Keindahan di Ranau Dari Dalam kereta sewa |
Kami berhenti makan... actually tak banyak pilihan kedai makan di kawasan sini. Kami pilih untuk makan nasi ayam & bihun sup sekadar nak alas perut. (nasib baik dah makan dalam kapal terbang). Alhamdullilah boleh makan, sorry to say cuma tak kena selera dengan tekak. Adat la datang melancong, kita datang nak berjalan bukan nak makan-makankan.
Lepas selesai makan, kami jalan-jalan sekitar kedai. Yana tak tahu or tak ingat apa nama kawasan ni hehehehhe (chimo brain). Ijam pula bawa kami jalan-jalan di sekitar tapak pasar malam (siang dah buka). Kami cari gerai bundle yang jual baju sejuk.... Dapat juga satu baju The North Face. Mahalkan jenama tu kalau beli yang baru, dapat yg 2nd hand pon ok sebab barang baik kualiti pun baik.
Myka with giant vegi |
Sookie aka Qhaleeda with giant carrot |
Selesai jalan-jalan dan beli kudapat, kami pun terus ke DREAM WORLD RESORT. Kami booking untuk 1 malam sahaja di sini. ambik satu bilik. Kalau sesiapa yang datang ramai-ramai baik ambik sewa home stay sebab murah skit, bebaloi kalau ramai orang dan ada dapur untuk masak.
Lagi cerita CUTI-CUTI SABAH 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan