My life after diagnosed with cancer

Khamis, 23 Julai 2015

Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 4

Sambungan part 4

Panjang sangatkan tempoh 2 tahun tu.... sepanjang hampir setahun sakit, dah 2 kali kena buat ERCP.
Risau pulak kalu nak tunggu 2 tahun tu, mau boleh keluar lagi batu-batu comel tu huhuuu...

Kebetulan masa jumpa dr. Hairol, dia offer untuk buat pembedahan laparaskopit di HUKM privert wing dengan hanya satu tebukan. Saya pun grap peluang ni, walaupun medical card saya tak boleh guna dekat situ tapi saya boleh klim semula dengan syarikat insyuran saya. Elok juga saya buang dng Dr. Hairol sebab dr dah tau sejarah sakit saya. senang sikit kan dan saya juga mengambil kekuatan dan rahmat sempena bulan puasa ni.

So pada 1 July 2015 saya masuk wad dan jadual opret saya pada 7am 2 july 2015. Dr. Ahmad (pembantu Dr. Hairol) datang bagi saya borang untuk opret. opret akan dijalankn dengan satu lubang tebukkan sahaja, tapi jika ada masalah, dr akan buat 4 tebukkan dan jika ada masalag lg, baru dr. akan buat open surgery. risau jugak kalu kena open surgery.... seperti di jadualkan 7am, nurse dah siapkn saya untuk opret. pakar bius pun dah ready, dan masa di bilik opret tu saya nampak Dr. Hairol datang, dia senyum dan say hai.

Alhamdullilah, pembedahan berjaya dengan hanya satu lubang tebukan. Rasa lepas opret? rasa pedih sikit, pengalaman besalin czer melahirkan baby pun tak sakit macam buang hempedu ni.
kalu masa czer dulu rasa penuh plaster dekat perut tapi laparaskopit ni hanya satu tebukan di pusat dan langsung tak nampak parut opret. macam tak der kesan pon. Dr. Hairul mention, hanya tiga jahitan je dekat dalam pusat tu.

Dr. Hairol berjaya keluarkan 11 biji batu hempedu.... dan doc kata Insya Allah masa raya nanti saya dah sihat. so dr. Hairol bagi saya MC dari 1 - 25 july 2015... dan siap mention makan macam biasa, healty food, kurangkn lemak, minyak & santan. kos opret ni dalam RM8k++ je

27hb ni saya akan jumpa dr. Hairol semula untuk tengok result hempedu tu, nanti saya citer resultnya dan Nanti saya buat entry tentang diet makan saya lepa opret ni ye.

ni la batu-batu cute saya tu

Isnin, 15 Jun 2015

Cholelithiasis @ batu karang dalam pundi hempedu: part 3

sambungan part 3...

Lama kan dari tahun 2014 saya tidak diserang sakit batu hempedu tu sebab saya jaga diet saya. Alhamdullilah sakit tak datang dan body kurus skit hehee.... Hampir 11 bulan saya sihat, tak sakit dan sehingga masa ni tak der Prof. Razman call untuk opret. Saya pun tak call untuk tanya apa yg patut.... sebab takut kan.

2 Jun  2015 sakit saya datang menyerang.... Saya ke Bahagian Kecemasan HUKM untuk dapatkan ubat tahan sakit, Alhamdullilah kejap je sakit tu hilang. tapi esoknya sakit datang lagi... terus saya ke KPJ Kajang buat CT Scan, Ultrasound & ambik darah. Memang sah batu terkeluar lagi dari hempedu. Saya perasan urine dah mula berwarna gelap dan kulit saya pun dah berwarna kuning sedikit. Memandangkan ERCP tak boleh dibuat di KPJ Kajang tu, suami saya trus ke hantar ke Bhg Kecemasan HUKM dng bawa result semua ujian dari KPJ Kajang tu. Cepat sikit urusannya kalu dah ada result tu kan. Apa lg saya kena tahan wad dan pada hari ke-3 di wad ERCP dibuat dan batu tu dah pecah dan masuk ke usus. (keluar ikut najis kot)

Doc di HUKM masukkan satu STAN dalam saluran hempedu untuk besarkan saluran. Doc mention stan yang dimasukkan ni hanya ada 30 unit sahaja di Malaysia) dan saya merupakan stan ke-4.
Specialnya stan ni sebab dia akan hilang sendiri selepas 3 bulan berada di dalam saluran hempedu. Doc yang uruskan stan ni namanya Doc Hairul Othman, dia yang buat penyelidikan tentang stan ni bersama doc lain dekat oversea. Masa mula-mula pasang stan tu rasa senak skit, 3 hari juga rasa tak selesa. Tapi lepas tu ok je. Kiranya proses ERCP kali ni dan antibiotik untuk radang hempedu makan masa dari 4 hingga 11 JUN 2015.

Memandangkan dah ada stan dalam saluran ni, saya kena followup selalu dengan doc. Masa 1st followup dengan Dr. Hairol, dia mention stan dah patah tapi saya tak perlu risau sebab nanti stan akan keluar. Dr. Hairol dan masukkan nama saya dalam list untuk opret buang hempedu tapi list tu makan masa lebih kurang 2 tahun. Lamanya.....

Antibiotik untuk keradangan hempedu - 1 day 








Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...