Alhamdullilah
berjaya menghabiskan 1st Maintenance Therapy dan pada 24 April 2017 Yana
sudah masuk cycle ke-2 untuk Maintenance Therapy. (Result FBC WBC: 3.31 HB:
11.5 Platelets: 147). Doktor kata result FBC adalah normal walaupon masih belum
mencapai paras yang sepatutnya. Bila result FBC masih rendah, ke mana sahaja
Yana pergi masih bawa dan pakai Mask. Yana cuba elak daripada terkena sebarang
jangkitan seperti demam atau selsema.
Pengambilan ubat
masih sama semasa cycle yang pertama. Kesan ATRA 45 mg/m2 untuk 15 hari
pertama sangat hebat kali ini. Mulut sangat kering dan kena sentiasa sapu
lipgloss sebab susah nak bercakap. Yana minum banyak air sampai naik jemu nak
ke tandas. Syukur juga 15 hari makan ATRA tak termasuk dalam bulan Ramadan.
Sehingga ke hari ini Yana berjaya puasa dengan jayanya. 1st day puasa je
lembik skit. Insya Allah 9 Jun 2017, Yana akan pergi buat FBC di Day Care
Hospital Ampang. Harap sangat result FBC cantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan