Kami terus ke bahagian kecemasan hospital Tapah. Dari situ
doktor periksa tekanan darah dan mengambil darah untuk diuji. Keputusannya,
tekanan darah saya memang rendah dan result darah menunjukkan kesemua daah saya
rendah (darah putih, HB & Platlet). Di masukkan 1 pack darah dan
dipindahkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut bagi mengetahui
punca kesemua darah saya rendah.
5 – 11 julai 2016 – saya masuk di wad di HTI, macam-masa
soalan doktor tanya dan macam-macam ujian doc buat untuk cari punca. Pada
awalnya doktor syak saya kena jangkitan kuman tapi bukan. Sehinggalah 10 julai
2016, saya mohon nak keluar dari HTI untuk ke Hospital Putrajaya. Alasan saya
kerana nak balik ke rumah di Putrajaya. Lagipun Ijam mesti masuk office dan
budak-budak mesti ke sekolah. Berat juga doc tu nak lepaskn saya keluar. Tapi
saya bagi tau yang saya mintak keluar kerana nak berubat bukannya nak lari.
Tapi alasan yang sebenarnya adalah saya tak berpuas hati dengan rawatan dan
jagaan dari HTI. Apa yang tak puas hati tu biarlah rahsia.
Saya teruskan rawatan di Hospital Putraya (HP) bagi mencari
punca kenapa darah saya rendah ataupun dikenali dengan nama pancytopenia. Saya
sangat berpuas hati dengan rawatan di HP, makan pon sedap maklumlah hospital 1st
class. Doktor2 yang merawat saya sangat baik dan saya diletakkan dalam satu
bilik bagi mengasingkan saya dengan pesakit lain kerana saya berisiko untuk
mudah mendapatkan jangkitan. Pada mulanya doktor suspek saya ada SLE, tetapi
team SLE di HP yang membuat pemantauan dan penelitian menyatakan bahawa simptom
SLE tiada pada saya. Sehinggalah semua ujian dilakukan, akhirnya doktor pakar
cadangkan untuk diambik sample bone marrow.
21 Julai 2016 saya dapat keputusan bone marrow. Result dan
sample bone marrow ini akan saya bawa ke Hospital Ampang untuk meneruskan
rawatan di sana. Masa Doc serahkan sampul tersebut, dia ada kata, finding tidak
berapa bagus. Kemungkinan besar saya ada masalah dengan kenser darah. Masa saya
dengar doktor bagi tau finding tu… saya terima dengan secara terbuka, antara
faham dan terkejut.
Saya masih memikirkan simptom yang saya alami hanyalah
keletihan semasa bulan puasa, heavy period dan demam selama 3 hari sahaja.
Tiada pengsan, tiada lebam-lebam dan tiada bleeding kecuali datang bulan je.
Bila sampai rumah, saya masuk dalam bilik. Saya baring dan
terus buka sampul putih yang doktor bagi. Saya baca report doktor mengenai
keputusan bone marrow saya, walaupun report tu masih tidak sah kerana report
itu perlu diteliti oleh doktor pakar di hospital ampang. Dari report tu saya
nampak pekataan Acute Myeloid Leukemia (AML) dan Acute Promyelocytic Mylogenous
Leukemia (APML or APL). Satu apa saya tak paham kecuali pekataan Leukemia. Apa
jadi? Air mata mengalir, perasaan sedih dan takut semuanya kerana pekataan
LEUKEMIA. Kenapa jadi takut dan sedih? Kerana saya tiada ilmu tentang leukemia,
yang saya tau ianya sangat merbahaya jika tidak dirawat.
Saya di Hospital Teluk Intan |
Semasa di Hospital Putrajaya |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam