Hari ke-2 di Bali rasa tak sabarnya sebab hari ni nak pusing-pusing pulau Bali ni. So pagi-pagi lagi Yana dah siap dan kami hanya sarapan di bilik sahaja. Makan roti dengan jus shj. Yana memang sengaja tak ambik sarapan sebab masa buat survey dkt blog, ramai blogger yg bagi tau banyak sarapan pagi di hotel siap hidang pork huhuu. so untuk selamat baik makan roti dan biskut je.
Seperti yang dijanjikan, Wakil Pak Eli Putrawan telah tiba awal. Supir kami namanya Mahadir (anak saudara Eli). Orangnya muda, nampak baik dan sopan.
Aktiviti kami sepanjang hari ini (day 2)
1. Persembahan barongan
Best juga, tapi persembahan ni dah moden skit + ada unsur lucah (tak sesau kalu bawa anak)
2. Perusahaan Batik Bali
tak besar sangat kawasannya, tempat shopping je lebih hahaa
3. Gold & Silver smith
mahal, tapi mmg menarik penghasilannya. Rasa rugi tak beli cincin silver yg cantik tu (RM150)
4. Lunch at Kintamani
sejuk dan nyaman, pemandangan indah. ada tempat solat. Makanan ok lah bagi yana, tapi not to my hubby, dia tak lalu nak makan lg
5. Bali coffee fruit, spices garden
Tengok penghasilan kopi. dapat rasa 5 jenis kopi. yana rasa sikit2 je takut perut meragam. ada kopi dng pelbagai rasa, teh, coklat. kopi luwak tu ada tapi kena bayar. tapi yana tak lalu nak rasa sebab biji kopi dari najis huhuu
6. Rice Terrace - tempat ni memang cantik, cantik sangat. dekat kawasan ni yana beli lukisan cantik. Hubby pandai tawar harga hahaa
7. Monkey forest - Hubby kata macam lost world, memang indah. Monkey ban yak dan comel. Yana risau je monkey tu terkam yana hahaa
8. Dinner at Jibaran - finally dapat juga candle light diner dengan hubby. Harganya teramat lah mahal, tapi dah 1st time dtg so belasah je la. Tapi puas hati sebab hubby makan sampai bulat dan cute perutnya hehee! Dekat sini juga yana makan jagung bakar yg sedap....
9. Last sekali kami ajak Mahadir ke Krisna. tempat shopping paling murah gile. buka 24 jam, siap boleh terus packing. jangan nak beli cenderamata dkt tempat2 pelancongan sebab harganya mahal. dkt krisna ni terbaik untuk shopping beli t-shirt, peralatan spa (sabun, minyak dll), beg I love Bali, kacang, rantai, lukisan, dll.... murah sangat tau!!!!
masa kita orang shopping tu, ada pertandingan apa tah.... hadiah utama dapat kereta. Yana dan hubby bagi aje borang dan resit tu pada mahadir. mana tau ada rezki dia hehee
Yana selepas persembahan Barongan |
Padi bertingkat - cantik kawasan ni, tapi sayang hujan, tu pasai yana kepit2 kain hehee |
Pemandangan Gunung Batur di Kintamani | Sejuk & Nyaman, best sebab dapat makan nasi |
Macam-macam air kopi dihidangkan - takut memulas perut hehee |
Yana takut nak diri dekat tepi tu - gayat huhuuu |
Monkey temple: cantik tempat ni, macam dalam lost world. Yana sibuk ambik gambar hehee |
Dinner di Jimbaran - Hubby baru ada selera nak makan |
Tengok perut hubby, bulat (kenyang la tu) hehee |
http://yanajamaludin.blogspot.com/2013/04/i-bali-day-1.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan