Disember 2013 - Kami sekeluarga berpeluang ke Bandung dan ini merupakan percutian terakhir Yana bersama arwah abah. Pada mulanya niat ingin membatalkan percutian ini kerana faktor kesihatan arwah abah dan juga Yana, tapi arwah bertegas nak bawa cucu-cucunya bergembira di Bandung. Alhamdullilah kami gembira dengan perjalanan kali ini. Tak banyak tempat yang kami lawati, percutian kali ini lebih untuk menceriakan anak-anak. Pun begitu kain pasang dan telekung tetap kami borong untuk kegunaan sendiri dan buat cenderamata kenang-kenangan.
My life after diagnosed with cancer
Rabu, 1 Januari 2014
Khamis, 2 Mei 2013
REJAB datang lagi
Syukur tak lama lagi bulan REJAB bakal kembali. Banyak kengan indah pada bulan ini dan kelebihan pada bulan ini juga sangat istimewa ;)
Semoga dengan kehadiran bulan REJAB ini, hati ini semakin tenang, berbahagia dan tabah selalu. Berikut beberapa hadis Rasulullah s.w.t. mengenai kelebihan bulan REJAB:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Khamis, 25 April 2013
Jom Kurus dengan Kevin Zahri
![]() |
| Bergambar beramai-ramai dengan Kevin Zahri |
Ceramah Kesihatan Bersama Kevin Zahri anjuran Jabatan Muzium
Malaysia dan Biro Pendidikan Waris JMM.
Berpeluang mengikuti ceramah kesihatan terutamanya tentang
topik ‘Jom Kurus”… memang best dan banyak info yang menarik Yana dapat. Sebelah
ptg pula kita orang buat ZUMBA (senaman kardio aerobic) dan juga Body Balance
utk membantu menguatkan lower back dan keseluruhan badan serta sesuai utk
pengurusan stress. Memang best dan jom tengk apa yang Yana dapat tadi masa Kevin bagi ceramah!
1. Minum berais tidak membuncitkan
2. Minum banyak air bukan lah faktor perut buncit (ia buncit
sekejap je, lepas kencing hilang la)
3. Makan banyak sayur untuk fiber (fiber bantu dlm proses
penghadaman)
4. Mesti kurangkan garam
5. Minum banyak air mengikut keperluan: Kevin bagi tau, cara
terbaik mcm mana nak tau badan kita cukup air? Masa kencing sila tengok warna
urin, urin yg elok adalah berwarna keputihan so kalu urin kita kuning make sure
la minum byk air. Tapi kalu warna urin kita ok ok je… so maknanya cukup la air
yg kita minum sehari tu!
6. Apa yang pasti pemakanan yg betul (diet la tu) yang
mempengaruhi berat badan kita dan juga jenis gaya hidup kita. Penggunaan dan
supliment dng korsert tu hanya membantu tapi kalu tak jaga makan tak jln juga
nak kuruskan badan heheee
7. Pil-pil perancang tidak menggemukan tetapi ia boleh mengubah
kadar metabolisma badan kita jadi tinggi atau kurang ataupun boleh menyebabkan
nafsu makan kita meningkat atau sebaliknya.
Yana ada tanya apa cadangan Kevin untuk kes ibu-ibu yang
menggunakan pil perancang atau implano?
Kevin kata… cuba fahami diri kita sendiri apa yang terjadi
dan cuba baiki kerosakkan yang berlaku. (lebih kurang gitu la dia kata)
So mengikut pemahaman yana atau apa yg terjadi pd yana masa
ambik implano, kadar metabolisma yana jadi rendah tu yg badan makin naik. So bg
mengatasi masalah ini, yana kena la cuba mencari altenatif utk buat metabolisma
yana meningkat, cth nya: boleh guna losen mustajab yg panas tu, boleh makan
makanan yg berempah dll.
Langgan:
Catatan (Atom)
Close the Care Gap
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksan...
-
Pada 6 Julai 2017, yana kena buat BMAT kali ke 6 (kalua x salah la). Bone marrow aspirate and trephine (BMAT) biopsy ni boleh dibuat di hos...
-
Apa itu APML? Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupak...
-
Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan m...