My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 13 Mei 2017

CanFun Walk 2017

Pada 6 May 2017, Yana telah menyertai acara CanFun Walk 2017 sempena Bulan Survivor Kanser Kebangsaan peringkat UPM 2017. Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) bersama Pelajar Kursus Pengurusan Majlis, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Kolej Lima Belas (K15), Universiti Putra Malaysia (UPM).

OBJEKTIF PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.      Untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit kanser pada peringkat awal.

2.      Untuk mengukuhkan kemampanan hubungan harmoni yang telah wujud antara UPM dengan pesakit kanser

3.      Mengubah persepsi masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser melalui program-program pendidikan kanser dan kesedaran.

Aktiviti kecergasan ini merupakan aktiviti pertana yang Yana terlibat setelah selesai menjalani semua kimoterapi. Yana juga diberi tanggungjawab sebagai wakil cancer survival untuk melepaskan peserta CanFun Walk 2017. Alhamdullilah Yana Berjaya habiskan acara ini dalam masa 21 minit 37 saat (2.22KM).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...