My life after diagnosed with cancer

Sabtu, 4 Mac 2017

CUTI-CUTI KE SABAH 2017 - PART 2

Dari airport KK ke Ranau makan masa 2 jam juga. Sebelum check in ke hotel, kami jalan-jalan dulu di kawasan ranau (tak tau nama apa). cantik sangat pemandangan di kawasan tu. Macam lembah, nampak Kinabalu, nampak kawasan perkampungan dan nampak indah. Suhu sangat nyaman dan terasa bersihnya udara di sini.

Keindahan di Ranau



Dari Dalam kereta sewa

Kami berhenti makan... actually tak banyak pilihan kedai makan di kawasan sini. Kami pilih untuk makan nasi ayam & bihun sup sekadar nak alas perut. (nasib baik dah makan dalam kapal terbang). Alhamdullilah boleh makan, sorry to say cuma tak kena selera dengan tekak. Adat la datang melancong, kita datang nak berjalan bukan nak makan-makankan.

Lepas selesai makan, kami jalan-jalan sekitar kedai. Yana tak tahu or tak ingat apa nama kawasan ni hehehehhe (chimo brain).  Ijam pula bawa kami jalan-jalan di sekitar tapak pasar malam (siang dah buka). Kami cari gerai bundle yang jual baju sejuk.... Dapat juga satu baju The North Face. Mahalkan jenama tu kalau beli yang baru, dapat yg 2nd hand pon ok sebab barang baik kualiti pun baik.


Myka with giant vegi


Sookie aka Qhaleeda with giant carrot
Selesai jalan-jalan dan beli kudapat, kami pun terus ke DREAM WORLD RESORT. Kami booking untuk 1 malam sahaja di sini. ambik satu bilik. Kalau sesiapa yang datang ramai-ramai baik ambik sewa home stay sebab murah skit, bebaloi kalau ramai orang dan ada dapur untuk masak.

Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017

Jumaat, 3 Mac 2017

CUTI-CUTI KE SABAH 2017 - part 1

Yana sudah berniat nak bawa anak-anak berjalan-jalan lepas habis semua cycle kimo. Rasa kesian dengan anak-anak bila mereka tak dpat percutian masa yana sakit. Kebetulan rezki dapat duit daripada insuran (Klim kritikal illness) terus Yana  ajak ijam ke Sabah. Sebelum Yana sakit, Ijam kerap ulang alik ke Sabah atas urusan kerja. Bila balik dari outstation, macam-macam dia cerita tempat best di Sabah pada anak-anak. So kami bercadang bercutian ke Sabah pada 23 - 26 Februari 2017.

Perjalanan kami bermula pada 23 Feb, mintak tolong kawan hantarkan ke KLIA2. Ni merupakan pertama kali Yana jejak ke KLIA2 sebelum ni naik MAS je. Besar sungguh KLIA 2 ni, macam-macam ada. Nasib baik sampai sana masa pagi buta, banyak kedai tutup/baru nak buka. Kalau semua kedai buka, parah la nak kawal Myka.

Niz Family @ KLIA 2

Sampai di Kota Kinabalu, Ijam terus dapatkan kerata sewa. Seorang kenalan yang dia kenal masa selalu datang Sabah. Untung juga kenal orang Sabah kan, senang nak berurusan. Perjalanan kami dari air port terus ke Ranau. Sepanjang pejalanan Yana dapat tengok perubahan yang ketara mengenai bandar Sabah. Banyak sudah bangunan dan shopping kompleks yang baru wujud. Last time Yana datang sabah masa tahun 2000 (Kalau x salah). Masa tu la Yana berjumpa dengan Ijam. Kami ke Sabah sebab terlibat dengan acara Hari Muzium Antarabangsa.

Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017




Sabtu, 4 Februari 2017

HARI KANSER SEDUNIA: pandang kanser dengan kasih sayang


4 Februari merupakan Hari kanser sedunia dan merupakan hari yang bermakna bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser. Tahun ini merupakan tahun pertama Yana meraikannya setelah disahkan mengidap Acute Promyelocytic Mylogenous Leukemia (APML) pada 22 Julai 2016. Kanser bukan penamat segalanya tetapi ia hanya sebahagian bab daripada coretan dalam buku kisah hidup Yana.

Yana buka minda untuk menerima kanser secara positif, memandang ia dengan penuh kasih sayang kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yana yakin ia merupakan anugerah yang indah daripada Allah kerana apa yang diperolehi daripada kanser ini lebih banyak positifnya. Ia membuat Yana lebih sensetif dan menghargai apa yang dimiliki; membuat diri Yana lebih disayangi dan menyayangi. Dengan Kanser juga telah menemukan Yana dengan insan-insan hebat yang telah dipilih oleh Allah untuk berjuang.

Hari ini juga, Yana telah memasuki fasa maintenance setelah doktor mengishtiharkan ‘molecular remission’ yang membawa maksud tiada sel-sel kanser yang kelihatan daripada sampel sum-sum tulang yang diambil pada Januari 2017. Fasa ini memakan masa selama 18 bulan dan memerlukan yana makan beberapa jenis ubat dan melalui proses pengambilan sample sum-sum tulang selang 6 bulan untuk beberapa tahun.

Yana bersyukur dengan kemajuan dalam teknologi bidang perubatan telah membawa kepada kaedah perubatan dan ubat-ubatan yang semakin bagus. Yana berdoa agar tiada lagi sesi kimoterapi, dijauhkan daripada relap, dijauhkan daripada transplan dan mengharapkan kesihatan yang baik.

Sokongan moral dan kisah-kisah perjuangan sahabat kanser telah membantu Yana untuk yakin dalam perjuangan ini. Dengan ikhlas dan sedaya mungkin, Yana akan membantu memberi sokongan moral kepada insan-insan yang dipilih Allah. Teruskan hidup walaupun terluka, jangan biar kanser menguasai diri kita. Yakinlah setiap penyakit yang Allah turunkan, disertakan penawarnya kecuali mati.

#WeCanICan
#APML #APL
#cancerfightermalaysia
#cancerfighter

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...