My life after diagnosed with cancer

Rabu, 8 Mac 2017

CUTI-CUTI SABAH 2017 @ KINABALU MOUNTAIN - PART 5

Pagi-pagi sejuk sangat di Ranau.... nak ambik air sembayang pun skit-sikit je. Selesai bersiap kami terus chek out dari hotel dan singgah dulu ke Desa Cattle Fairy Farm. (walaupon semalam dah pergi ke sini tapi orang kata pemandangan pagi lagi cantik sebab nampak mountain Kinabalu. Kena datang awal sebelum kabus menutupi gunung tu. kabus tu cantik, kalau kita berada di KK boleh nampak macam cincin putih mengelilingi gunung. Selesai posing-posing depan pintu masuk farm tu, kami terus ke Kinabalu Park.

Pemandangan di kawasan kinabalu Park sangat cantik. Yana bayangkan macam dalam hutan cerita Twilight saga. Masa kami datang, kawasan ni sudah dilitupi dengan kabus, so pemandangan sangat terhad. Papan tanda Kinabalu park yang ada world heritage site pon tak nampak. Terasa banggan la juga dapat bawa anak-anak ke sini. kawasan ni kiranya kawasan yang berkaitan dengan kerja Yana dan Ijam. Kami kan berkerja dengan jabatan warisan :)

Yana tengok banyak track jungle tracking, macam best je kalau nak ikut track-track ni. Memandangkan tahap kesihatan Yana so so aje maka niat nak tracking ni ditunda ke next time jika ada rezki. Di kawasan ni kami enjoy main-main dengan tupai-tupai yang jinak, menikmati keindahan semula jadi dan makan nasi ayam di cafe.

anak-anak main dengan tupai (x nampak pun tupai dlm pic ni)

Check point 1 je kami sampai

Yana & Sookie

Selamat Mendaki... walaupon x mendaki

belakang tu ada track untuk tengok pemandangan... tapi Yana x masuk

Belakang tu terpahat nama-nama mereka (mountain guide & pendaki)
yang terkorban masa berlakunya gempa bumi Di Sabah.



kesayangan ku
Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017

Selasa, 7 Mac 2017

CUTI-CUTI SABAH @ DESA CATTLE FAIRY FARM - part 4

pintu masuk DESA CATTLE FAIRY FARM yang berlatar belakangkan gunung Kinabalu

Kami berehat dan solat di hotel dan keluar semula ke DESA CATTLE FAIRY FARM. Ni la kawasan yang femos macam dekat ober see tu.... niat datang Sabah mesti nak datang kawasan ni. Farm ni dekat je dengan kawasan hotel so aktiviti seterusnya melihat LEMBU lah...

Kawasan Farm ni sangan cantik dan udaranya nyaman walaupon ada bau lembu. Dalam kawasan ni boleh tengok macam mana lembu-lembu dijaga, pemprosesan susu lembu, haiwan ternakan dan cafe yang menjual produk tenusu. Nak masuk kawasan ni kena bayar, harga dah lupa berapa (Chemo Brain) tapi sangat berpatutan la. Cerita banyak tak perlu, tengok je gambar ok.
Yana  DESA CATTLE FAIRY FARM
Qhalyd & Myka feeding Calf



My lovely family (bukan senang nak ambik gambar satu keluarga



Yana bersama anak-anak @ DESA CATTLE FAIRY FARM 

With Kekasih Hati

Nampak belakang tu.... 






Yana bersama anak-anak di kawasan pintu masuk ke DESA CATTLE FAIRY FARM


Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017

Ahad, 5 Mac 2017

CUTI-CUTI KE SABAH 2017 @ DREAM WORLD RESORT - PART 3

dREAM wORLD rESORT tempat kami sekeluarga beristirehat untuk satu malam. Booking guna AGODA or Booking (sorry tak ingat Chemo Brain). Tempat ni sejuk, tinggi dan dapat lihat Kinabalu dan Donkey Ear peak yang patah tu. Gambar dalam bilik lupa pulak nak ambik - sorry

Nyaman terasa, bila solat di veranda. Syukur masih diberi peluang bersafas dan sihat untuk menikmati keindahan ini.

Yana di depan bilik hotel

belakang tu bilik kami

depan hotel

di sekitar kawasan hotel

belakang tu Kinabalu mountain boleh nampak Donkey Ear peak (not sure tang mana (dah lupa)

di kawasan hotel

belakang tu kaki kinabalu
Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...