdullilah semuanya OK!!!

Yana teringat petua tentang bawang kalau kita selsema. Potong bawang dan letakkan di sekitar rumah jika ada sesiapa ahli keluarga yang selsema. Yana pun buat perkara yang sama. Hampir tiap malam yana potong bawang dan letak tepi bantal dengan mengharapkan yana tidak lagi kena selsema. 

Tapi malam ni yana rasa tekak tak selesa dan macam nak selsema je. esok lusa dah ada appoiment doc utk BMB dan yana tak nak sakit2 sebelum buat BMB. Jadi malam ini Yana pun mulakan semula aktiviti potong bawang dan letak tepi bantal. Tak pasti sama ada ianya berkesan atau tak? asalkan tidak memudaratkan yana, kita iktiar je la.

P.S: tak senang hati memikirkan BMB lagi beberapa hari...

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...