My life after diagnosed with cancer

Selasa, 14 Mac 2017

QHALEEDA BIRTHDAY PARTY

My dear Niz Nurqhaleeda Batrisya sudah memasuki usia 11 tahun (darjah 5) dan seperti biasa keluarga kecik kami ni akan sambut sehari in advance. Kali ni Yana ajak Ijam bawa pergi ke Cafe Paramount di Bangi. (Cafe ni milik Ustaz Ebit Lew). Alhamdullilah cafe kemas, cantik dan masa kami ke sana tak ramai pelanggang.

Untuk sambutan birthday kali ini, Qhaleeda mintak Yana buatkan birthday party untuk dia sambut dengan rakan-rakan sekolah. Pada mulanya nak sambut di sekolah tapi Yana yang tak lalu nak masak banyak-banyak dan bawa ke kelasnya. Almaklumlah Yana masih lagi MC dan baru lepas habis kimo. Bagi tak kecewakan Qhaleeda, Yana tawarkan seramai 10 orang kawan-kawan dia untuk datang ke rumah masa lunch pada hari Jumaat. Tak boleh jemput ramai-ramai, rumah kami tak besar. Yana plan beli nasi ayam, beli cake (wajib), belon dan goodies. Sebenarnya malas nak beli macam-macam tapi mengenangkan si Myka pula sangat suka Birthday Party so tak salah kot nak belanja skit untuk lihat anak-anak happy.

To Niz Nurqhaleeda Batrisya: Ibu doakan kebaikan dunia dan kebaikan akhiran untuk mu sayang. Jadilah anak yang baik yang berjasa kepada agama, negara dan sentiasa menjaga keluarga kita dengan baik. Terima kasih ibu ucapkan kerana selalu menjaga ibu masa ibu tidak sihat, teman ibu pi tambah darah dan teman ibu shopping-shopping. I Love you so much my dear HAPPY BIRTHDAY.

Birthday Girl
Yana & Myka







Isnin, 13 Mac 2017

CUTI-CUTI SABAH 2017 @ PULAU-PULAU PART 7

Rugi rasanya kalau ke KK, Sabah kalau tak pergi menikmati keindahan pulau-pulaunya. Pulau dan pantai di Sabah sangat cantik. Airnya jernih dan pasirnya halus, lagi cantik dari Langkawi. Yana really enjoy masa di pulau-pulau ni.rasa bahagia dapat bau laut.

Kami dalam bot... lawak pula tengok muka Myka

1st time mandi laut after dignose dengan Luekemia

Kami enjoy main pasir

jernih kan air laut

sempat juga snorkling






Lapar... nasib baik Yana sudah beli bekalan di Jetty


Jumaat, 10 Mac 2017

CUTI-CUTI KE SABAH 2017 @ RUMAH TERBALIK - PART 6

Selesai menikmati keindahan di kawasan sejuk... kami sekeluarga beralih ke kawasan yang panas iaitu KK. Sebelum check in Hotel kami singgah di Rumah terbalik. Rumah terbalik ini merupakan yang pertama di Malaysia dibina sedemikian. Ada jalan ceritanya mengenai rumah terbalik yang diceritakan oleh pemandu pelancong. Sayang nya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah terbalik huhuuu...

Kami depan rumah terbalik (myka x nampak)






Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...