My life after diagnosed with cancer

Khamis, 22 Jun 2017

SALAM AIDILFITRI

Sekejap je Ramadhan akan meninggalkan kita... Yana masih trauma dengan pengalaman Ramadan dan Syawal yang lepas. masih teringat lagi Yana menghabiskan masa dalam wad di Hospital Telok Intan sehari sebelum raya. Siapa sangkakan, rupanya ianya petanda untuk Yana disahkan mengidap Lukemia APML. Apapun kisah itu hampir setahun berlalu. Yana harap Aidilfitri kali ini membawa sinar harapan yang indah. Semoga lebaran kali ini lebih bahagia, sihat dan ceria.

Yana dan rakan sekerja - photo shoot untuk kad raya


my team

Isnin, 19 Jun 2017

ADORABLE YOUR DIY TERRARIUMS



Hari ini Yana berkesempatan untuk mempelajari TERRARIUM yang boleh dikatakan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lut sinar yang berbentuk kecil atau mini.

Terrarium ini boleh digunakan dalam balang kaca yang terbuka ataupun tertutup (yang boleh dibuka pintu/tingkap untuk tujuan maintenance / penudaraan). Balang kaca yang transparent digunakan adalah kerana untuk kitar semula air (evaporation & condenses) dan untuk tujuan photosynthesize.

Bagi tanaman yang ditanam dalam balang tertutup adalah sesuai untuk pokok-pokok tropika seperti mosses dan orchid. Kalau balang yang terbuka sesuai untuk dry plan seperti cactus dan succulent.

Lapisan asas untuk buat terrarium ni adalah batu, tanah dan plan. Lapisan batu pada bahagian bawah, diikuti dengan tanah dan juga pokok.

Pengjagaan bagi terrarium terbuka ni hanyalah perlu disiram dua kali seminggu dan tidak perlu sinar  matahari secara lansung. (kalau dalam pejabat yg berhawa dingin kena spray air 3 kali seminggu)



Antara terrarium yang terhasil bersama rakan-rakan

Khamis, 15 Jun 2017

"APPRECIATION DAY"

Sempena hari Appreciation day di office ramai la yang saling memberi antara satu sama lain sebagai penghargaan. Yana pon ada la memberi dan menerima. Kali ni yana terima hadiah dari peminat misteri yang bernama Jalalludin Rumi (hahahahha)



Actually dah dapat tau siapa Jalalludin Rumi.... rupanya my boss  En. Dino TQ BOSS

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...