Untuk sambutan birthday kali ini, Qhaleeda mintak Yana buatkan birthday party untuk dia sambut dengan rakan-rakan sekolah. Pada mulanya nak sambut di sekolah tapi Yana yang tak lalu nak masak banyak-banyak dan bawa ke kelasnya. Almaklumlah Yana masih lagi MC dan baru lepas habis kimo. Bagi tak kecewakan Qhaleeda, Yana tawarkan seramai 10 orang kawan-kawan dia untuk datang ke rumah masa lunch pada hari Jumaat. Tak boleh jemput ramai-ramai, rumah kami tak besar. Yana plan beli nasi ayam, beli cake (wajib), belon dan goodies. Sebenarnya malas nak beli macam-macam tapi mengenangkan si Myka pula sangat suka Birthday Party so tak salah kot nak belanja skit untuk lihat anak-anak happy.
To Niz Nurqhaleeda Batrisya: Ibu doakan kebaikan dunia dan kebaikan akhiran untuk mu sayang. Jadilah anak yang baik yang berjasa kepada agama, negara dan sentiasa menjaga keluarga kita dengan baik. Terima kasih ibu ucapkan kerana selalu menjaga ibu masa ibu tidak sihat, teman ibu pi tambah darah dan teman ibu shopping-shopping. I Love you so much my dear HAPPY BIRTHDAY.
Birthday Girl |
Yana & Myka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan