Hari ini Yana berkesempatan untuk mempelajari TERRARIUM yang boleh dikatakan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lut sinar yang berbentuk kecil atau mini.
Terrarium ini boleh digunakan dalam balang kaca yang terbuka ataupun tertutup (yang boleh dibuka pintu/tingkap untuk tujuan maintenance / penudaraan). Balang kaca yang transparent digunakan adalah kerana untuk kitar semula air (evaporation & condenses) dan untuk tujuan photosynthesize.
Bagi tanaman yang ditanam dalam balang tertutup adalah sesuai untuk pokok-pokok tropika seperti mosses dan orchid. Kalau balang yang terbuka sesuai untuk dry plan seperti cactus dan succulent.
Lapisan asas untuk buat terrarium ni adalah batu, tanah dan plan. Lapisan batu pada bahagian bawah, diikuti dengan tanah dan juga pokok.
Pengjagaan bagi terrarium terbuka ni hanyalah perlu disiram dua kali seminggu dan tidak perlu sinar matahari secara lansung. (kalau dalam pejabat yg berhawa dingin kena spray air 3 kali seminggu)
|
Antara terrarium yang terhasil bersama rakan-rakan |