Lama kan dari tahun 2014 saya tidak diserang sakit batu hempedu tu sebab saya jaga diet saya. Alhamdullilah sakit tak datang dan body kurus skit hehee.... Hampir 11 bulan saya sihat, tak sakit dan sehingga masa ni tak der Prof. Razman call untuk opret. Saya pun tak call untuk tanya apa yg patut.... sebab takut kan.
2 Jun 2015 sakit saya datang menyerang.... Saya ke Bahagian Kecemasan HUKM untuk dapatkan ubat tahan sakit, Alhamdullilah kejap je sakit tu hilang. tapi esoknya sakit datang lagi... terus saya ke KPJ Kajang buat CT Scan, Ultrasound & ambik darah. Memang sah batu terkeluar lagi dari hempedu. Saya perasan urine dah mula berwarna gelap dan kulit saya pun dah berwarna kuning sedikit. Memandangkan ERCP tak boleh dibuat di KPJ Kajang tu, suami saya trus ke hantar ke Bhg Kecemasan HUKM dng bawa result semua ujian dari KPJ Kajang tu. Cepat sikit urusannya kalu dah ada result tu kan. Apa lg saya kena tahan wad dan pada hari ke-3 di wad ERCP dibuat dan batu tu dah pecah dan masuk ke usus. (keluar ikut najis kot)
Doc di HUKM masukkan satu STAN dalam saluran hempedu untuk besarkan saluran. Doc mention stan yang dimasukkan ni hanya ada 30 unit sahaja di Malaysia) dan saya merupakan stan ke-4.
Specialnya stan ni sebab dia akan hilang sendiri selepas 3 bulan berada di dalam saluran hempedu. Doc yang uruskan stan ni namanya Doc Hairul Othman, dia yang buat penyelidikan tentang stan ni bersama doc lain dekat oversea. Masa mula-mula pasang stan tu rasa senak skit, 3 hari juga rasa tak selesa. Tapi lepas tu ok je. Kiranya proses ERCP kali ni dan antibiotik untuk radang hempedu makan masa dari 4 hingga 11 JUN 2015.
Memandangkan dah ada stan dalam saluran ni, saya kena followup selalu dengan doc. Masa 1st followup dengan Dr. Hairol, dia mention stan dah patah tapi saya tak perlu risau sebab nanti stan akan keluar. Dr. Hairol dan masukkan nama saya dalam list untuk opret buang hempedu tapi list tu makan masa lebih kurang 2 tahun. Lamanya.....
Antibiotik untuk keradangan hempedu - 1 day |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan