My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 21 Januari 2017

BAWANG

Bawang untuk di diletak tepi bantal bagi mengelakkan selsema (boleh caya ke ni?)

APML buat level darah yana selalu rendah terutamanya selepas kimo, dan ini memudahkan yana untuk terkena dengan jangkitan. Yana kena kuarantin, dan jauhkan diri dari mereka yang demam, selsema ataupun demam campak. Teringat masa lepas INDUCTION, jarak induction nak ke consolidation makan masa sebulan lebih. Yana dikehendaki untuk terus pergi KECEMASAN hospital ampang jika demam ataupun ada masalah kesihatan.

Pernah sekali (lepas INDUCTION) yana kena selsema. kesnya bejangkit daripada Myka (my baby girl). dia selsema dan selalu peluk cium yana. Dengan anti body yang rendah, yana kena selsema dan doc bekalkan ubat beserta antibiotik (nasib baik tak warded). Tapi masa jumpa doc tu makan masa sehari juga sebab 2 orang doktor yg rawat yana. Sorang doc di KECEMASAN dan sorang lagi Dr. HEMATO. Hari yang sama juga Yana kena buat x-ray sebab Dr. Hemato risau kalau ada jangkitan pada paru-paru. Alhamdullilah semuanya OK!!!

Yana teringat petua tentang bawang kalau kita selsema. Potong bawang dan letakkan di sekitar rumah jika ada sesiapa ahli keluarga yang selsema. Yana pun buat perkara yang sama. Hampir tiap malam yana potong bawang dan letak tepi bantal dengan mengharapkan yana tidak lagi kena selsema. 

Tapi malam ni yana rasa tekak tak selesa dan macam nak selsema je. esok lusa dah ada appoiment doc utk BMB dan yana tak nak sakit2 sebelum buat BMB. Jadi malam ini Yana pun mulakan semula aktiviti potong bawang dan letak tepi bantal. Tak pasti sama ada ianya berkesan atau tak? asalkan tidak memudaratkan yana, kita iktiar je la.

P.S: tak senang hati memikirkan BMB lagi beberapa hari...

I-City Shah Alam

Hari ini ada urusan di Shah Alam, selesai saje urusan tersebut anak-anak ajak "Jom abah jalan-jalan ke i-City". Kami pernah masuk i-City dulu masa Qhalyd dan Qhaleeda kecik-kecik. Myka je yang belum datang lagi, agaknya itu la sebab Ijam tergerak hati nak bawa anak-anak masuk ke i-City.

Kami sampai lebih kurang jam 6.45 petang di i-City dan suasana masih cerah. So, Yana cadang kami tunggu di surau sampai masuk waktu maghrib, lebih selesa nak berlibur kalu dah selesai solatkan. Lagi pun i-City ni lebih best kalau jalan-jalan bila sudah malam. Barulah nampak lampu-lampu yang cantik. Selesai solat maghrib, kami semua ke SNOWALK, nak main-main salji. 

SNOWALK

Dewasa : RM 35 X 3 = (Ijam, Yana & Qhalyd)
Budak : RM 30 X 2 = (Qhaleeda dan Myka)
Warga Emas : RM 30 X 1 = (Mak)

Jumlah keseluruhan : RM 195 + RM 5 (harga card) 

Rancangan awal nak main lama-lama di sini tapi kami tak tahan sejuk. Anak-anak pula tak pakai kasut so, makin sejuk dan kebas kaki. Nasib baik la boleh keluar berehan sebentar di kawasan lobby masuk tu. Sudah panas, anak-anak masuk balik main-main dengan salji. 

Myka pula sangai teruja, lari sana sini. Nak main-main dalam snowalk tapi permainan tak sesuai untuk MYKA. masa myka mengintai abang dan kakak dia main, boleh pulak myka tergelincir dan terantuk dahi sampai benjol. Nasib baik la tak bedarah, terus ijam bawa myka keluar di ke kawasan lobby untuk pujuk myka. 

RED Carpet
Harga masuk red carpet ni untuk kami ber6 dalam RM 180, tak ingat sangat jumlah sebenar. Main bayar je sebab teruja nak masuk. Dekat sini kami spend time lama juga, bergambar dengan setiap patung lilin. Anak-anak enjoy, dan yang paling best ada patung lilin yang nyanyi gamgam style tu dengan Michel Jackson. Kawasan tu ada lagu-lagu, so anak-anak aktif menari macam masuk disco (pernah masuk ke?) 

Banyak tempat kami pergi, dan kebanyakkan permainan Myka yang main sambil ditemani oleh abah or kakak or abah. Myka yang terlebih teruja, sebab tengok macam-macam mainan. Pantang nampak benda bergerak je, dia jerik nak naik! nak naik!! Penat Ijam nak kawal Myka, tak padan dengan dahi tengah benjoiii (kesian my bidadari dari syurga)

Selebihnya kami ambik gambar je dan jalan-jalan menikmati pemandangan lampu-lampu yang cantik. Batri phone Yana dan Ijam dah totally out, nasib baik phone mak masih banyak lagi powernya, so bolehla kami bergambar kenangan dalam i-City. 


Penambah Baikkan i-City

Lain orang, lain pengalamannya…. so ini komen Yana pada i-City.

1. SURAU - Masa Yana masuk ada nampak notis di tulis kain telekung di basuh 2 minggu sekali. Tapi bila tengok, macam dah lama tak basuh. Mungkin sebab ramai pengunjung yang pakai (fikir positif).

2. Harga tiket setiap permainan bagi yana mahal. Yang datang kebanyakkan berkeluarga bawa anak-anak. Bayang kan macam kami ber6, sekali masuk SNOWALK dah RM200, Masuk Red carpet dah nak capai RM 200. itu belum kira yang kami top up untuk mainan Myka yang sekali ride rm 5/ per head. Kalau boleh buat la harga tiket masuk untuk semua jenis permainan dengan sekali bayar dan boleh main sampai puas. Terasa macam mencekek darah je masuk i-City… Next time memang tak datang dah la i-City, baik plan gi legoland ke, Theme Park dalam Berjaya Time Square ke…. rasa lebih berbaloi sebab sekali bayar boleh main sampai puas.

3. Bagi Yana kalau boleh disediakan Kawasan khas untuk orang merokok di dalam i-City. Rata-rata yang datang berkeluarga dan bawa anak-anak kecil, dan sambil jalan-jalan boleh lihat orang merokok. Yana tak perasan pon ada tanda 'No Smoking'. bagi Yana semua thema park di Malaysia ni perlu jadi kawasan larangan merokok, baru la best dan selesa. Yang merokok tu sila merokok di kawasan khas. (pesanan ini termasuk utk Ijam juga).





Khamis, 12 Januari 2017

Bihun Sup Ayam dan Bayam


Bahan-bahan

Ayam Kampung  (potong kecik-kecik)
Bayam (ikut suka)
Lada putih
bawang putih (cincang kecik2)
olive oil
halia
Bihun organik
Garam bukit (saya letak masa nak makan)

1. Rebus ayam kampung dengan halia sampai masak

2. Masukkan lada putih dan bayam dalam kuah ayam tadi dan angkat bila bayam sudah masak.

3. Rebus bihun organik

4. masak bayang putih yang dicincang dengan olive oil. (jangan pasang api kuat nanti bawang senang hangus)

5. bila semua dah sedia satukan bihun dan kuah sup. Masukkan garam

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...