My life after diagnosed with cancer

Isnin, 28 November 2016

Consolidation: Part 2

2 November 2016 - Wad 7B call suruh mask wad untuk kimo. Macam biasa, lepas tukar baju hospital, doktor datang jumpa. Yana bagi tau ttg lutut yang naik lebam, tak la sakit tapi mintak doctor tengok la. 
Lepas doktor pergi, nurse datang untuk masukkan jarum. kali ni 3 kali cubaan baru berjaya, Alhamdullilah. jangka 1st kimo akan bermula jam 1.30 petang.

Sementara itu, ada pakar dari bahagian otopedik datang tengok lutut. doc nak buat xray pagi dan untrasound petang lepas kimo tengah hari nanti. 

Masa kimo berjalan dengan baik, pengalaman kali ni tangan rasa sakit. rasa macam otot mengeras je, banyak-banyak bersabar dan berzikir. Lepas habis kimo, mula rasa loya. sebelum ni tak rasa sgt, tapi kali ni rasa macam org mengandung lak. Petang tu nurse bawa gi buat ultra sound. finding masa buat ultra sound tu… doc nampak ada bening tissue lesion saiz 2.3 x 0.4 x 1.1 cm. doc kata mungkin sebab leukemia, benda-benda mcm ni boleh berlaku. wahhhh cuba tenangkan diri tapi hati mana tak risaukan.

Esok tak mandi pagi pon huhuhuuu…. Dr.

Shahada dtg buat round. dia tanya ada tak doc otopedik nak buat biopsy? yana mention, doc nak buat MRI je tapi tak bagi tarikh lagi sebab kena buat dkt hospital swasta (mesin kerajaan sdang diperbaiki). tapi bila dgr biopsy tu rasa gerun lak. haisss

Sesi kimo pada tengah hari berjalan dng jayanya dan tangan masih rasa sengal dan sakit. boleh keluar wad dan kena dtg cek FBC lepas seminggu kimo. doc otopedik pon nak jumpa tengok lutut.

09/11/2016 - FBC di klinik day care serta jumpa pakar otopedik
11/11/2016 - FBC
14/11/2016 - FBC
15/11/2016 - MIR di hospital pantai cheras

macam biasa result darah makin rendah

Tarikh
White Blood Celss
(4.1 – 11.4)
Haemoglobin (11.6 – 15.1)
Platelet
(171 – 399)
ANC
(3.9 – 7.1)
9/11
0.7
8.5
160
0.3
11/11
0.5
8.3
101
0.1
14/11
0.53
7.8
31
0.06

Masa buat FBC di Dacare doc kata tak perlu tambah apa-apa darah. Tapi pada 16hb malam yana demam, so 17hb kena admit masuk wad untuk atibiotik dan kena masuk 2 pac darah dan 2 platlet. Doc juga bagi surat rujukan untuk jumpa gyne sebab period tak stop dari 2hb Nov.

Dugaan betul 2nd concolidation. Lepas keluar wad ada masa dlm 10 hari untuk recover for 3rd consolidation. Next 3rd Idarubincing (consolidation) dijangka pada 30 Nov 2016 (tunggu wad call baru dtg). Insya Allah semoga next kimo berjalan dengan lancar dan semoga itu kimo yang terakhir.


Lepas habis semua kimo, doc plan nak buat BMAT. Huhhhh gerun kembali bertandang. Takut tapi kena hadap sebab nak tengok hasil rawatan consolidation nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Close the Care Gap

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024:  Close the Care Gap   Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan  ’Close the Care Gap’  dilaksan...