My life after diagnosed with cancer
Ahad, 14 September 2014
Isnin, 8 September 2014
Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 2
Lepas balik atas risiko sendiri, 2 hari je dapat bertahan di rumah. Sakit kembali menyerang, dan seperti yang dijanjikan saya terus ke hospital tapi bukan hospital Putrajaya yang dekat dengan rumah tu tapi ke KPJ Kajang. Masa ni rasa bersyukur sangat sebab ada medical card yang boleh cover kos perubatan.
di KPJ Kajang doc terus buat CTscan dan Ultrasound, memang sah-sah nampak ada batu yang menghalang laluan hempedu. Rasa pelik pun ada, sebab masa di Hospital Putrajaya tak nampak pon batu tersumbat tu. Doc mention yang batu tu buat saya kuning dan rawatannya adalah ERCP (Endoscopic retrograde cholangiopancreatography). Bahasa melayunya buat skop masukkan alat ikut mulut dan buang batu-batu yang tersumbat tu.
Masa ni rasa lega sangat, sebab dah nampak apa masalahnya tapi lepas satu, satu lak masalah timbul. Doc di KPJ kajang mention ERCP tidak boleh dibuat di KPJ kajang sebab doc yang bertugas bercuti. So semalaman juga di KPJ kajang dan esoknya saya dihantar ke HUKM privert wing untuk urusan ERCP tu.
Alhamdullilah, daftar masuk di tingkat 7 HUKM privert wing. Di HUKM ni ada dua bahagian, satu bahagian yang biasa (kiranya mcm gov) dan satu lagi bahagian swasta. Tapi docnya sama je dan yang bezanya kos rawatan yang dikenakan dan juga masa.
So setelah selesai daftar untuk buat ERCP je di privert wing, petang tu juga terus buat ERCP. kalu daftar di bahagian HUKM yg biasa tu myb kena ikut turn kot nak buat ERCP. Doc yang uruskan ERCP tu namanya Prof. Razman dan dia berjaya keluarkan 4 biji batu dari saluran hempedu. Kata Prof. batu-batu saya macam batu mutiara, boleh buat batu cincin.
Lega rasanya, bila esoknya terus nampak kuning dah semakin turun. Prof. Razman mention, ada banyak lagi dalam hempedu tu.Solutionnya kena oprate juga buang hempedu untuk elak sakit dan kuning.
Memandangkan medical card tak cover dekat HUKM privert wing tu (bukan tak cover, tapi kena keluar modal dan klim kemudian) Prod cadangkan untuk opret guna GL je dekat bawah. Bawah tu maksudnya HUKM yg biasa tu tapi dia juga lah yang akan buatnya. Bila nak opret? Prof kata, nanti dia call dan saya just sediakan GL je.
Alhamdullilah, proses ERCP berjalan dengan lancar dan yang penting saya tak sakit dan kuning pun semakin hilang. Dan kos ERCP di HUKM privert wing tu mencecah RM1700 lebih kurang la tu.
Nampak kan 4 biji batu |
Khamis, 14 Ogos 2014
Jumaat, 1 Ogos 2014
Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 1
Isnin, 24 Mac 2014
bercuti di Morib
Cuti sekolah datang lagi, walaupun seminggu je kena la juga bawa anak2 bercuti. Budak2 dah besar sudah pandai demand nak jalan2.
Memandangkan semenjak dua ni asyik terperuk di putrajaya, Yana pon cadang nak bawa budak2 ke Morib. pantai dia biasa je tp ada sebuah hotel di gold cost morib yang ada taman tema air tu. Yana booking semalam je sebab cuti sekolah kan seminggu aje heheee.
Kita orang betolak dari Putrajaya dalam jam 12 tgh hari dan bersantai aje. Lunch dekat kfc di banting tu dan sampai awal utk cek-in. nasib baik leh cek-in awal, cuma kunci bilik akan dapat lepas jam 3 pm. so masa cek in tu, dpt kupon sarapan dan 2 gelang free utk masuk taman tema air tu. so apa lagi, budak2 sudah tak keruan bila nampak kolam... so kami gi beli tiket utk budak2 rm20/head, parent guna tiket free tu je.
taman tema ni kecil aje, tapi macam2 ada. bagi family yg dtg dng anak kecil & budak besar skit hehee sgt sesuai la. tak jenuh nak kawal sebab kawasan kecil. yana yg tengah preggy ni risau gak, kawasan air ni biasanya licin tp alhamdullilah ok je cuma kena hati2 takut org langgar ;)
so bila dah dkt jam 3 pm.... yana pon gi ke kaunter nak ambik kunci. mak oit ramainya manusia, yg baru nak cek in dan jg yg nak ambik kunci. mmg nampak tak terurus (mohon pihak pengurusan take note). hampir 45 minit jg la Q ambik kunci... yana ada baca review org lain ttg hotel ni mmg ada neg dan positif la. yg yana tau kalu leh nak request bilik menghadap ke laut dan nak wing belah kiri hehee. tp bila dpt kunci je, mungki dah rezki baby mica kot, yana tak perlu requet apa2. dpt lak tingkat 1 so kita org panjat tangga je dan tak perlu berebut naik lif dng org lain :)
alhamdullilah masuk2 bilik tgk semuanya ok. arah kiblat ada (sejadah je x da), air panas dan sejuk berfungsi, water hiter ok dan yg best jakuzi pon berfungsi heheee... alhamdullilah semunya berfungsi dng baik. dan bau2 yg tak menyenangkan tu tak lak yana bau; bkn apa, ada review yg negatif kata ada yg dpt jakuzi yg rosak dan bilik tak der water hiter, dari bilik bau busuk pd waktu mlm dll ;(
yana puas hati jg dkt sini, sebab budak2 happy. dkt sini kita org hanya mandi kolam sampai ke ptg, sebelah ptg jln2 dkt pantai (mmg best)... dan yana sempat shooting sunset. mlm pula gi dinner dkt2 situ je dan balik hotel kita org 4 beranak main2 dlm jakuzi hehee.
Keesokan hari budak2 bangun je tido terus gi mandi kolam... bila yana dan hubby dah siap2 nak sarapan, baru budak2 ni dtg sarapan sama. lepas sarapan kami 4 beranak terjun kolam hehee... yana rasa ringan je masuk dlm kolam tu, bebas berenang walaupon perut dah besaq. bila keluar dr kolam baru terasa berat hehee
alhamdullilah puas hati juga dtg morib ni sebab anak2 happy (tu yg penting). nanti bila baby mica dah keluar, tak tau lah bila leh berholiday lg... kena tunggu baby mica besaq skit baru leh berholiday kot (ye ka)...
ni antara gambar2 dari samsung note... gambar sunset dlm dslr dan blum ada masa nak tranfer ;)
Rabu, 5 Mac 2014
NASI ARAB
Ahad, 23 Februari 2014
sudah 5 bulan
yana harap baby mica sihat dan dapat lahir ke dunia dengan sebaik mungkin dan sihat sempurna Insya Allah
Rabu, 1 Januari 2014
Bandung 2013
Close the Care Gap
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksan...
-
Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan m...
-
Apa itu APML? Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupak...
-
Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih...