Pada 6 May 2017, Yana telah menyertai acara CanFun
Walk 2017 sempena Bulan Survivor Kanser Kebangsaan peringkat UPM 2017. Acara
ini dianjurkan oleh Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) bersama Pelajar
Kursus Pengurusan Majlis, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Kolej
Lima Belas (K15), Universiti Putra Malaysia (UPM).
OBJEKTIF PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.
Untuk menggalakkan dan meningkatkan
kesedaran dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit kanser pada
peringkat awal.
2.
Untuk mengukuhkan kemampanan
hubungan harmoni yang telah wujud antara UPM dengan pesakit kanser
3.
Mengubah persepsi masyarakat
mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser melalui program-program pendidikan
kanser dan kesedaran.
Aktiviti kecergasan ini merupakan aktiviti
pertana yang Yana terlibat setelah selesai menjalani semua kimoterapi. Yana
juga diberi tanggungjawab sebagai wakil cancer survival untuk melepaskan
peserta CanFun Walk 2017. Alhamdullilah Yana Berjaya habiskan acara ini dalam
masa 21 minit 37 saat (2.22KM).