My life after diagnosed with cancer

Isnin, 19 Jun 2017

ADORABLE YOUR DIY TERRARIUMS



Hari ini Yana berkesempatan untuk mempelajari TERRARIUM yang boleh dikatakan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lut sinar yang berbentuk kecil atau mini.

Terrarium ini boleh digunakan dalam balang kaca yang terbuka ataupun tertutup (yang boleh dibuka pintu/tingkap untuk tujuan maintenance / penudaraan). Balang kaca yang transparent digunakan adalah kerana untuk kitar semula air (evaporation & condenses) dan untuk tujuan photosynthesize.

Bagi tanaman yang ditanam dalam balang tertutup adalah sesuai untuk pokok-pokok tropika seperti mosses dan orchid. Kalau balang yang terbuka sesuai untuk dry plan seperti cactus dan succulent.

Lapisan asas untuk buat terrarium ni adalah batu, tanah dan plan. Lapisan batu pada bahagian bawah, diikuti dengan tanah dan juga pokok.

Pengjagaan bagi terrarium terbuka ni hanyalah perlu disiram dua kali seminggu dan tidak perlu sinar  matahari secara lansung. (kalau dalam pejabat yg berhawa dingin kena spray air 3 kali seminggu)



Antara terrarium yang terhasil bersama rakan-rakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...