Bergambar beramai-ramai dengan Kevin Zahri |
Ceramah Kesihatan Bersama Kevin Zahri anjuran Jabatan Muzium
Malaysia dan Biro Pendidikan Waris JMM.
Berpeluang mengikuti ceramah kesihatan terutamanya tentang
topik ‘Jom Kurus”… memang best dan banyak info yang menarik Yana dapat. Sebelah
ptg pula kita orang buat ZUMBA (senaman kardio aerobic) dan juga Body Balance
utk membantu menguatkan lower back dan keseluruhan badan serta sesuai utk
pengurusan stress. Memang best dan jom tengk apa yang Yana dapat tadi masa Kevin bagi ceramah!
1. Minum berais tidak membuncitkan
2. Minum banyak air bukan lah faktor perut buncit (ia buncit
sekejap je, lepas kencing hilang la)
3. Makan banyak sayur untuk fiber (fiber bantu dlm proses
penghadaman)
4. Mesti kurangkan garam
5. Minum banyak air mengikut keperluan: Kevin bagi tau, cara
terbaik mcm mana nak tau badan kita cukup air? Masa kencing sila tengok warna
urin, urin yg elok adalah berwarna keputihan so kalu urin kita kuning make sure
la minum byk air. Tapi kalu warna urin kita ok ok je… so maknanya cukup la air
yg kita minum sehari tu!
6. Apa yang pasti pemakanan yg betul (diet la tu) yang
mempengaruhi berat badan kita dan juga jenis gaya hidup kita. Penggunaan dan
supliment dng korsert tu hanya membantu tapi kalu tak jaga makan tak jln juga
nak kuruskan badan heheee
7. Pil-pil perancang tidak menggemukan tetapi ia boleh mengubah
kadar metabolisma badan kita jadi tinggi atau kurang ataupun boleh menyebabkan
nafsu makan kita meningkat atau sebaliknya.
Yana ada tanya apa cadangan Kevin untuk kes ibu-ibu yang
menggunakan pil perancang atau implano?
Kevin kata… cuba fahami diri kita sendiri apa yang terjadi
dan cuba baiki kerosakkan yang berlaku. (lebih kurang gitu la dia kata)
So mengikut pemahaman yana atau apa yg terjadi pd yana masa
ambik implano, kadar metabolisma yana jadi rendah tu yg badan makin naik. So bg
mengatasi masalah ini, yana kena la cuba mencari altenatif utk buat metabolisma
yana meningkat, cth nya: boleh guna losen mustajab yg panas tu, boleh makan
makanan yg berempah dll.