My life after diagnosed with cancer

Selasa, 2 April 2013

I ♥ Bali (day 1)


Mac 2013 Yana dan Hubby berpeluang pergi ke BALI. Sememangnya sudah lama teringin nak ke Bali tapi banyak betul perkara nak buat. Setelah 11 tahun berkahwin baru dapat ke Bali berdua, itupun sebab senang nak beli tiket dan hotel melalui internet dan juga anak-anak telah besar.

Kami berdua hanya beli tiket kapal terbang dan juga hotel untuk 4 hari 3 malam. aktiviti yang lain, pepandailah kami susun nanti sebab dari awal dah buat survey tanya member2 dan juga tengok blog2 orang untuk dapatkan tips ke Bali.

Kami mulakan perjalanan dari rumah ke LCCT pada jam 7.00 pagi, mintak tolong member hubby yang hantarkan. Perjalanan memakan masa 3 jam dari Kuala Lumpur ke Bali (Ngurah Rai) Denpasar dan syukur sebab kapal terbang tiada masalah. Masa kami sedang Q untuk cop pasport tu, Yana tengok banyak pamplet-pamplet free. Yana suh hubby ambik semunya hehee.... dah free, ambik je la untuk rujukan nak jalan-jalan nanti.

Masa keluar dari lampangan terbang tu memang ramai orang sedang menunggu siap dengan sepanduk hehee. Yana dan hubby jalan terus je sebab mana ada orang tunggu kami kan hahaaa!!! Mungkin rezki kami bagus, kami jumpa dengan Eli Putrawan dan dia mintak untuk hantar kami ke Favehotel dekat Kuta. Hubby terus berurusan dengan Eli untuk booking dia selama dua hari nak pi jalan2 dkt Bali. Eli tawarkan kami kereta besar macam alza dengan harga RM150 sehari. so untuk dua hari RM300. Hubby kata murah so, Yana ok aje la.

Lepas cekin Favehotel dalam kul 1.00, kami jalan-jalan aje di sekitar KUTA, tengok pantai, shopping dekat Hardrock, Quicksilver dll.... Haaa bab makan petang tu kami makan McDonal je dan malam yana makan Nasi Padang. Hubby langsung tak makan malam sebab tak berselera hehee...

Yang pasti cuaca memang panas di KUTA.
Swimming Pool cantik ;)


FAVEHOTEL - cantik PINK, free wife tapi tak der peti ais huhuu
Yana jalan-jalan di Kuta

Yana & Hubby di Hardrock cafe

Hubby hanya mampu nak makan Mcdonal je!!!

Kuta


Pilih-pilih baju di Hardrock
Cerita I  ♥ Bali 2013


http://yanajamaludin.blogspot.com/2013/04/i-bali-day-2.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...