Panjang sangatkan tempoh 2 tahun tu.... sepanjang hampir setahun sakit, dah 2 kali kena buat ERCP.
Risau pulak kalu nak tunggu 2 tahun tu, mau boleh keluar lagi batu-batu comel tu huhuuu...
Kebetulan masa jumpa dr. Hairol, dia offer untuk buat pembedahan laparaskopit di HUKM privert wing dengan hanya satu tebukan. Saya pun grap peluang ni, walaupun medical card saya tak boleh guna dekat situ tapi saya boleh klim semula dengan syarikat insyuran saya. Elok juga saya buang dng Dr. Hairol sebab dr dah tau sejarah sakit saya. senang sikit kan dan saya juga mengambil kekuatan dan rahmat sempena bulan puasa ni.
So pada 1 July 2015 saya masuk wad dan jadual opret saya pada 7am 2 july 2015. Dr. Ahmad (pembantu Dr. Hairol) datang bagi saya borang untuk opret. opret akan dijalankn dengan satu lubang tebukkan sahaja, tapi jika ada masalah, dr akan buat 4 tebukkan dan jika ada masalag lg, baru dr. akan buat open surgery. risau jugak kalu kena open surgery.... seperti di jadualkan 7am, nurse dah siapkn saya untuk opret. pakar bius pun dah ready, dan masa di bilik opret tu saya nampak Dr. Hairol datang, dia senyum dan say hai.
Alhamdullilah, pembedahan berjaya dengan hanya satu lubang tebukan. Rasa lepas opret? rasa pedih sikit, pengalaman besalin czer melahirkan baby pun tak sakit macam buang hempedu ni.
kalu masa czer dulu rasa penuh plaster dekat perut tapi laparaskopit ni hanya satu tebukan di pusat dan langsung tak nampak parut opret. macam tak der kesan pon. Dr. Hairul mention, hanya tiga jahitan je dekat dalam pusat tu.
Dr. Hairol berjaya keluarkan 11 biji batu hempedu.... dan doc kata Insya Allah masa raya nanti saya dah sihat. so dr. Hairol bagi saya MC dari 1 - 25 july 2015... dan siap mention makan macam biasa, healty food, kurangkn lemak, minyak & santan. kos opret ni dalam RM8k++ je
27hb ni saya akan jumpa dr. Hairol semula untuk tengok result hempedu tu, nanti saya citer resultnya dan Nanti saya buat entry tentang diet makan saya lepa opret ni ye.
ni la batu-batu cute saya tu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan