My life after diagnosed with cancer

Khamis, 12 Januari 2017

Consolidation: Part 3

Syukur Alhamdullilah, pejam celik pejam celik dah masuk 3rd Idarubincin consolidation bermakna sesi kimo yang terakhir. Tarikh asal untuk kimo terakhirnya adalah pada 30 November 2016, tetapi dilajakkan sehingga 13 Disember 2016 kerana darah masih rendah dan katil di wad penuh. Apa-apa pun hati sudah lega kerana kimo terakhir berjaya dilalui walaupun HB 9.6, PLATLET 94, WBC 1.5 je, ANC 0.6.
Macam biasa seminggu lepas kimo kena buat FBC dan untuk last kimo ni kena tambah 2 pac darah, 1 pac platlet dan lebih kurang 9 hari kena cucuk GSCF (ubat untuk naikkan sel darah putih) dan sehingga kini syukur tak kena demam. (harap2 tak demam la)

24 Januari 2017 doktor dah plan nak buat BMB di Day Care. walaupon dah 3 kali buat, tetap rasa gerun. kali ni lagi gerun sebab 1st time nak buat dkt day care.
3 feb 2017 Doktor plan datang klinik pakar hemato untuk review result BMB dan insya Allah akan mula fasa maintanance (makan ATRA). MC pun sampai 3 FEB 2017, nanti kena tanya doktor dan cek darah, kalau dah ok boleh kerja or sambung MC lagi.

Result MRI yg scan lutut pon dah dapat, alhamdullilah doktor kata bukan kanser so case close. tapi doktor kata kalau ada rasa pelik, tak selesa just inform doktor di bahagian hemato je, nanti doktor otopedik akan followup.



Tarikh
White Blood Celss
(4.1 – 11.4)
Haemoglobin (11.6 – 15.1)
Platelet
(171 – 399)
ANC
(3.9 – 7.1)
19/12
0.9
7.2
80
0.4
22/12
0.7
6.3
28
0.3
27/12
1.0
8.9
12
0.3
30/12 
3.4
8.1 
30
2.2 
result FBC utk last kimo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...