My life after diagnosed with cancer

Isnin, 5 Jun 2017

ALLAH MAHA BESAR~TIADA TUHAN MELAIKAN ALLAH~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~MAHA SUCI ALLAH


2nd - Maintenance Therapy

Alhamdullilah berjaya menghabiskan 1st Maintenance Therapy dan pada 24 April 2017 Yana sudah masuk cycle ke-2 untuk Maintenance Therapy. (Result FBC WBC: 3.31 HB: 11.5 Platelets: 147). Doktor kata result FBC adalah normal walaupon masih belum mencapai paras yang sepatutnya. Bila result FBC masih rendah, ke mana sahaja Yana pergi masih bawa dan pakai Mask. Yana cuba elak daripada terkena sebarang jangkitan seperti demam atau selsema.


Pengambilan ubat masih sama semasa cycle yang pertama. Kesan ATRA 45 mg/m2 untuk 15 hari pertama sangat hebat kali ini. Mulut sangat kering dan kena sentiasa sapu lipgloss sebab susah nak bercakap. Yana minum banyak air sampai naik jemu nak ke tandas. Syukur juga 15 hari makan ATRA tak termasuk dalam bulan Ramadan. Sehingga ke hari ini Yana berjaya puasa dengan jayanya. 1st day puasa je lembik skit. Insya Allah 9 Jun 2017, Yana akan pergi buat FBC di Day Care Hospital Ampang. Harap sangat result FBC cantik.


MAINTENANCE THERAPY

Alhamdullilah sekarang Yana sudah masuk Fasa Maintenance. Actually bagi pesakit yang dikategorikan sebagai low-risk APML tidak perlu menjalani maintenance therapy. Cara nak kategorikan jenis sakit APML adalah dengan melihat bacaan darah putih WBC dan platelets sewaktu APML dikesan, seperti berikut

•   Low risk - WBC < 10,000/μL and platelets >40,000/μL
•   Intermediate risk - WBC < 10,000/μL and platelets < 40,000/μL
•   High risk - WBC >10,000/μL and platelets < 40,000/μL

Yana pon tak pasti berada dikategori mana, bacaan darah adalah WBC 1.1 dan platelets 74. Yana juga telah mencapai molecular remission pada akhir fasa rawatan consolidation. Di Malaysia fasa ini perlu diikuti bagi mengelak relaps. 

Sebelum memasuki Maintenance Therapy, Bone Marrow Biopsy (BMB) perlu dibuat. Doktor telah menetapkan 24 Jan 2017 untuk membuat BMB di Day Care Hospital Ampang dan Alhamdullilah pada 3 Februari 2017 Yana dapat meneruskan sesi 1st Maintenance Therapy. (Result FBC WBC: 4.21 HB: 11 Platelets: 155).

Untuk fasa ini, Yana dikehendaki mengambil ATRA 45 mg/m2 setiap hari selama 15 hari bagi setiap 3, 6-MP 60 mg/m2 sebiji setiap hari, dan methotrexate 20 mg/m2 3 biji setiap satu selama lebih kurang 18 bulan ke-2 tahun. Yana juga akan dipantau untuk  abnormal liver function and myelosuppression semasa tempoh Maintenance Therapy.


Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...