My life after diagnosed with cancer

Khamis, 25 April 2013

Jom Kurus dengan Kevin Zahri


Bergambar beramai-ramai dengan Kevin Zahri

Ceramah Kesihatan Bersama Kevin Zahri anjuran Jabatan Muzium Malaysia dan Biro Pendidikan Waris JMM.

Berpeluang mengikuti ceramah kesihatan terutamanya tentang topik ‘Jom Kurus”… memang best dan banyak info yang menarik Yana dapat. Sebelah ptg pula kita orang buat ZUMBA (senaman kardio aerobic) dan juga Body Balance utk membantu menguatkan lower back dan keseluruhan badan serta sesuai utk pengurusan stress. Memang best dan jom tengk apa yang Yana dapat tadi masa Kevin bagi ceramah!

1. Minum berais tidak membuncitkan
2. Minum banyak air bukan lah faktor perut buncit (ia buncit sekejap je, lepas kencing hilang la)
3. Makan banyak sayur untuk fiber (fiber bantu dlm proses penghadaman)
4. Mesti kurangkan garam
5. Minum banyak air mengikut keperluan: Kevin bagi tau, cara terbaik mcm mana nak tau badan kita cukup air? Masa kencing sila tengok warna urin, urin yg elok adalah berwarna keputihan so kalu urin kita kuning make sure la minum byk air. Tapi kalu warna urin kita ok ok je… so maknanya cukup la air yg kita minum sehari tu!
6. Apa yang pasti pemakanan yg betul (diet la tu) yang mempengaruhi berat badan kita dan juga jenis gaya hidup kita. Penggunaan dan supliment dng korsert tu hanya membantu tapi kalu tak jaga makan tak jln juga nak kuruskan badan heheee
7. Pil-pil perancang tidak menggemukan tetapi ia boleh mengubah kadar metabolisma badan kita jadi tinggi atau kurang ataupun boleh menyebabkan nafsu makan kita meningkat atau sebaliknya.

Yana ada tanya apa cadangan Kevin untuk kes ibu-ibu yang menggunakan pil perancang atau implano?

Kevin kata… cuba fahami diri kita sendiri apa yang terjadi dan cuba baiki kerosakkan yang berlaku. (lebih kurang gitu la dia kata)
So mengikut pemahaman yana atau apa yg terjadi pd yana masa ambik implano, kadar metabolisma yana jadi rendah tu yg badan makin naik. So bg mengatasi masalah ini, yana kena la cuba mencari altenatif utk buat metabolisma yana meningkat, cth nya: boleh guna losen mustajab yg panas tu, boleh makan makanan yg berempah dll.


 
Poster Ceramah kesihatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...